MOST RECENT

T-Shirt PRU 13

Tempahan T-Shirt PRU13 Pemuda PAS. Tempahan akan di tutup pada 20 Mac 2013.

6:46 PTG | Posted in , | Selanjutnya »

Ruang maya bagai mimpi buruk buat pemerintah


Barisan Nasional (BN) masih kekal bergelar parti pemerintah walaupun sudah lebih 50 tahun sistem demokrasi pilihan raya telah dilaksanakan sejak merdeka. Walhal, di negara-negara lain, parti pemerintah sudah bertukar ganti berkali-kali.

Kebanyakan parti pemerintah di kebanyakan negara yang ada pada masa kini pernah berada di kerusi pembangkang. Tetapi, nasib itu tidak terjadi kepada BN yang berterusan berkuasa lantas mengkonstruksi hegemoni dalam politik Malaysia.

Sejak akhir-akhir ini, kemajuan dan perkembangan teknologi maklumat serta komunikasi telah mengubah lanskap politik banyak negara di dunia. Beberapa rejim dan penguasa tua telah dijatuhkan hasil gerakan massa yang dikenalpasti sebagai akibat mobilisasi politik di ruang maya.

Kita semua pasti bersetuju bahawa ruang maya dengan politik di ruang nyata sangat hubungan rapat, saling bergantung, serta berkesalingan. Masing-masing pemimpin menerangkan tindakan mengawal atau mengganggu dan mengguna ruang tersebut demi mempertahankan kelangsungan sesebuah parti sebagai pemerintah. Melihat kepada pemerintah Iran yang memberikan alasan biasa iaitu “keselamatan negara” demi mengabsahkan tindakan pemerintah yang mengawal ketat ruang maya. Tindakan kawalan dilakukan sejurus kemunculan Revolusi Hijau yang dilakukan tanpa keganasan. Kemunculannya akibat daripada rakyat Iran yang yakin telah berlaku penipuan semasa Pilihan Raya Presiden pada Jun 2009. Sebagaimana kebanyakan negara-negara pengamal autokrasi, pemerintah Iran mengawal ketat bahkan mencegah media konvensional seperti akhbar bercetak, radio dan televisyen daripada membuat liputan ke atas peristiwa itu.

Di Malaysia juga tidak kurang hebatnya, bagi saya hubungan berkesalingan ruang maya dengan politik Malaysia di ruang nyata bermula selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada semua jawatan parti dan politik. Rakyat Malaysia juga tidak pernah menikmati kebebasan bersuara seperti rakyat di United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Kebebasan bersuara sebagai suatu konsep politik di Malaysia diperkenalkan oleh bekas penjajah British dan mereka juga bertanggungjawab memperkenalkan peruntukan undang-undang yang membataskan kebebasan tersebut.

Selepas merdeka, atas alasan dan justifikasi mencegah ketegangan kaum pemerintah Malaysia telah meningkatkan cengkaman menerusi undang-undang apabila memperkenalkan pelbagai akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (1960), Akta Rahsia Rasmi (1972), Akta Hasutan (1948), Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (1984) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (1971).

Disebabkan terhadnya peluang politik di ruang nyata, ia menyebabkan para reformis memilih untuk memanipulasi ruang nyata yang tidak dikongkong. Kebelakangan ini lanskap politik di Timur Tengah disamakan oleh parti pembangkang dengan keadaan politik negara dan ini tidak disenangi oleh BN sehingga menyebabkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim mengugut untuk menggunakan peruntukan undang-undang yang sedia ada bagi mendakwa pihak pembangkang.

Menurut Rais lagi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Polis DiRaja Malaysia dan agensi yang berkaitan akan memantau laman sosial Facebook, sistem pesanan ringkas dan media alternatif yang lain (Berita Harian, 6 Mac 2011). Menteri Dalam Negeri pula, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula menjelaskan pemerintah boleh bertindak menurut peruntukan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) (Berita Harian, 6 Mac 2011).

Sebelum itu, dalam persidangan Dewan Negara 3 Ogos 2010, Rais menegaskan kesemua jenis kandungan di ruang maya adalah tertakluk kepada empat akta iaitu Akta Hasutan (1948), Kanun Keseksaan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (1960) dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Utusan Melayu, 8 Mac 2011).

Baru-baru ini kita mula di perkenalkan pula dengan Seksyen 114A, “Andaian Fakta dalam Penerbitan”, merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 1950. Pindaan tersebut yang diluluskan Dewan Rakyat tanpa didebatkan terlebih dahulu pada 18 April 2012 dan melalui Dewan Negara pada 9 Mei 2012.

