Pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee berbangsa Cina yang menghina bulan Ramadan dengan ucapan berpuasa kepada umat Islam di Malaysia sambil 'menikmati sup tulang babi' menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.
Mengambil tindakan terhadap pasangan muda ini adalah amat tetap kerana tidak ada siapa yang beragama akan merestui perlakuan mereka. Adakah kita pernah terfikir, kenapa mereka ini berani berbuat demikian? Tidak salah jika saya katakan keadaan ini berlanjutan kerana pihak yang mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan itu tidak bersikap adil dan jujur.
Kenyataan-kenyataan mereka-mereka seperti Chua Soi Lek yang sering kali keluarkan kenyataan menghina Islam serta Zulkifli Noordin, Ibrahim Ali dan ramai lagi yang bersifat provokatif terhadap agama lain tidak pula diambil tindakan.
Ini menjadi tanda tanya buat masyarakat, adakah rakyat ‘perlu belajar’ sesuatu dari mereka-mereka ini supaya boleh keluarkan kenyataan sesuka hati dan tidak perlu bimbang akan di ambil tindakan.
Chua Soi Lek, yang dahulunya menyentuh soal wanita Islam bersalam iaitu calon PAS-Pakatan kerusi DUN Tenang, sebagai satu pendirian yang juga menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini, tetapi apa tindakan yang diambil terhadapnya? Hanyalah kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang meminta Chua Soi Lek meminta maaf.
Soi Lek sebelum ini juga mengeluarkan kenyataan bahawa pelaksanaan hukum hudud akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan dan pelancongan serta boleh mencetuskan keresahan rakyat terhadap Islam. Apa tindakkan yang diambil juga terhadapnya? Dipenjara, didenda?
Bagi saya selagi sikap pilih bulu pihak penguasa dan mengambil tindakan secara ‘selective’ maka selagi itulah isu-isu seperti ini akan berlaku tanpa henti. Sekarang budaya provokasi diantara agama ini sudah berlarutan dan ini tidak akan selesai selagi tidak ada tanda-tanda pihak berkuasa berkemampuan untuk bersikap adil dan saksama.
Saya tinggalkan satu persoalan. Adakah bangsa melayu Islam hanya sensetif soal agama bilamana ianya berkaitan dengan pemakanan ?.
Di sediakan oleh :
Mohd Yusof Hadhari