Anwar bebas.. Adakah sistem sudah adil?
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didapati tidak bersalah dan bebas daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadinya. Kemenangan yang mengejutkan banyak pihak ini meningkatkan moral Anwar, partinya dan seluruh gabungan pembangkang Pakatan Rakyat.
Mungkin pihak musuh politik Anwar daripada Umno memperlihatkan kekecewaan dalam hal ini, yang kelihatan ditujukan kepada Najib sehingga ada yang menggambarkan beliau mencapai satu bentuk persetujuan dengan Anwar.
Saya hendak bawa pembaca dengan beberapa persoalan basic yang kita sedia maklum, tetapi jarang kita ambil perhatian, apatah lagi bila mula tersenyum bilamana Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didapati tidak bersalah dan bebas daripada tuduhan meliwat. Sebelum kita leka dan lupa. Saya ajukan soalan ini kepada anda.
Apakah Mahkamah Malaysia sudah bebas...???
Apakah Agensi Kerajaan sudah bebas...???
Apakah Polis Raja Di Malaysia juga bebas...???
Saya tidak mahu jawab, sebab masing-masing ada pandangan tersendiri. Cuma yang saya nampak dengan keputusan Mahkamah hari ini, berbagai spekulasi dan persepsi terhadap umno, Najib dan mahkamah. Kononnya dengan keputusan tersebut maka selama 44 hari berturut-turut media Umno/Bn akan berspekulasi bahawa Kerajaan Barisan Nasional Adil dan Telus. Skrip yang lama kembali berulang.
Sistem Pilihanraya di kampus Adil dan Telus, sebab ada university Pro Mahasiswa menang. Sistem Pilihanraya di Malaysia Adil dan Telus, sebab PR menang juga lima buah negeri. Mahkamah Malaysia Adil dan Telus, sebab Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didapati tidak bersalah dan bebas daripada tuduhan meliwat.????
Apa pun, teramat malanglah kepada Saiful yang dipergunakan untuk menjatuhkan maruah Anwar Brahim, bukan setakat nama dia sahaja tercemar tetapi tujuh keturunannya turut tercemar. Apa pun kita cukup yakin, semua akan diadili semula di akhirat. Saya menasihatkan pihak yang telah memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memohon maaf dengan segera, mudah-mudahan di ampunkan dosa oleh Allah swt. Kemungkinan selepas keputusan Anwar Ibrahim di umumkan, dan Najib balik daripada Afrika, dalam masa seminggu dua Parlimen akan dibubarkan. Siapa tahu, hanya mereka berdua yang tahu..
Saya setuju dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang menegaskan, apa yang penting sekarang untuk semua ialah memenangkan Pakatan Rakyat dalam Pilihan raya Umum ke 13 dan bukannya berbincang mengenai siapa menjadi Perdana Menteri. Saya cukup yakin dengan anak muda yang ada sekarang, cukup bijak untuk menilai dengan baik. Mudah-mudahan anak muda yang ada mampu buat perubahan besar dalam sejarah di Malaysia, iaitu menumbangkan Rejim Umno/Bn yang ada. Ayuh anak muda, anda mampu mengubahnya.
![]()


