Seksyen 114A, yang boleh diguna pakai dalam kes jenayah dan juga sivil, mengandaikan bahawa pemilik, pengendali, hos, editor, pelanggan sesebuah rangkaian atau laman web, atau pemilik komputer atau peralatan mudah alih dianggap bertanggungjawab menyiarkan atau mengulangsiarkan isi kandungan yang terdapat pada rangkaian, laman web atau peralatan terbabit.

Pelaksanaan Seksyen 114A mempunyai kesan yang luas terhadap setiap pengguna Internet yang meliputi pelbagai platform seperti emel dan media sosial. Pindaan ini awal-awal lagi telah meletakkan kesalahan ke atas individu yang memiliki laman web atau peralatan yang mana kenyataan atau isi kandungan berunsur hasutan tersiar.

Di bawah Seksyen 114A, individu atau organisasi yang mengendali, menyelia atau menyediakan ruang untuk forum, blog atau perkhidmatan pengehosan web adalah bertanggungjawab terhadap segala kandungan yang terdapat dalam perkhidmatan terbabit.

Mereka juga bertanggungjawab terhadap kandungan yang diterbitkan oleh pihak lain yang menyamar menggunakan identiti mereka di Internet. Hasilnya, Seksyen ini mengancam kebebasan bersuara di Internet, serta mengancam prinsip asas keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia.

Pelbagai usaha yang dilakukan oleh parti pemerintah untuk memastikan mereka terus berkuasa. Setelah lebih 15 tahun pertapakan ruang maya di Malaysia, dan rakyat sudah mula menjadikan ruang maya sebagai sumber maklumat dan melontarkan pandangan untuk kebaikan negara tetapi hari ini ruang itu mula di sekat.

Seksyen 114A mengundang kemarahan majority rakyat kepada pemerintah di sebabkan hanya ruang maya sahaja dapat di gunakan untuk rakyat bersuara selain demontrasi yang sering di sembur gas pemedih mata dan dihujani bom asap. Namun, “ganggu” didapati bukan lagi tren terkini dalam pengurusan ruang maya.

Justeru, memfokus kepada “guna” menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, fokus dijangkakan bakal membawa faedah besar kepada parti pemerintah. Oleh itu, ruang maya boleh dikenalpasti sebagai peluang dan bukan ancaman. Rakyat mahukan pemerintah di kalangan pemberani.

10:22 PG | Posted in , | Selanjutnya »

Cara Diet Nabi???


Ramai yang bertanya saya berkaitan kenyataan di atas. Yang melarang kita makan makanan bercampur seperti susu + daging dan lainnya. Saya cuba mencari sumber, dan bnyak bertanya dari ustaz dan alim. Tapi kebanyakkan menyatakan tidak ada sumber hadis yang sahih.

Bagi saya mungkin ianya kajian berdasarkan dalam kitab yang juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

Pertamanya bagi saya, kita perlu memahami konsep sebenar pengertian sunnah Nabi s.a.w. Nabi s.a.w menunjukkan satu sunnah yang baik untuk umatnya dalam semua segi sama ada pemakaian, pemakanan, tidur, diet dan sebagainya.

Sunnah menurut pengertian ulama hadis termasuk perbuatan, perkataan, pengakuan dan sifat Nabi s.a.w berupa akhlak, bentuk badan dan sejarah hidup. Oleh itu, tidak salah artikel yang dipaparkan itu.

Namun, perbuatan itu tidak bermakna seseorang tidak boleh atau diharamkan memakan daging sambil meminum susu kononnya ia termasuk sunnah Nabi s.a.w. ALLAH sendiri menegur Nabi s.a.w yang mengharamkan ke atas dirinya daripada meminum madu demi menjaga hati isteri-isterinya.

Firman ALLAH S.W.T:
“Wahai Nabi! Mengapa kamu mengharamkan apa yang ALLAH halalkan kepadamu demi menjaga hati isteri-isterimu.” – Surah al-Tahrim: 1

Cara pemakanan Rasulullah s.a.w dilihat daripada dua sudut. Pertama, berkemungkinan sebab baginda kekurangan makanan. Kedua, memang ia baik untuk kesihatan. Umatnya lebih berhak mengkaji dan menilainya. Logiknya, makanan di zaman baginda sudah tentu berbeza dengan makanan yang ada di zaman sekarang. Jika kita mampu mendapatkan makanan seperti apa yang dimakan oleh baginda, itulah yang terbaik.

Selain itu, kita juga perlu menilai dan menerima hakikat kajian pakar perubatan mengenai perkara itu. Jika benar dengan cara mengamalkan diet sebegitu boleh mendatangkan kebaikan pada tubuh badan, bukankah Islam sendiri memerintahkan umatnya memakan sesuatu yang baik (halal) dan menjaga cara pemakanan.


