-
Assalamualaikum. Ada seorang sahabat emelkan artikel ini kepada saya. Dan suka untuk saya berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian. Mudah-mudahan ada manfaat bersama.
Sudah banyak yang diperkatakan tentang peri wujudnya APCO Worldwide, sebuah firma perunding perhubungan awam antarabangsa di Malaysia, yang telah dibukti digajikan oleh Kerajaan Malaysia sebagai perunding imej, media dan perhubungan awam di negara ini.
Sudah pun juga diperkatakan tentang keanggotaan Majlis Penasihat Antarabangsa APCO yang mana telah memunculkan nama-nama seperti Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Bahagian Perlindungan dan Keselamatan serta bekas pegawai keselamatan berpangkat kanan dalam Agensi Keselamatan Israel, Itamar Rabinovich, bekas Duta Israel ke Amerika Syarikat dan bekas Presiden Universiti Tel Aviv, serta Shimon Stein, bekas Duta Israel ke Jerman dan bekas Menteri serta Pengarah Bahagian Kawalan dan Pelupusan Senjata, Kementerian Luar Israel.
Yang jarang diperkatakan pula ialah APCO juga berafiliasi dengan dua organisasi lain iaitu ASERO Worldwide dan Global Political Strategies. Komen: Nah sahabat2 Jelas bahawa semua member dalam APCO itu mpunyai perkaitannya dgn Israel…
ASERO Worldwide dikatakan mempunyai kepakaran dalam hal-hal berkaitan dengan isu keselamatan dalam negeri. Pengasas, Presiden dan CEO ASERO adalah Doron Bergerbest-Eilon, salah seorang ahli Majlis Penasihat Antarabangsa APCO Worlwide, yang juga berdasarkan biodatanya adalah bekas Ketua Bahagian Perlindungan dan Keselamatan serta bekas pegawai keselamatan berpangkat kanan dalam Agensi Keselamatan Israel.
Global Political Strategies pula telah disahkan mempunyai kepentingan langsung APCO Worldwide di dalamnya. Antara perunding/pengasasnya adalah Itamar Rabinovich, juga salah seorang ahli Majlis Penasihat Antarabangsa APCO Worlwide, bekas Duta Israel ke Amerika Syarikat, bekas Presiden Universiti Tel Aviv dan bekas Ketua Perunding dengan Kerajaan Syria di bawah Yitzhak Rabin. Perunding/pengasas Global Political Strategies yang lain adalah Shimon Stein, seorang lagi ahli Majlis Penasihat Antarabangsa APCO Worldwide yang juga bekas Duta Israel ke Jerman dan bekas Menteri serta Pengarah Bahagian Kawalan dan Pelupusan Senjata, Kementerian Luar Israel.
Ini kerana nikah haram APCO bukan setakat berlaku dengan Kerajaan Malaysia, ia juga sudah berpoligami dengan seluruh negara ASEAN, APCO Worlwide juga menjadi perunding kepada Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)! Bahkan APCO dalam laman webnya dengan bangga memasukkan ASEAN sebagai salah satu dari senarai kajian kes kliennya yang berjaya.-komen: satu lagi taktik mereka yang sememangnya berjaya mempengaruhi minda umat Islam dgn unsur2 yang bertentangan dengan Islam dan menyuntik racun ke atas negeri2 yang sudah berada dlm genggamanya sedikit demi sedikit.
Menariknya bila membaca penyelesaian-penyelesaian yang diberi oleh APCO kepada negara-negara ASEAN, terutama hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan, harus tidak dilupakan bahawa Presiden ASERO Worldwide, yang juga salah seorang ahli Majlis Perunding Antarabangsa APCO Worlwide, Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Bahagian Perlindungan dan Keselamatan serta bekas pegawai keselamatan berpangkat kanan dalam Agensi Keselamatan Israel adalah pakar dalam hal-hal keselamatan dalam negeri ini. Komen : Bagaimana kalau pihak musuh tahu segala hal ehwal dan pentadbiran Islam lebih2 lagi dalam hal2 pertahanan..Fikirkanlah saudara!
Penyelesaian pertama, atau lebih tepat utama yang diberi oleh APCO Worldwide kepada negara-negara ASEAN adalah membangun dan menyampaikan mesej-mesej utama serta kit media berkaitan dengan perdagangan dan keselamatan di Asia Tenggara.
Lalu saya terfikir, patutpun dahulunya wujud istilah KMM, dari Kumpulan Mujahidin Malaysia menjadi Kumpulan Militan Malaysia, istilah-istilah ini pula diulang sebut dengan begitu hebat di media semata-mata mahu mewajarkan satu undang-undang yang tidak pernah lekang dari kontroversi, ISA! Apakah ini juga lahir dari kit media yang dibekalkan oleh APCO? Apakah Jemaah Islamiyah (JI) adalah istilah KMM versi ASEAN yang juga dicipta oleh APCO?
Apakah dari segi keselamatan dalam negeri, APCO membantu negara-negara ASEAN, melalui permainan media, mencipta omongan ancaman daripada puak pelampau Islam (kononnya), semata-mata kerana mahu menerbitkan rasa takut di kalangan rakyat supaya terus berharap dan bergantung kepada pemerintah sedia-ada, lalu semakin lemahlah gerakan pembangkang di negara-negara ini, maklumlah APCO sekarang bermajikankan kerajaan-kerajaan ASEAN yang sedia-ada ini.
Saya turut jadi terfikir, logiklah dalam sektor perdagangan dan ekonomi, setiap kali wujud masalah, media akan menjadi galak dan birah bermain dengan isu serangan luar, agen asing, agen IMF dan sebagainya. Apakah ini juga sebahagian dari bahan yang terkandung dalam kit media yang dibekalkan APCO Worldwide kepada negara-negara seperti Malaysia?
Secara kasarnya, apa yang nampak jelas, APCO pada kebiasaannya digaji oleh kerajaan-kerajaan yang sedang diselubungi rasa takut akan kehilangan kuasa, sebaliknya tanpa sedar kerajaan-kerajaan ini berisiko untuk mendedahkan rahsia-rahsia sulit dan strategik negara kepada sekumpulan pakar strategi Israel @ Yahudi!
Saya melihat, andaikata Yang DiPertuan Agung berkenan sekalipun supaya sebuah suruhanjaya diRaja ditubuhkan bagi mempertimbang kedudukan APCO Worldwide di Malaysia, ia hanya tindakan sebelah pihak, umpama memohon fasakh sebuah perkahwinan. Ini pula adalah perkahwinan haram Kerajaan Malaysia dengan APCO tanpa restu rakyat. Kalau berkahwin pun secara haram, apakah kerajaan sanggup berdepan dengan rakyat untuk berfasakh dengan APCO secara halal?
