TERKINI
Mail Instagram Pinterest RSS
Mega Menu
  • Anything

    These are widget areas. You can put anything you want in here.

    Mail Instagram Pinterest RSS

Salah Siapa?


"Apa salah aku??!! Apa salah aku??!!!Cakap pada aku apa salah aku!!!" jerit Pak Rashid dengan tubuhnya disandar di pintu biliknya dan dadanya ditepuk tepuk beberapa kali.

"Mengucap bang Rashid mengucap! Bawa istighfar banyak banyak. Ini bukan caranya untuk melepaskan geram!" Mak Timah isteri Pak Rashid cuba melegakan keadaan yang sememangnya hangat bak air panas yang baru mendidih.

Mak Timah juga tidak kurang seperti Pak Rashid, menangis tersedu-sedu mengenangkan nasib yang menimpa mereka. Tetapi Mak Timah lebih penyabar. Dia cuba menahan sebak di dada dengan banyak beristighfar dan berdoa. Siti, anak kedua Mak Timah yang berumur 16 tahun pula tersandar di sofa di ruang tamu dengan linangan air mata yang berlenangan tanpa henti.

"Apakah tidak cukup didikan agama yang kita beri? Apa yang kurang dari kita Mah? Apa yang dia mahu dari kita? Kenapa dia begitu kejam? Tidak cukup ke makan dan minum kita beri selama ini? Kenapa?!!" Pak Rashid tidak mampu bertahan lagi untuk menyambung rintihannya. Esakan tangisannya semakin kuat seperti seorang kanak-kanak yang inginkan susu.

" Sabar bang. Dah nasib kita. Kita serahkan sahaja pada Allah," Mak Timah memujuk.

" Sabar awak kata?!Mana boleh sabar macam gini? Awak sanggup dibuat macam kayu? Macam Sampah? Awak Sanggup!!!"

" Mengucap bang Rashid mengucap. Kita berserah sahaja ye bang," Mak Timah mengesat air matanya dengan lengan bajunya sambil menghadap suaminya yang masih bersandar dengan kakinya terbujur dan tangannya menepuk nempuk dadanya yang begitu pedih.

Siti, melihat keadaan ibu bapanya yang begitu memilukan, mengangkat kaki lalu menuju ke biliknya dan mengunci pintu. Dia melemparkan tubuhnya ke katilnya lalu menutup mukanya dengan bantal dan meraung sekuat-kuatnya. Selama 16 tahun hidupnya, tidak pernah hatinya begitu pedih lebih pedih daripada tikaman pedang. Siti tidak percaya bahawa orang yang disanjungi, disayangi, dihormati sanggup berbuat sesuatu yang begitu kejam. Gambar keluarganya yang tergantung didinding biliknya ditatapinya. Ditenung wajah abangnya yang hitam manis, berbadan tegap, dengan seragam askar, gambar keluarga yang diambil sewaktu Azmi, abangnya itu tamat menjalani perkhidmatan negara. Siti teringat bagaimana abangnya sentiasa memanjakan dirinya dan sentiasa turut kemahuan Siti. Pokoknya, Siti seperti permata bagi Azmi, dijaganya dengan penuh kemesraan. Azmi juga tidak putus-putus menasihati adiknya setiap kali Siti membuat kesilapan.

Nasihat yang sering dinyatakan oleh Azmi kepada Siti ialah jangan jadi seperti Tanggang. Jangan derhaka kepada Ibu - bapa. Pokoknya Azmi sering menasihati Siti supaya menjaga hati ibu-bapanya itu.

Cerita Tanggang yang mereka suka menonton sekeluarga di kaca Tv menjadi suatu contoh bagi mereka. Tapi kini, semuanya berubah. Nasihat yang diberi oleh Azmi kepada Siti telah menjadi sebaliknya. Kini Siti yang harus menasihati abangnya Azmi supaya tidak menderhakai ibu - bapa. Siti kesal, begitu kesal dengan sikap abangnya yang begitu dihormatinya. Kasih sayangnya terhadap Azmi menjadi benci. Dia jijik melihat wajah abangnya itu.

" Ringg!!!Ringg!!! "

Telefon berdering beberapa kali tetapi tiada yang mahu menyahutnya. Akhirnya, Siti keluar dari biliknya lalu mengangkat ganggang telefon itu. Dengan suara yang bergetar dia memberi salam.

"Assalamualaikum."

" Hello! Boleh saya bercakap dengan Encik Rashid?" Seorang lelaki menanyakan Pak Rashid.

