TERKINI
Mail Instagram Pinterest RSS
Mega Menu
  • Anything

    These are widget areas. You can put anything you want in here.

    Mail Instagram Pinterest RSS

Jenis-Jenis Sembahyang sunat atau nafilah

1. Sunat muakkadah, iaitu sembahyang sunat yang hukumnya mendekati
wajib, ertinya pelaksanaannya sangat ditekankan, sembahyang tersebut
adalah;

a) Sembahyang Witir
- Witir ertinya GANJIL sedangkan pengertian secara syara' adalah
sembahyang yang dilakukan setelah waktu Isyak hingga menjelang
Subuh dengan bilangan rakaat ganjil.Jumlah rakaatnya ganjil mulai
dari satu hingga sembilan rakaat tetapi yang sering dikerjakan Rasul
adalah tiga rakaat.Sembahyang Witir boleh dilaksanakan sebelum tidur
atau sebagai penutup sembahyang tahajjud.

b) Sembahyang Fajr
- Iaitu sembahyang yang dilaksanakan setelah terbit fajar sebelum
melaksanakan sembahyang fardhu Subuh dengan jumlah rakaat ialah dua
rakaat.

c) Sembahyang Dua Hari Raya
- Iaitu sembahyang Aidil Fitri dan Aidil Adha dengan jumlah rakaat 2
didahului khutbah.

-Caranya pada rakaat pertama ada 7 takbir dan rakaat kedua 5 takbir
dilakukan di tempat terbuka atau dimasjid.

d) Sembahyang Kusuf atau khusuf
- Iaitu sembahyang gerhana matahari atau gerhana bulan. Pelaksanaannya
dengan dua rakaat setiap rakaat dua kali rukuk. Dilaksanakan setiap ada
gerhana matahari. Dianjurkan setelah sembahyang ada ceremah agama.

e) Sembahyang Istiqa'
- Iaitu sembahyang meminta hujan kerana kemarau panjang dan hujan tidak
kunjung datang.





f)Sembahyang Tahajjud
- Iaitu sembahyang yang dikerjakan pada malam hari antara setelah
Isyak dan sebelum Subuh, lebih utama dikerjakan pada dua pertiga
malam. Jumlah rakaatnya 8 rakaat dan ini pendapat yang lebih kuat,
tetapi masih ada perselisihan tentang jumlah rakaat ini.

2.Sembahyang sunat ghairu muakkadah, iaitu sembahyang sunat biasa
atau disebut dengan sembahyang nafilah, jadi perbezaan sembahyang
sunat dengan sembahyang nafilah adalah kalau sunat itu bererti
sembahyang sunat muakkadah sebagaimana yang tersebut diatas
sedangkan sembahyang nafilah adalah sembahyang sunat ghairu
muakkadah yakni selain sembahyang termaktub di atas. Seorang
muslim dan muslimah harus boleh membezakan ini semua. Adapun
sembahyang nafilah yang dimaksudkan adalah sebagai berikut;

a) Sembahyang Rawatib
- Iaitu sembahyang nafilah yang mengawali atau mengiringi sembahyang
fardhu, misalnya dua rakaat sebelum dan sesudah sembahyang Zuhur.

b) Sembahyang Intizar
- Iaitu sembahyang menunggu imam ketika datang ke masjid waktu
Jumaat.Rakaatnya tidak ditentukan, tetapi sekehendak pelakunya
hingga imam atau khatib dating. Caranya dua-dua satu salam.

c) Sembahyang Tuhur
- Iaitu sembahyang yang dilaksanakan setelah bersuci atau berwudhuk.
Jumlah rakaatnya dua.

" Tidak berwudhuk seseorang lalu ia mengelokkan wudhuknya kecuali Allah
akan mengampuni dosanya diantara sembahyang yang ia kerjakan sesudahnya."
(Riwayat Muslim)

d) Sembahyang Tahiyatul Masjid
- Iaitu sembahyang untuk penghormatan masjid, dilakukan setelah masuk
masjid sebelum duduk. Dianjurkan jumlah rakaat sembahyang ini dua
rakaat sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

" Apabila salah seorang masuk ke masjid maka janganlah duduk sebelum
ia sembahyang dua rakaat."
(Riwayat Bukhari & Muslim)

e) Sembahyang Dhuha
- Iaitu sembahyang dua rakaat atau lebih maksimal 8 rakaat, waktunya
pada saat matahari naik di ufuk timur sekitar pukul 8 hingga 10 pagi,
sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

" Anak Adam yang rukuk kepadaku empat rakaat di awal siang.Maka Aku
akan mencukupi (hal-hal) lainnya."
(Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan
Tirmizi dan disahihkan dengan
Sanad Jayyid)

f) Sembahyang Taubah
- Iaitu sembahyang dua rakaat yang dilakukan untuk bertaubat.
Waktunya tidak ditentukan tetapi disat ia sedar berbuat dosa
dan ingin bertaubat.Rasulullah s.a.w. bersabda:

" Siapa sahaja yang berbuat dosa lalu ia sedar untuk mensucikan diri
lalu ia sembahyang dua rakaat dan minta ampun, makaAllah pasti
mengampuninya."
(Riwayat Tirmizi dan ini adalah hadis hasani)

g) Sembahyang Safar
- Sembahyang dua rakaat ketika akan safar atau bepergian.Hadis
Rasulullah s.a.w:

"Adalah Rasululah akan bersafar ia mulai dari masjid maka ia sembahyang
dua rakaat."
(Riwayat Bukhari & Muslim)

h) Sembahyang Istikharah
- Iaitu sembahyang dua rakaat untuk meminta petunjuk kebaikan.
Waktunya tudak ditentukan, diserahkan kepada yang berkenaan
asalkan tidak pada waktu-waktu yang dilarang. Dianjurkan berdoa
dengan doa ma'thur.Rasululah s.a.w. bersabda:

" Apabila salah seorang di antara kamu menginginkan sesuatu maka hendaklah
sembahyang dua rakaat dengan berdoa."
( Riwayat Bukhari)




i)Sembahyang Hajat
- Iaitu sembahyang dua rakaat ketika ada hajat atau keinginan terhadap
sesuatu. Waktunya tidak ditentukan, disesuaikan dengan hajat
seseorang, Rasulullah s.a.w. bersabda:

" Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya lalu ia sembahyang dua rakaat
maka Allah akan memberikan apa yang ia minta lambat atau cepat."
( Riwayat Ahmad dengan sanad sahih)

j) Sembahyang Tasbih
- Iaitu sembahyang empat rakaat dengan kaifiyat dalam setiap rakaat
setelah membaca bacaan Al-Fatihah dan Surah, kemudian membaca
"Subhanallah, Alhamdulillah Lailaha Illallah dan Allahu Akbar sebanyak 15 kali dan pada waktu rukuk 10 kali, ketika bangkit dari rukuk 10 kali
dan diantara dua rakaat ketika duduk istirohah 10 kali. Hingga jumlah
bacaan tersebut semuanya 75 kali.


" HARAP MENJADI RUJUKAN ANDA SEMUA"