Lebih teruk dari itu, kalaupun berjaya bercerai, apa jaminan hubungan ini akan terputus? Lebih-lebih lagi APCO sekarang bukan hanya perunding Kerajaan Malaysia, tetapi juga perunding bagi ASEAN, dan seperti yang dinyatakan oleh APCO sendiri, mereka bekerjasama rapat dengan Sekretariat ASEAN yang sekarang beribu pejabat di Jakarta, Indonesia.
Nampaknya, "Residen British" telah wujud semula di Asia Tenggara dalam bentuk APCO. Yang mengikuti sejarah harus mengetahui bahawa perlantikan Residen British adalah permulaan kepada terjajahnya seluruh kepulauan Melayu.komen: Perlunya umat Islam mengetahui sejarah runtuhnya sebuah khilafah Islamiyah.
Tunggu apa lagi? Bangkitlah rakyat untuk memfarakkan perkahwinan haram ini.
Takbir. Allahuakbar,
Saya menulis: Ini merupakan salah satu seruan kepada saudara2 sekalian supaya menyedari dan mengetahui taktik Yahudi-Nasrani untuk memesongkan umat Islam…menjauhkan umat Islam dari yang haq...
Umum mengetahui bahawa menjalinkan hubungan dgn orang Kafir yang cuba memerangi kita adalah haram lebih2 lagi mereka dengan jelas telah menjajah tanah Palestin (dibaca: tanah orang Islam) secara haram…
Bagaimana Malaysia yang sebuah Negara Islam, dipimpin oleh orang Islam tergamak menjalinkan hubungan dgn musuh2 Allah yang memerangi Islam…
Kepada siapa lagi yg harus kita berharap untuk memimpin negara???
Allah pasti akan memelihara agamaNya… Oleh itu bekerjalah saudara semua. Mulakan dari diri masing2…
Wahai syabab!wahai pemuda yg cintakan agama Allah. Tanamkan dlm diri untuk belajar bersungguh dan bercita2 lah utk memegang tampuk pemerintahan negara yang berlandaskan syariah dan akhirnya membebaskan negara2 Islam dari tipu daya Kuffar laknatullah!
-
"Cinta bukan mengajar kita lemah, tapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan kudrat tapi membangkitkan semangat," begitulah kata-kata nukilan Hamka yang begitu mendamaikan.
Biarlah kata-kata ini menjadi pembuka bicara kerana belakangan ini masalah cinta yang tumbuh dalam kalangan ahli gerakan atau jemaah sering menjadi topik perbincangan hatta dalam tamrin pun isu itu juga yang ditimbulkan. Persoalannya berlingkar bersimpang siur. Bagaimana jika bercinta sesama ahli jamaah? Bagaimana jika bercinta dengan ahli jamaah yang lain? Bagaimana pula bercinta dengan orang yang bukan ahli jemaah atau yang dikategorikan 'kurang faham'? Anggapan yang dibuat adalah jika sesama ahli jemaah kelestarian dakwah sedikit sebanyak terjamin. Barangkali, jika tidak dengan ahli jemaah bimbang orang yang 'kurang faham' akan menyekat pula ahli jemaah ini.
Tetapi saya tertarik dengan kata-kata yang menyebut “Pendakwah ini ibarat membaiki kereta yang rosak”. Jika kita menghayati betol-betol kata-kata ini, ia seolah-olah penting bagi seorang pendakwah yang dikategorikan sebagai golongan yang ‘faham’ membimbing atau membaiki golongan yang ‘kurang faham’. Sebab sifat pendakwah yang dimaksudkan bukan membaiki kereta yang sudah baik.
Berbalik pada persoalan cinta dalam kalangan ahli jemaah tadi. Tidak tahulah sama ada kita menganggap hal ini perkara remah yang tidak perlu diperbesar-besarkan atau kita memang tidak menyedari berputiknya soal hati dan perasan ini dalam kalangan kita. Jika dahulu pergi usrah kerana hendak mencari suntikan memperbaharui semangat untuk berjuang atau ke progaram-program sebagai wasilah dakwah. Sekarang usrah dan program menjadi medan yang dianggap 'suci' untuk melepaskan rindu pada yang dicintai. Adakalanya terfikir... adakah Allah sedang mendidik kita secara kelompok? Secara jemaah kerana tiba-tiba soal cinta ini timbul tidak henti-henti.
Mungkin kita melihat hal ini sebagai perkara kecil, masalah individu tetapi kesannya pada jemaah cukup besar. Sayang sekali apabila adik-adik perempuan dan kakak-kakak kita yang dahulu kerjanya berkualiti tinggi, aktif dalam usrah dan program, mudah diajak berbincang tiba-tiba menurun kualiti kerjanya, selalu murung dan termenung. Risik-risik rupanya dia ada masalah cinta. Sayang sekali adik-adik lelaki dan abang-abang kita yang dahulunya sabar dalam mesyuarat, tenang menghadapi ketegangan, mudah memberikan pendapat yang bernas sekarang cepat melenting, selalu marah-marah, banyak berdiam dan hilang tumpuan atau selalu mengelak diri. Tanya-tanya masalah cinta juga! Lebih parah ada yang rasa 'berdosa' untuk terus menyandang gelaran da'e atas bahu mereka kerana masalah cinta sehingga berlaku keciciran ahli jemaah.
Mengenai persoalan bercinta dengan ahli jamaah yang lain, ada yang bertanyakan persoalan ini. Bagi saya penting kita memahami apa sebenar matlamat ataupun tujuan jemaah diwujudkan. Dan hari ini kita melihat semua jemaah-jemaah Islam mempunyai tujuan dan matlamat yang sama, iaitu untuk mencapai negara Islam dan pemerintahan Islam, meletakkan Quran dan sunnah sebagai asas atau pelembagaan. Cuma ada pun perbezaan cara dan usaha ke arah itu, jika ada ahli jemaah yang mempunyai hasrat dan keinginan kepada ahli jemaah yang lain, bagi saya jemaah bukan satu penghalang, bukan tembok pemisah. Dan perlu diingatkan, perlunya ada sifat terbuka dan saling menghormati antara jemaah itu sendiri. Yang menjadi persoalan lain, iaitu mengenai muslimat yang mungkin akan di rebut, jemaahnya dan jemaah suaminya. Suka untuk saya memberi pandangan, penting mengenali sifat pasangan, bagi saya jika pasangan itu ‘faham’, tidak ada masalah mengenai jemaah ini dan mungkin akan bersama-sama saling bertukar-tukar pandangan, membaiki dan menambah baik jemaah masing-masing. Ada pula kewajipan taat kepada suami di salurkan kearah kebaikan.
