TERKINI
Mail Instagram Pinterest RSS
Mega Menu
  • Anything

    These are widget areas. You can put anything you want in here.

    Mail Instagram Pinterest RSS

Syahadah 1 gelombang perubahan


Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian, Alhamdulillah kita masih berada dalam keadaan baik dan masih lagi ada keimanan dalam jiwa kita. Kalau kita renungkan masyarakat islam pada masa kini, lebih-lebih lagi golongan remaja. Kita sudah kurang pasti, atau kurang dapat mencari perbezaan antara islam dan bukan islam. Kita nak bezakan dari segi akhlak, kadang-kadang perangai atau tingkah laku orang bukan Islam lebih cantik dan elok. Nak bezakan dari segi pakaian dan sopan santun jauh sekali, apatah lagi dengan budaya pemakaian yang kadang-kadang tidak dapat diterima pada pandangan keimanan.
Ana masih teringat ketika mana ana bersama sahabat-sahabat PMIUTMKL, dalam pogram Dakwah Orang Asli, ana sempat bersembang dengan seorang Pak Cik yang baru kembali semula kepada agamanya iaitu islam pada tahun 2007, baru 2 tahun kan. Sebenarnya semua manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu Islam, tetapi ibu dan bapanya yang membawa mereka kearah kejahilan atau kebenaran. Sebab itu ana menggunakan perkataan kembali semula kepada agamanya. Ana tersentuh dengan satu ayat yang keluar sepontan dari lidahnya. “Apabila pakcik lihat tv, tengok melayu pakai pakaian yang x sopan, boleh peluk-peluk…pakcik rasa gementar hati nie, rasa tak tenang tentang islam”.
Bila ana dengar pakcik tu cakap macam tu, rasa ada beban yang besar yang di lempar kepada ana, kawan-kawan ana pun masih buat masiat, kawan-kawan ana pun masih tak tutup aurat. Ini satu perkara yang kita semua patut ambil berat, kerana orang bukan islam, nilai islam pada penganutnya. Marilah kita renung-renungkan. Kita semua tahu yang membezakan orang islam dan bukan islam hanyalah syahadahnya. Adakah syahadah kita sudah sempurna, tepuk dada tanyalah Iman.
Syahadah yang dilaksanakan dengan tepat akan dapat melahirkan beberapa keistimewaan pada peribadi, masyarakat dan Negara. Pemahaman konsep syahadah yang benar akan membezakan kehidupan seseorang dengan yang lain. Di peringkat individu syahadah telah mampu merubah individu2 yang selama ini mempertuhankan berhala, mengabaikan diri sesama manusia kepada menyembah Allah dalam erti kata yang sebenar. Syahadah juga telah mengubah sifat rakus, sombong, tamak kuasa kepada sifat2 yang terpuji.
Saidina Umar telah diubah sikap dan perangainya yang anti kepada islam dan penganutnya telah menjadi manusia yang taat dan menggunakan kebenaran untuk memperlihatkan kehebatan Islam dari dicabar oleh mana2 pihak. Sumaiyah sebagai wanita Islam yang pertama syahid kerana tidak rela untuk memperkosakan syahadah yang telah sebati di dalam dirinya dan ia memahami betapa bernilainya syahadah yang dia dapat. Begitu juga Bilal Ibn. Rabah seorang hamba Habsyi yang berkulit hitam dan miskin harta tetapi kaya dengan jiwa telah sanggup mempertahankan Islamnya walaupun di saat nyawanya terancam.
Diperingkat masyarakat syahadah telah Berjaya merubah corak kehidupan masyarakat Arab jahiliah yang penuh kezaliman, penindasan, perampasan, pembunuhan, tidak mengenal keadilan. Mungkin situasinya sama dengan kita di bawah pemerintahan kerajaan sekarang yang tidak kurang kezalimannya, rakyat di tindas, royalty tidak dapat dan sebagainya. Undang – undang yang ada, adalah undang-undang rimba, iaitu siapa yang kuat dialah yang akan berkuasa. Susah kita nak selesaikan jika masalah yang melibatkan pegawai kerajaan, malah PM sendiri yang kita dikhabarkan dengan kes pembunuhan warga moggolia dulu. Sebab apa…sebab mereka berkuasa, boleh beli polis, boleh beli makamah dan boleh bermain catur, tentukan siapa yang berjalan dan siapa yang berhenti, masyaAllah. Moga Allah memberi hidayah dan keampunan pada mereka. Berbalik kepada zaman jahiliah tadi, makluk yang lemah akan teraniaya, harta mereka akan dirampas. Permusuhan antara kabilah dan puak adalah amalan biasa dalam kehidupan mereka.
Tetapi dengan syahadah semuanya telah berubah kepada 1 keadaan aman damai. Bukan 1 malaysia yang dilaungkan, menari atas pentas campur melayu sikit, cina sikit, india sikit…inilah perpaduan, hidup aman damai dan sebagainya. Kalau itu menjadi ukuran keaman dan keharmonian, berapa lama boleh tahan menari, banyak mana wang yang nak dikeluarkan untuk tajaan tarian itu. Bilamana dulu difatwakan sureHeboh Haram, datang jomHeboh tak Haram pulak. Bilamana ada menteri keluarkan kenyataan “menonton orang menari lebih baik dari orang bercium di depan orang ramai”, tak kuar pulak kata-katanya haram mengikut islam. Tetapi bila ulama’ kuar kenyataan hendak berdoa kepada orang yang zalim, macam-macam kenyataan keluar, haram, nabi tak pernah ajar, tak da dalil. Ini lah mufti catur, yang menjadi permainan orang atasan.
Kalau kita tinjau di peringkat Negara, syahadah telah membuat satu revolusi yang mendadak untuk menukarkan Negara menjadi sebuah Negara berdaulat dan dihormatidi peringkat antarabangsa. Makkah satu ketika dahulu sebagai sarang permusuhan dan pertumpahan darah di kalangan manusia telah bertukar menjadi sebuah Negara yang aman makmur. Kedaulatan Negara Madinah tidak berani lagi dicabar oleh mana-mana pihak, hatta kerajaan Rom dan Parsi. Negara telah ditakbir dengan aman dan makmur berdasarkan syariat Allah bagi menggantikan undang-undang rimba yang menyelubungi masyarakat jahiliah dahulu, dan mungkin sekarang. InsyaAllah…maju kehadapan, gelombang perubahan.