" Encik siapa? Abah tak berapa sihat. Boleh tinggalkan pesanan? Saya anaknya."

" Saya peguam Azmi, Mr Lee, tolong beritahu Encik Rashid, dia dikehendaki turun ke Mahkamah untuk tandatangan beberapa dokumen esok. "

" Dokumen apa lagi!!Tak cukup ke awak hancurkan keluarga saya?" Siti meninggikan suara.

" Maaf Puan, saya hanya menjalankan tugas saya. Tolong beritahu Encik Rashid ya. Terima Kasih"

Mr Lee menggantung panggilannya itu.

" Setan!!! Pergi jahanam lah Peguam." Siti menghempas ganggang telefon itu.

" Kenapa Siti? Kenapa jerit jerit macam gitu? Kan tak baik?" Mak Timah menyampuk.

" Abah tahu, abang Azmi kau dah ambil lawyer untuk putuskan hubungannya dengan keluarga kita kan? Dia dah tak nak ada kena mengena dengan keluarga kita kan?" Pak Rashid meneka dengan tepat.

" Astagfirullahalazim. Azmi!! Apa salah mak nak? Kenapa kau buat aku macam gini? Ya Allah Ya tuhanku. Apa yang terjadi dengan keluarga ku ini? Ya Allah!!!" Mak Timah turut terkejut lalu pengsan.

***********

Mendengar berita Mak Timah pengsan, Pak Kassim, abang sulung Mak Timah bergegas datang ke rumah Mak Timah. Pak Kassim, seorang ustadz yang mengajar di Masjid Sultan tidak tahu menahu tentang masalah yang telah melanda keluarga adiknya itu. Melihat keadaan Mak Timah dan Pak Rashid, Pak Kassim menuntut penjelasan dari Siti yang kebetulan berada di sisi ibunya itu. Pada mulanya Siti keberatan untuk menceritakan keaiban keluarganya itu tetapi selepas didesak, akhirnya dia terpaksa membocorkan rahsia mereka.


***********

Azmi seorang anak yang baik dan cerdik. Azmi lah satu-satu anak mereka untuk membantu mereka menyekolahkan adik adiknya kerana Mak Timah sudah tidak bekerja dan Pak Rashid sering sakit sakit. Azmi di sekolahkan sehingga ke peringkat University. Pak Rashid dan Mak Timah juga tidak lupa untuk mendidiknya dengan ilmu agama. Dari kecil dia sudah dihantar mengaji dan madrasah. Pokoknya, Azmi seorang anak yang cukup didikan dari segi duniawi dan ukhrawi.

Semenjak dia berkenalan dengan seorang wanita dari Filipina, Janet, yang juga menjadi kekasihnya, Azmi berubah. Salah satu punca perubahan sikap Azmi adalah kerana Pak Rashid tidak merestui perhubungan mereka kerana kekasihnya itu berlainan bangsa dan agama. Pak Rashid seorang yang berpegang kuat dengan agama. Dia tidak mahu anak-anaknya terpesong. Hati Pak Rashid tidak beberapa senang melihat Janet yang berpakaian Seksi datang ke rumah dan berkepit dengan Azmi. Mak Timah cuba membela anaknya dengan memberi alasan bahawa Janet boleh dididik jika mahu tetapi Pak Rashid berdegil. Baginya, biar anaknya mencari seorang yang beragama Islam. Lagipun, Janet tidak menampakkan minatnya dalam agama Islam. Memburukkan lagi keadaan, Janet tidak begitu peramah dengan ibu-bapa Azmi.

Lama kelamaan, Azmi semakin berdegil dan tidak mahu mendengar nasihat Pak Rashid dan Mak Timah lagi. Dia lebih banyak mengikut kata-kata Janet. Kadang kala dia tidak mahu balik ke rumah setiap kali Pak Rashid menegurnya tentang Janet.

Saat yang tidak diingini pun berlaku. Tercetuslah pertelingkahan sengit di antara anak dan bapak. Pada suatu hari, Azmi menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Janet. Janet pula telah berjanji akan memeluk agama islam. Pak Rashid tetap melenting dan serta merta menghalangnya. Mak Timah hanya mampu menangis. Dia tidak tahu mahu menyebelahi mana pihak. Baginya, Azmi tidak salah berkahwin dengan seorang bangsa dan agama asing asalkan wanita itu sanggup memeluk islam. Pak Rashid tetap menegakkan tentangannya itu. Akhirnya, dengan perasaan yang marah, Azmi melafazkan kata kata yang begitu kesat dan pedas kepada mereka.