Ada ustaz yang menyebut, ‘selamatkan muslimat kamu’. Bila mana saya bertukar-tukar fikiran, ada satu perkara yang penting untuk saya kongsikan, iaitu ustaz saya menyebut: “ Tidakkah kamu rasa bersalah, jika muslimat yang sentiasa melakukan gerak kerja Islam di lamar dan dinikah dengan bukan ahli jemaah, dan menyebabkan dia futur dan tercicir atas sebab di halang suaminya”. Susah sebenarnya nak jawab persoalan ini, tetapi bagi saya, memang perlu ada yang selamatkan, tetapi ianya bukan kewajipan. Sebab perasaan cinta dan keterikatan hati, tidak boleh dipaksa tetapi perlu ada kerelaan dan petunjuk dari Allah.
Oleh yang demikian amat penting kewujuddan Baitul Muslim dalam kalangan kita supaya perasaan yang baik ini dapat disalurkan dengan jalan yang mulia pula. Cinta itu fitrah dan perasaan itu tidak wajar dibunuh sewenangnya apabila sudah dihidupkan oleh Allah dalam hati kita. Moga-moga dari benih yang bercambah atas nama cinta dan kerana Allah ini melahirkan generasi yang sanggup menjualkan diri untuk Islam, yang menjunjung Allah dan Rasul mengatasi segala-galanya.
Bercakap tentang Baitul Muslim amat penting definisinya, fungsinya, struktur organisasi dan pelaksanaannya dibuat dengan tepat dan terperinci. Untuk itu tidak salah rasanya sahabat kita yang telah berumahtangga menjadi moderator dan meminta petunjuk daripada abang-kakak kita di dalam Jemaah dan ibu ayah kita sendiri. Hal ini demikian kerana daripada perbincangan difahamkan bahawa ada ahli jemaah yang tarik diri, keciciran kerana tidak tahan dipadan-padankan. Semoga penulisan ini ada manfaat bersama, supaya masalah ini kita boleh selesaikan dengan mudah tanpa menjejaskan pergerakkan dan perjalanan jemaah itu sendiri.
Bak kata Hamka,
"Cinta adalah iradat Tuhan, dikirimnya ke dunia supaya tumbuh. Kalau dia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyiksa orang lain. Kalau dia datang kepada hati yang keruh dan kepada budi yang rendah, dia akan membawa kerosakan. Tetapi jika dia hinggap kepada hati yang suci, dia akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan dan taat kepada Ilahi." Wallahu a'lam.
p/s: sila tinggalkan comment anda..terima kasih
http://seutastasbih.blogspot.com/
-
Dunia sedang melihat dan memerhati
Sebuah satira, drama, sandiwara dan konspirasi
Agar seorang yang ditakuti dan dibimbangi
Tidak akan sampai ke tampuk kuasa satu hari nanti
Kerana kuasa itu untuk kita secara eksklusif dan parti
Yang membusuk hingga usus ini tidak akan mati
Lalu direka cerita mengarut, meluat, meloyakan dan geli
Dibuang jauh hukum syarak, logik, pahala dosa dan maruah diri
Kerana nafsu gila itu menggila dan mabuk tanpa sedar diri
***
Lupakah kamu kepada Mahkamah Allah?
Sedarkah kamu tindakan kamu itu diperhati Allah?
Hilangkah kewarasan akal dan budi kerana nafsu serakah?
Terpinggirkah akhlak murni dek GILA KUASA yang membarah?
Insafkah kamu bahawa kita ini khalifah?
Yang membawa jawatan hanya kerana amanah?
****
Padang Mahsyar tetap tiba
Mahkamah Allah tetap ada
Mulut dikunci tidak berkata
blog, portal, website nifaq berfungsi tiada
Tangan, kaki dan yang lain jadi saksi semua
Muka akan tunduk merasa hina
Mereka yang zalim tetap dikira
Hati mereka tetap akan hiba
Kerana pemfitnah dan yang bersekongkol tetap diazab akhirnya
p/s: sila tinggalkan comment anda..terima kasih
http://seutastasbih.blogspot.com/
-
Telah pun kita katakan enam orang dari penduduk Yathrib telah memeluk Islam di musim haji tahun kesebelas kebangkitan Rasulullah dan menjanjikan Rasulullah untuk menyebarkan risalahnya di sana, di kalangan kaumnya.
Sebagai hasil kepada usaha-usaha mereka di sana, di musim haji berikut, iaitu di tahun kedua belas kebangkitan Rasulullah, bersamaan Julai 621 Masihi telah tiba ke Makkah dua belas orang lelaki termasuk lima orang yang telah bertemu Rasulullah di tahun lepas, dan tidak termasuk Jabir bin Abdullah bin Riab dan yang tujuh lagi ialah:
1. Muaz bin al-Harith Ibn 'Afa Banu al-Najar al-Khazraj
2. Zakwan bin Abd al-Qais Banu Zuraiq al-Khazraj
3. Ubbadah bin al-Samit Banu Ghanam al-Khazraj
4. Yazid bin Tha'labah sekutu Banu Ghanam al-Khazaraj
5. al-Abbas bin Ubbadah bin Nadhlah Banu Salim al-Khazaraj
6. Abu al-Haitham bin Banu Abd al-Tihan al-Asyhal. al-Aws
7. Uwaim bin Sa'idah Banu Amru bin Auf al-Aws
Dua yang akhir adalah dari qabilah al-Aws manakala yang lainnya dari al-Khazraj.
Mereka kesemua telah bertemu dengan Rasulullah di Muna, terus berbaiah dengan Rasulullah berdasarkan Baiah al-Nisa' (wanita), iaitu corak baiah yang dimentraikan dengan.kaum wanita semasa pembukaan Makkah.
Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Ubbadah bin al-Samit bahawa Rasulullah telah berkata kepada mereka: "Ayuh mari berbaiah denganku, untuk kamu tidak menyengutu dengan Allah sebarang sesuatu, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak kamu, tidak melakukan pembohongan dengan mendakwa anak-anak yang mereka pungut dijalan sebagai anak sendiri, tidak memaksiati daku pada kebaikan, sesiapa di antara kamu yang menunaikannya maka balasannya adalah dari Allah, dan sesiapa yang melanggarnya lalu dihukum maka itu adalah kafarah baginya di dunia. Tetapi kalau Allah lindunginya maka itu terserah- kepada Allah dan sekiranya Allah mengampunkannya maka7 itu adalah habuannya". Kata Ubbadah:
Dengan itu daku pun berbaiahlah dengannya. Dalam naskah lain menyebut: "Maka kami pun berbaiah dengannya di atas dasar itu"
DUTA ISLAM KE MADINAH
Setelah selesai pemeteraian baiah dan janji setia serta berakhirnya musim haji, Rasulullah bertindak mengutus bersama-sama dengan mereka yang berbaiah, seorang utusan ke bumi Yathrib dalam rangka mengajar kaum muslimin di sana syariat-syariat Islam serta mendalamkan masalah agama ( al-Tafaqquh fi al-din ), dan supaya mereka bertugas menyebarkan Islam di kalangan masyarakat yang masih syirik. Rasulullah memilih tokoh duta ke sana dari kalangan orang muda yang paling awal memeluk Islam, iaitu Mus'ab bin Umair (r.a).
KEJAYAAN YANG CEMERLANG
Semasa di Madinah, Mus'ab bin Umair menumpang bersama As'ad bin Zurarah, malah kedua-dua mereka giat menyebar Islam di kalangan penduduk Yathrib dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh. Mus'ab dikenaU sebagai al-Muqri (pembaca).
Di antara kisah-kisah gemilang dalam usaha dakwah mereka ceritanya disuatu hari As'ad bin Zurarah telah keluar bersama Mus'ab bin Umair ke perkampungan Bani Abd al-Asyhal dan Bani Zafar, mereka berdua memasuki perkarangan tempat tinggal Bani Zafar, dan mereka duduk dekat perigi yang dikenali sebagai perigi Maraq, di mana mereka telah dilingkungi oleh orang-orang Islam, di masa itu Sa'd bin Muaz dan Usaiyid bin Hadhir, dua tokoh pemuka Banu Abd al-Asyhal, yang pertama telah meminta kepada yang kedua dengan katanya: Ayuh cuba kamu pergi tengok dua orang pemuda itu yang telah cuba mempengaruhi orang-orang bawahan kita, tengkingkan dan halaukan mereka supaya tidak memasuki perkampungan kita, As'ad bin Zurarah itu anak saudaraku, kalau tidak, biar aku yang bereskan.
Usaiyid pun mengambil tombaknya dan menuju ke arah Mus'ab dan As'ad, sebaik sahaja As'ad melihatnya, As'ad pun memberitahu kepada Mus'ab katanya: Usaiyid itu adalah ketua qabilahnya, dia itu datang kemari, ku harap kau dapat jelaskar kebenaran Allah kepadanya, kata Mus'ab: Insyaallah sekiranya beliau duduk sahaja di sini, akan ku cuba berbual dengannya, Usaiyid pun tiba ke hadapan mereka berdua dengan memaki-maki katanya lagi: "Apa yang membawa kamu datang ke mari kamu cuba memperbodohkan golongan yang lemah di antara kami Ayuh beredarlah kamu dari sini, sekiranya kamu masih sayan^ lagi kepada diri kamu". Kata Mus'ab: "Boleh tak tuan dudul dan cuba dengar dari kami barang sepatah kata, sekiranya kai senang dengan kata-kata ku itu boleh kau dengarnya, kalau tidak kau boleh perintah aku berhenti. Kata Usaiyid: "Itu adalah yang terbaik dan saksama. Dengan itu beliau memacak tombaknya ke tanah, maka dengan itu Mus'ab pun menyampaika'n kepadanya pengenalan Islam di samping membaca al-Quran, seterusnya Mus'ab menceritakan: Demi Allah kami sudah dapat melihat cahaya penerimaan beliau dengan ajaran Islam, sebelum beliau menyatakan isi kandungan hatinya dengan katanya: Betapa indahnya Islam itu dan alangkah cantik ayat-ayat tadi? Apa yang biasa kamu lakukan bila kamu hendak memeluk Islam?
Kata Mus'ab dan As'ad kepadanya: "Pertama-tamanya kamu harus bersuci, membersihkan pakaian, mengucap dua kalimah syahadah, kemudian kamu bersembahyang dua rakaat". Dengan itu Usaiyid terus bangun dan bftrsuci, membersihkan pakaian, mengucap dua kalimah syahadah dan menunaikan sembahyang dua rakaat, seterusnya beliau menegaskan:
"Sebenarnya di belakang ku ini ada seorang lelaki, sekiranya beliau ini mengikuti kamu berdua, pasti tidak seorang pun akan tertinggal tanpa mengikuti kamu dan aku akan tunjukkan di mana beliau berada sekarang ini, dengan itu segera beliau mengangkat tombaknya dan menuju ke hadapan Sa'd bin Mu'az yang sedang berada bersama kaumnya di kelab mereka, kata Sa'd: Demi Allah Aku bersumpah itu dia Usaiyid, telah datang dengan air muka lain, lain dari semasa beliau pergi.Bila Usaiyid berdiri di hadapan kelab terus Sa'd berkata:Apa yang telah kau lakukan? kata Usaiyid: "Aku telah pun bercakap dengan dua orang muda itu dan aku dapati kedua-dua mereka itu tidak merbahaya, juga telah ku larang mereka, dan mereka berdua telah memberijawapan, dengan kata mereka: Kami menurut sahaja, apa yang kamu senang dengannya".
Apa yang terjadi seterusnya, di mana Banu Harithah telah keluar beramai-ramai untuk membunuh As'ad bin Zurarah, iaitu setelah mana mereka mengetahui beliau adalah anak saudara Sa'd bin Mu'az, dengan tujuan untuk melanggar perjanjian. Sa'd bin Mu'az pun bangun dari tempatnya, untuk ke tempat kaum muslimin berkumpul bersama As'ad, beliau membawa tombaknya terus menuju ke tempat Mus'ab dan As'ad, setelah didapati mereka berdua tenang tak ada apa-apa pun berlaku, beliau pun sedar di mana Usaiyid membiarkan begitu, dengan maksud supaya beliau dapat mengikuti pembicaraan dari mereka berdua, namun sesampainya beliau di hadapan Mus'ab dan As'ad dengan keadaan memarahi mereka, lantas beliau berkata kepada As'ad: "Demi Allah wahai Abu Umamah, kalau tidak kerana hubungan kekerabatan di antara kita berdua, kamu tidak dapat berbuat sedemikian, lantaran kamu berdua telah memasuki daerah kami ini dalam keadaan kami tidak suka".
Sebelum ini As'ad sudahpun memberitahu kepada Mus'ab:Itu dia ketua qabilah ini, telah pun datang di belakangnya ramai pengikut, sekiranya beliau ini mengikuti kamu, nescaya tidak ada seorang pun akan tertinggal. Dengan itu Mus'ab pun berkata kepada Sa'd: Boleh tak tuan hamba duduk seketika dan dengarkan dahulu barang sesuatu dari kami, sekiranya yang kami sampaikan itu menyenangkan tuan, bolehlah tuan terimanya, tetapi sekiranya yang kami sampaikan itu memberatkan tuan, maka kami elakkannya dan hindarkan yang tuan bencikan ini. Kata Sa'd: Itu adalah waras dan saksama, kemudian beliau memacak tombaknya dan duduk. kepadanya diperkenalkan Islam, dibacakan ayat-ayat al-Quran semasa itujuga mukanya berubah, tanda terima kebenaran Islam sebelum beliau berkata sesuatu, mukanya berseri penul kepercayaan dan beliau bertanya: Apa yang kamu buat semasa kamu memeluk Islam? JawabMusab dan As'ad: pertama-tama kamu bersuci, bersih pakaian kemudian mengucap dua kalimah syahadah dan bersembahyang dua rakaat, dengan itu beliau teru bertindak seperti yang dijelaskan.
Setelah beliau mencabut tombaknya dan terns pergi ke kelab perhimpunan qabilahnya, bila dilihat oleh kaumnya, mereka mendapati wajah Sa'd telah bembah dari sebelum beliau menemui Mus'ab.
Bila beliau sampai di hadapan kaumnya, beliau terus bertanya: Wahai Bani Abd al-Asyhal, kamu kenal tak diriku di kalangan kamu? Jawab mereka: "Tuan adalah ketua kami dan orang yang terwaras di antara kami dan sebaik-baik pemimpin. Jawab Sa'd: Demi sesungguhnya, apa-apa perkataan yang diungkapkan oleh kaum lelaki atau perempuan di kalangan kamu adalah tidak wajar bagiku untuk ku mendengarnya, selagi mana kau tidak beriman dengan Allah dan RasulNya". Dengan ucapannya itu, tidak sampai sekerat hari seluruh Banu al-Asyhal menganut Islam, kecuali seorang sahaja iaitu al-Usayram yang telah menangguh penerimaannya, hingga ke hari peperangan Uhud, namun pada hari itu beliau terus mengucap dua kalimah syahadah dan terus ke medan jihad dan berjuang bersama kaum muslimin yang lain, namun Allah tetap mengurniakan kepadanya al-Syahadah. Beliau gugur sebagai pahlawan yang syahid meskipun tidak sempat sujud bersembahyang kepada Allah, justeru itu Rasulullah bersabda yang bermaksud:
Beramal sedikit tetapi diberi ganjaran yang banyak.
Mus'ab bin Umair tinggal di rumah As'ad bin Zurarah menyeru masyarakat di sana kepada Islam, menyebabkan tiada sebuah rumah pun dari golongan Ansar yang tidak dikunjungi Islam, kecuali rumah Banu Umaiyah bin Zaid, I[hatmah dan Wail, kerana terdapat seorang penyair yang disegani di mana cakapnya didengari iaitu Qais bin al-Aslat, mereka tertangguh memeluk Islam, hinggalah pada tahun peperangan Khandak iaitu tahun kelima hijrah barulah mereka mendapat hidayah. Sebelum ketibaan musim haji berikut iaitu tahun ketiga belas kebangkitan Rasulullah, Mus'ab telah membawa bersama beliau satujemaah ke Makkah, dengan berita yang mengembirakan iaitu berita kemenangan, beliau memperihalkan kepada Rasulullah segala sesuatu mengenai qabilah yang menetap di Yathrib, dilapornya segala kebaikan yang sedang menanti di sana dikisahkannya seluruh kekuatan dan potensi yang sedang menunggu di sana.
p/s: sila tinggalkan comment anda..terima kasih
http://seutastasbih.blogspot.com/
-
Sabda Nabi s.a.w. maksudnya:
"Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."
Riwayat Muslim
Dalam riwayat al-Imam Muslim yang lain : Daripada Abu Zar, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
"Wahai Abu Zar, sesungguhnya aku melihat engkau seorang yang lemah, sesungguhnya aku suka untuk engkau apa aku suka untuk diriku. Maka jangan engkau menjadi ketua ke atas dua orang dan jangan engkau uruskan harta anak yatim."
Intisari
Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. tidak memberikan jawatan sekalipun kepada Abu Zar seorang sahabat yang sangat dikasihi baginda apabila dilihat ciri-ciri kelayakan tidak wujud sepenuhnya. Abu Zar adalah seorang sahabat yang soleh lagi warak dan zuhud. Namun begitu, amanah dan jawatan berhajat kpd ciri-ciri yang yang lebih dari itu, yang bukan semua individu memilikinya.
Juga hadis ini menonjolkan sikap terpuji Abu Zar r.a. yang meriwayatkan ucapan Nabi s.a.w, sekalipun inti kandungannya menyatakan kelemahan dirinya dalam kepimpinan. Ini amanah ilmu dan kejujuran para sahabat yang menyampaikan ajaran Rasulullah s.a.w kepada umat.
Berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, maka para ulama ahli sunnah yang silam seperti Ibn Taimiyyah telah membahaskan persoalan ini dan umat Islam tidak sepatutnya hilang arah dalam soal perlantikan dan pemberian kuasa ini.
Hadis ini juga menjelaskan besarnya tanggungjawab kepimpinan dan pengurusan di dalam Islam dan bukan sebarangan individu mampu memikulnya.
Justeru itu memberikan jawatan dan amanah kepada seseorang yang tidak memiliki keahlian atau kelayakan adalah punca kerosakan masyarakat dan umat. Kerosakan sistem masyarakat menatijahkan kerosakan individu keseluruhannya. Nabi s.a.w. sering memberi amaran tentang kemusnahan hidup apabila amanah dikhianati.
Sabda Nabi s.a.w. :
"Daripada Abu Hurairah dia berkata: “Ketika Nabi s.a.w. di dalam suatu majlis berbicara dengan orang ramai maka datang seorang `arab badwi lalu bertanya:
"Bilakah hari kiamat?".