" Kalau abah tidak izinkan Azmi kahwin dengan Janet, Azmi akan putuskan hubungan Azmi dengan keluarga ini? Azmi tidak peduli lagi. Azmi ada hak untuk menentukan masa depan Azmi!" Azmi menjawab dengan begitu lantang tanpa memikirkan kedudukannya sebagai seorang anak.

Tanpa berlengah, Azmi membungkus beg bajunya lalu bergegas keluar dari rumah. Pak Rashid membiarkan sahaja Azmi pergi. Sangka Pak Rashid, Azmi sudah besar dan pandai berfikir. Satu hari dia akan sedar yang mana baik dan yang mana buruk. Namun sangkaan Pak Rashid tidak begitu tepat. Keputusan yang diambil oleh Azmi benar benar dilaksanakan. Beberapa hari kemudian, Azmi diketahui telah pun bernikah dengan Janet. Yang menyedihkan dan amat memalukan lagi ialah Azmi dan Janet dinikahi di sebuah Gereja. Hampir putus jantung Pak Rashid mendengar berita itu. Tidak disangkanya Azmi yang pandai dan berpendidikan tinggi bukan sahaja akademik tetapi agama juga, tergamak membuat begitu. Menjadi orang kafir.

*************

Pak Kassim mendengar kisah yang amat mengaibkan itu, mengucap banyak banyak. Dia berasa kesal pula kerana membiarkan anak saudaranya sendiri menjadi Kafir. Pak Kassim juga merasakan bahawa dia tidak layak menjadi seorang ustad sedangkan anak saudaranya syirik pada Tuhan.

" Sekarang Azmi di mana? Apa rancangannya seterusnya?" Pak Kassim bertanya lagi kepada Siti yang masih teresak esak.

" Siti pun tak tahu Wak, kata abah Azmi nak putuskan hubungannya dengan keluarga. Dia tak mahu ada kena mengena dengan kita lagi. Peguam dia suruh datang ke mahkamah esok untuk tandatangan dokumen."

" Astaghfirullahalazim. Sesungguhnya anak yang menderhakai kedua ibu-bapanya tidak cium bau Syurga apa entah lagi masuk Syurga. Azmi tak sedar ke? Azmi tak takut ke?" Pak Kassim melemparkan hujahannya.

" Bukan itu sahaja Wak, tadi Janet telefon, dia beri amaran pada abah. Dia kata kalau kami ganggu mereka lagi, abang Azmi akan buat aduan pada polis."

" Tak pe Rashid. Tuhan maha adil. Dia ingat dia boleh lepas. Huh! Senang senang nak hantar mak bapak sendiri masuk lokap? Tidak semudah itu. Negeri kita sendiri ada undang-undang. Anak yang membiarkan mak-bapak mereka akan didakwa. Dia ingat ini negeri dia? Dah buat mak bapak macam ni lepas tu nak dakwa pula? Biar bang, Tuhan akan balas jasa "Baik" dia." Pak Kassim berhujah lagi dengan suara yang lantang.

Hujahan Pak Kassim kena pada tempatnya. Tuhan maha adil. Tuhan telah berfirman bahawa anak yang derhaka bukan sahaja mendapat balasan di akhirat tetapi di dunia juga. Beberapa hari kemudian, Janet melarikan diri bersama seorang lelaki ke Filipina. Azmi pula, sewaktu mahu mengejar Janet, telah dilanggar sebuah lori dan telah mengalami cedera parah sehingga kehilangan otak. Selepas menjalani rawatan di Hospital Besar Singapura, Azmi diletak di Hospital Mental Singapura. Azmi sudah tidak mampu lagi meminta ampun dari kedua ibu - bapanya. Sebagai seorang ibu yang penyayang, Mak Timah mengampunkan segala dosannya. Kerana terlalu tertekan dengan keadaan, Mak Timah jatuh sakit. Dengan kehendak Allah, Mak Timah menghembuskan nafasnya terakhir sewaktu dia mengerjakan solat Subuh. Doanya yang terakhir hanya "Ampunkan segala dosa anak-anaknya". Pak Rashid pula asyik termenung dan lebih mendekatkan dirinya dengan Tuhan. Pak Rashid serba salah. Kini dia tidak tahu siapakah yang harus dipersalahkan? Dirinya sendiri? Entahlah salah siapa hanya Tuhan sahaja yang tahu.