Rasulullah s.a.w. meneruskan ucapannya.
Ada yang berkata "Baginda dengar (apa yang ditanya) tetapi baginda tidak suka apa yang ditanya". Sementara yang lain pula berkata "Bahkan baginda tidak mendengar". Apabila telah selesai ucapannya, bagida bertanya: "Manakah orang yang menyoal".
Jawab (badwi tersebut): "Saya di sini wahai Rasulullah".
Baginda bersabda: "Apabila dihilangkan amanah maka tunggulah kiamat". Tanya badawi tersebut: "Bagaimanakah menghilangkan amanah itu".
Sabda baginda: "Apabila diserahkan urusan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamat".
Riwayat al-Bukhari
Firman Allah
(maksudnya) "Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia hendaklah kamu berhukum dengan adil."
Kata al-Imam al-Qurtubi :
"Ayat ini adalah pusat segala hukum-hakam yang mengandungi seluruh isi agama dan syara'."
Katanya juga: "Yang sebenarnya ayat ini adalah umum untuk semua manusia, ianya menyentuh para pemerintah mengenai amanah yang mereka tanggung dalam membahagikan harta-harta, menolak segala kezaliman dan adil dalam pemerintahan. Demikian juga, ayat ini juga menyentuh golongan yang selain mereka.."
Itulah titah perintah Allah, agar posisi penting di dalam kepimpinan umat hanya diberikan kepada yang benar-benar layak mengendalikannya sehingga tidak berlakunya kepincangan, kecacatan dan kezaliman. Persoalan amanah merangkumi setiap aspek hidup. Termasuk dalam rangkaian amanah persoalan pentadbiran rumahtangga, pejabat, kampung, sekolah dan seumpamanya. Sekiranya pemimpin yang dipilih berkelayakan maka sejahteralah seluruh rangkaian di bawahnya. Sekiranya cacat maka cacatlah seluruh rangkaian dibawahnya.
Di atas nama amanah maka seseorang dituntut membuat pemilihan dan perlantikan yang tepat dengan tuntutan jawatan yang ada. Sekiranya tidak, maka dia dianggap pengkhianat.
Apakah ciri-ciri yang jika seseorang melandasinya maka dia tidak dianggap khianat dalam perlantikan?
Secara umumnya pemilihan yang bertanggungjawab berteraskan dua ciri asas yang mesti ada pada tokoh yang bakal dipilih iaitu ciri al-Quwwah dan al-Amanah.
Allah menyebut di dalam al-Quran menceritakan kisah Musa a.s.:
(maksudnya) "Sesungguhnya sebaik-baik orang yang hendak engkau ambil bekerja ialah yang kuat (berkemampuan) dan amanah (dipercayai)."
Maka tugasan yang diberikan kepada seseorang wajar dilihat pada dua ciri utama yang disebut di dalam nas di atas. Ini seperti yang dihuraikan oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah di dalam as-Siyasah asy-Syar`iyyah fi Islah ar-Ra`i wa ar-Ra`iyyah iaitu:
Pertama: Al-Quwwah iaitu kekuatan, kemampuan dan kemahiran menjalankan tugas.
Ciri-ciri al-Quwwah atau kemampuan merujuk bidang tugas yang diberikan. Contohnya, jika jawatan berkenaan berkaitan ekonomi konsep al-Quwwah merujuk kepada kemahirannya dalam pengurusan ekonomi. Bagi bidang kehakiman maka al-Quwwah merujuk kepada pengetahuan dalam persoalan hukum-hakam. Dalam bidang ketenteraan merujuk kepada persoalan kepakaran medan perang, semangat juang dan keberanian.
Kedua: Al-Amanah iaitu bersikap amanah atau bertanggungjawab.
Ini merujuk kepada tiga perkara utama iaitu: Takutkan Allah, Tidak menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah untuk mendapat habuan dunia dan tidak takutkan manusia. Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah: "Hendak dipastikan orang yang terbaik bagi setiap jawatan, kerana sesungguhnya kepimpinan itu mempunyai dua rukun iaitu al-Quwwah dan al-Amanah. Ini seperti yang Allah firmankan:
(maksudnya) "Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah."
Kata Raja Mesir kepada Yusuf a.s. :
(maksudnya) "Sesungguhnya kamu hari ini menjadi orang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai" Surah Yusuf: ayat 54
Firman Allah dalam menyifatkan Jibril:
(maksudnya) "Sesungguhnya al-Quran itu benar-benar firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia (Jibril). Yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi (Allah) yang mempunyai `arsy. Yang ditaati (di alam malaikat) lagi dipercayai) Surah al-Takwir ayat 19-21
Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah lagi: "Al-Quwwah dinilai pada setiap kepimpinan berdasarkan keadaannya. al-Quwwah dalam mengetuai peperangan merujuk kepada keberanian hati, pengalaman dalam peperangan, tipu daya peperangan kerana peperangan itu adalah tipu daya dan kemampuan dalam berbagai jenis peperangan. ... al-Quwwah dalam kehakiman manusia merujuk kepada ilmu mengenai keadilan seperti yang ditunjukkan oleh al-Quran dan as-Sunnah dan kepada kemampuan melaksanakan hukum. Dan amanah pula merujuk kepada perasaan takutkan Allah, tidak menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah dan tidak takutkan manusia. Inilah tiga ciri yang ditetapkan Allah bagi setiap yang memerintah manusia, firman Allah:
(maksudnya): "Kerana itu janganlah kamu takutkan manusia (tetapi) takutlah Aku, jangan kamu membeli ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit. Barang siap yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah maka mereka itulah orang-orang kafir)
[Surah al-Maidah: ayat 44]
Oleh itu sesiapa yang melantik atau memilih seseorang bagi mengendalikan sesuatu urusan yang berkait dengan umat tanpa diteliti persoalan al-Quwwah dan al-Amanah atau persoalan kemampuan dan amanah bererti telah menyerahkan urusan bukan kepada ahlinya. Perbuatan itu mengundang kemurkaan Allah.
Timbangan yang telah digariskan oleh al-Quran dan dihuraikan as-Sunnah serta dibahaskan oleh sarjana-sarjana atau para ulama Islam yang seperti Ibn Taimiyyah, dapat dimanfaatkan oleh setiap individu dalam mengatur urusan pentadbiran dan kehidupan dalam semua aspek. Di mana pun posisi seseorang, sama ada pemimpin negara di peringkat negara atau negeri atau apa sahaja, maka setiap tugasan yang bakal diserahkan kepadanya berpandukan konsep al-Quwwah iaitu kemampuan untuk melaksanakan dan al-Amanah iaitu perasaan takutkan Allah dari melakukan pengkhianatan atau kecuaian. Sekiranya dua perkara ini dipastikan, maka sudah tentu tanggungjawab kepimpinan tidak akan dicemari, kekusutan masyarakat tidak akan timbul.
Kadangkala kita mungkin bertembung dengan satu masalah iaitu ketandusan tokoh untuk sesuatu jawatan melainkan dua orang atau jenis kelompok sahaja, seorang atau satunya daripadanya memiliki al-Quwwah atau kekuatan dan kemampuan tetapi kurang amanah, sementara seorang lagi satu kelopok lagi memiliki ciri amanah iaitu solih dan bertanggungjawab tetapi lemah atau tidak berkemampuan, siapakah yang patut dipilih?
Dalam hal ini maka para `ulama al-siyasah al-syar`iyyah menyatakan pemilihan dalam keadaan sebegini hendaklah dilihat kepada jenis atau keadaan jawatan yang hendak diserahkan, kemudian menilai siapakah yang paling boleh memberi manfaat dan paling kurang mudharatnya apabila menduduki jawatan tersebut. Sekiranya jawatan berkenaan berteraskan kepada kekuatan seperti medan peperangan maka hendaklah didahulukan yang memiliki kekuatan dan keberanian walaupun kurang solih ataupun tidak baik peribadinya. Sekiranya jawatan berhajat kepada amanah yang lebih seperti mengendalikan kewangan maka hendaklah didahulukan yang amanah walaupun ada kelemahan dalam pengurusannya.
Di atas sebab ini maka Rasulullah s.a.w. memilih Khalid bin al-Walid r.a. mengepalai tentera Islam dan menggelarnya sebagai pedang Allah walaupun ada para sahabah yang lebih besar kedudukannya di sisi Nabi s.a.w. Ini kerana kemampuan yang dimiliki Khalid tidak dimiliki oleh mereka. Sekalipun Rasulullah s.a.w. pernah menegur beberapa tindakan Khalid yang tidak disetujui oleh baginda. Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah: [i]"Apabila dua orang lelaki, salah seorangnya lebih amanah dan seorang lagi lebih kuat (mampu) maka hendaklah didahulukan yang lebih bermanfaat untuk jawatan berkenaaan dan paling kurang mudharatnya bagi jawatan tersebut. Maka dalam mengepalai peperangan, lelaki yang kuat dan berani walaupun padanya ada kejahatan diutamakan dari lelaki yang lemah dan tidak berkemampuan walaupun dia seorang yang amanah. Ini seperti yang ditanya kepada al-Imam Ahmad: Mengenai dua lelaki yang menjadi ketua di dalam peperangan, salah seorangnya kuat tetapi jahat dan seorang lagi solih tetapi lemah, siapakah yang layak berperang? Jawab al-Imam Ahmad: "Yang kuat dan jahat, kekuatan untuk kepentingan orang Islam, kejahatannya untuk dirinya sendiri adapun yang solih tetapi lemah maka kesolihannya untuk dirinya tetapi kelemahannya merugikan orang Islam"
Maka dalam perlaksanaan pembahagian tugas atau perlantikan jawatan, hendaklah dipastikan perkara berikut:
Pertama: Melantik individu atau tokoh yang memenuhi ciri al-Quwwah dan al-Amanah,
Kedua: Sekiranya berlaku kekurangan tokoh yang berlayakan melainkan setiap orang memiliki kecacatannya yang tersendiri, maka hendak dibandingkan kelemahan yang ada dengan tugas yang bakal dipikul. Ini dilihat siapakah yang paling bermanfaat dan paling kurang mudarat untuk tugasan tersebut.
Oleh itu usaha untuk mewujudkan kelompok manusia yang memiliki dengan sempurna kedua-dua ciri ini adalah tanggungjawab besar umat agar terpeliharanya kita daripada golongan yang khianat dan merosakkan masyarakat. Perlu disedari, apa ertinya jika generasi pakar teknologi atau ilmu-ilmu lain yang tanpa amanah atau dalam kata lain perasaan takutkan Allah yang akan menyebabkan mereka menggunakan kepintaran dan kecekapan untuk merosakkan tanggungjawab, melanggar hukum-hakam Allah sekaligus merosakkan umat. Pun begitu kita juga tidak mahu menyerahkan tugasan kepimpinan umat kepada suatu kelompok manusia yang baik, salih atau pandai agama tetapi jahil tentang selok belok pentadbiran dan perlaksanaannya sehingga mudah ditipu oleh golongan musuh dan pengkhianat yang menyebabkan kelemahan dan kelembapan perjalanan urusan umat.
Maka menjadi tanggungjawab umat mencari pemimpin yang solih lagi takutkan Allah dengan melaksanakan seluruh arahan dan meninggalkan seluruh tegahanNya di samping pakar dan cekap dalam mengendalikan pentadbiran dan urusan.
-
Assalamualaikum. Alhamdulillah Tuan punya dunia masih memberi peluang untuk ana berkongsi, satu cerita mengenai Al Fudhail bin Iyadh, yang mungkin sahabat-sahabat sudah pernah mendengar kata-kata beliau:"Kamu menutup pintumu dan menurunkan tabirmu dan berasa malu kepada manusia tetapi tidak malu kepada Al-Quran yang ada di dadamu dan tidak malu kepada Allah yang Maha Besar yang tidak ada sesuatu yang dapat bersembunyi dariNya."
Beliau adalah Abu 'Ali al-Fudhail bin 'Iyadh bin Mas`ud bin Bisyr at-Tamimi al-Yarbu`iy al-Khuraasaani. Beliau asalnya adalah seorang ahli maksiat yang suka merompak dan menyamun, yang kemudiannya mendapat sinar hidayah Allah apabila terkena panahan kalam Allah. Diceritakan bahawa sewaktu masih jahat, beliau pada satu malam berniat untuk mengganggu seorang perempuan. Sewaktu beliau memanjat tembok kediaman perempuan tersebut, beliau mendengar suara orang membaca al-Quran ayat 16 surah al-Hadiid yang berbunyi:-Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyu' hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (al-Qur'an) yang diturunkan (kepada mereka)?Ayat tersebut benar-benar masuk meresap dan menyentak sanubari Fudhail bin 'Iyadh, membuatnya terdiam di atas tembok tersebut, lalu tiba-tiba Fudhail bin Iyadh merasa lemah longlai segala sendinya dan tubuhnya gementar seraya beliau merintih kepada Allah: "Oh Tuhan, telah tiba waktuku. Telah tiba waktuku." Dia pun turun dari tembok tersebut dan berjalan pulang dengan hati bertaubat setulus-tulusnya.Setelah bertaubat, beliau menekuni ilmu agama terutama sekali ilmu hadits di mana beliau mendengar hadits daripada jemaah muhadditsin antaranya Syaikh Sulaiman al-Taimi, Syaikh Yahya al-Anshari, Imam Ja'far ash-Shodiq, Imam 'Atho` bin as-Saib dan Imam Sufyan ats-Tsauri. Dan telah meriwayat pula daripadanya sejumlah ulama, antaranya Imam asy-Syafi`i, Imam Sufyan bin 'Uyainah, Imam Yahya al-Qaththan, Imam Ibnul Mubarak dan Imam al-Humaidi. Para ulama telah ijma` atas tsiqahnya dan kekuatannya untuk dijadikan hujjah serta atas kesholihan, kezuhudan dan kewarakannya.Imam an-Nawawi dalam "al-Adzkar" menukilkan kalam Imam Fudhail berhubung persoalan ikhlash dan riya`. Pada halaman 36, Imam an-Nawawi rhm. menulis:- Dan telah diriwayatkan bahawa as-Sayyid al-Jaliil Abi 'Ali al-Fudhail bin 'Iyadh r.a. berkata: " Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya`; Dan beramal kerana manusia pula adalah satu kesyirikan; Manakala ikhlash adalah apabila Allah meng`afiatkan engkau daripada keduanya (yakni segala sesuatu dilaksanakan kerana Allah semata-mata)."Imam yang mulia ini meninggalkan dunia yang fana pada bulan Muharram tahun 187H di Kota Makkah al-Mukarramah. Beliau telah dimaqamkan di Jannatul Ma'ala. Jika kamu merasakan Hidayah Allah itu sudah sampai, jangan kamu melengah-lengahkannya, sahutlah ia, dibimbangkan tidak lagi sampai pada masa akan datang..p/s: sila tinggalkan comment anda..terima kasihhttp://seutastasbih.blogspot.com/
-
Apabila bercakap menyenai cinta, ramai yang terpedaya, ramai yang mudah percaya dengan perkataan tersebut. Tetapi sayangnya tidak ramai yang memahaminya dan cuba untuk memahaminya. Memang mudah kita ungkapkan perkataan “sayang”, “cinta”, “rindu” tetapi sejauh mana kita mendalami perkataan tersebut. Cinta adalah kekuatan yang mampu mengubah duri menjadi mawar, mengubah cuka menjadi anggur, mengubah sedih menjadi ria, mengubah amarah menjadi ramah, mengubah musibah jadi muhibah. Itu definisi cinta yang mengikut kamus KCB.Namun Cinta itu juga tak pernah meminta, tetapi memberi sepenuh rela. Rasa bahagia biarpun sengsara, berkorban segala-galanya bak kata lagu kerana cinta. Apa pun cinta itu satu kekuatan, bukan pada sebutan tetapi pada penghayatan. Suka untuk ana berkongsi satu kisah yang mungkin boleh kita mengambil manfaat bersama.Alkisah, di suatu pulau kecil tinggallah berbagai benda abstrak ada CINTA, kesedihan, kegembiraan, kekayaan, kecantikan dan sebagainya. Mereka hidup berdampingan dengan baik. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri. CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tidak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan. Sementara itu air semakin naik membasahi kakinya.Tidak lama CINTA melihat kekayaan sedang mengayuh perahu, Kekayaan! Kekayaan! Tolong aku!, teriak CINTA . Aduh! Maaf, CINTA!, kata kekayaan . Aku tak dapat membawamu serta nanti perahu ini tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini. Lalu kekayaan cepat-cepat pergi mengayuh perahunya. CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya kegembiraan bersama dengan perahunya. Kegembiraan! Tolong aku!, teriak CINTA. Namun kegembiraan terlalu gembira kerana ia menemukan perahu sehingga ia tak dapat mendengar teriakan CINTA. Air semakin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik.Tak lama datanglah kecantikan. Kecantikan! Bawalah aku bersamamu!, teriak CINTA. Wah, CINTA kamu basah dan kotor. Aku tak boleh membawamu pergi. Nanti kau mengotori perahuku yang indah ini, sahut kecantikan. CINTA sedih sekali mendengarnya. Ia mulai menangis terisak-isak. Saat itulah datang kesedihan. Oh kesedihan, bawalah aku bersamamu!, kata CINTA. Maaf CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja.., kata kesedihan sambil terus mengayuh perahunya. CINTA putus asa.Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. Pada saat itulah tiba-tiba terdengar satu suara yang memanggil. CINTA! CINTA! Mari cepat naik ke perahuku! CINTA menoleh ke arah suara itu dan cepat-cepat naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya. Di pulau terdekat, CINTA turun dan perahu itu langsung pergi lagi. Pada saat itu barulah CINTA sedar bahwa ia tidak mengetahui siapa yang menolongnya. CINTA segera bertanya pada penduduk pulau itu. Yang tadi adalah WAKTU, kata penduduk itu. Tapi, mengapa ia menyelamatkan aku? Aku tidak mengenalinya. Bahkan teman-temanku yang mengenalku pun enggan menolong tanya CINTA hairan. Sebab...,HANYA WAKTULAH YANG TAHU BERAPA NILAI SESUNGGUHNYA DARI CINTA ITU. Gunakanlah sebaik-baiknya waktu kamu untuk cinta sempurna kamu, cinta teragung kamu, murabbi cinta. Mudah-mudahan kita meletakkan cinta kita pada tempat yang betol, bukan cinta murahan.Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya
Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta
p/s: sila tinggalkan comment anda..terima kasihhttp://seutastasbih.blogspot.com/
-
Assalamualaikum wbtDengan penuh bebesar hati saya menjemput semua yang berkenaan dan yang berkenan untuk hadir ke Program Lambaian Menara Gading 2010 seperti didalam poster dibawah.bagi yang da terlajak @ masih x cukup umur.. anda masih berpeluang sebenarnya, =)~anda masih mampu untukmengajak/menjemput/memaksa/mewajibkan/mempersilakan@ apa-apa terhadapadik/abang/kakak/jiran/anak buah/anak menakan/sepupu@ sesiapa sahajake program berikut :-