Firman ALLAH S.W.T:
“Wahai orang yang beriman! Makanlah makanan yang baik (halal) daripada apa yang KAMI rezekikan kepada kamu.” – Surah al-Baqarah: 172

Sebagai orang yang beriman, makanlah apa yang halal lagi baik bagi kamu selagi tidak memudaratkan diri. Apabila makanan itu boleh memudaratkan diri sama ada melalui kajian dan sains, sudah tentu ulama sepakat mengharamkannya.

Cuma yang pasti Nabi bersedehana dalam pemakanan.

Nabi Muhammad SAW bersabda “Seseorang tidak pernah memenuhkan karung seburuk perutnya, cukuplah bagi seseorang beberapa suapan untuk membetulkan tulang belakangnya (memperolehi tenaga), jika perlu untuk mengambil lebih, maka satu pertiga ruang untuk makanan, sepertiga untuk air dan sepertiga untuk pernafasan.”
(hadith riwayat Imam Ahmad, Termidzi, Ibnu Majah dan Nasa’i).

“Kami adalah kaum yang tidak akan makan kecuali apabila lapar dan apabila kami makan tidak sampai terlalu kenyang.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

Dari Abu Hurairah ra, katanya:
Ada seorang laki-laki yang biasanya banyak makan. Setelah masuk Islam, makannya sedikit. Hal itu diceritakan orang kepada Rasulullah SAW. Beliau bersabda: "Orang yang beriman makan untuk satu perut. Orang kafir makan untuk tujuh perut."
(Shahih Bukhari)

Nabi SAW juga bersabda, “Perut adalah rumah segala penyakit”.

“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.“
(Al-'Araf 7:31)

11:58 PTG | Posted in , | Selanjutnya »

Kenapa awak pilih saya?



Kenapa awak memilih saya, sedangkan awak tahu saya orang biasa.
Sungguh saya tak sebanding dengan awak
Bolehkah saya tahu alasannya?

Saya orang yang tak BERHARTA kenapa awak menerima saya?


- “dan nikahkanlah orang orang yang sendirian diantara kamu,dan orang orang yang layak berkahwin diantara hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Dia akan memampukan mereka dengan rezekiNya,dan ALLAH Maha luas pemberianNya dan Maha Mengetahui (QS An-Nur 32)

Harta kita adalah anak anak kita kelak,dan ALLAH selalu menepati janjiNya.


Saya adalah wanita yang tak berkedudukan kenapa awak menerima saya?

Kerana saya bertawakal kepada ALLAH sesuai dengan FirmanNya-

 "barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH,Dia akan mengadakan dirinya jalan keluar, dan memberi rezeki padanya tak disangka sangka,dan barang siapa bertawakal kepada ALLAH maka Dia akan mencukupinya,sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan yang dikehendakiNya, sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan pada tiap tiap sesuatu" (QS.At Thalaq 2-3)

Saya orang yang tidak CANTIK kenapa awak menerima saya?

Saya memahami ALLAH tidak memandang rupa manusia kenapa saya harus melampaui hal itu?

"Sesungguhnya ALLAH tidak memandang rupa kamu,tidak juga harta kamu TAPI ALLAH Melihat pada hati dan amalan kamu" (HR Muslim)

Kecantikan dan ketampanan anugrah ALLAH dan saya juga bukan lelaki yang tampan. Jadilah orang TAWADDUK dan sederhana, serta mampu menerima kekurangan atau kelebihan masing – masing.

Yang terpenting saya menerimamu kerana agama yang ada pada awak. Saya ikhlas menikahi awak dan menerima apa seadanya. Ketahuilah nama kita sudah disandingkan dilangit ALLAH, Syukur saya panjatkan semoga awak menjadi isteri solehah untuk saya.

“Barang siapa yang diberikan isteri yang solehah sesungguhnya dia telah diberikan pertolongan untuk meraih separuh dari agamanya, kemudian hendaklah bertaqwa untuk separuh yang lain (HR Tabrani dan Hakim)”


11:45 PTG | Posted in , , | Selanjutnya »

Kemenangan Ikhwanul Muslimin Menggunakan Teknologi 1400tahun Yang Lalu


Kita renungi bagaimana bermulanya perjuangan Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Syeikh Hasan al-Banna di Mesir. Dalam keadaan ekonomi umat Islam pada masa itu yang amat menyedihkan, ditambah pula dengan kemiskinan yang merata, maksiat serta jenayah yang berleluasa, dan amalan Islam pula difokuskan kepada beberapa juzuk ibadah sedangkan tiada usaha yang serius untuk membebaskan umat Islam daripada gejala tersebut. Jika ada yang beramal dengan Islam sekalipun, mereka dilihat sebagai kelompok yang terpencil, dipandang rendah dan hina.

Tambahan pula, gerakan Kristian yang menular di kalangan umat Islam menjadikan Syeikh Hasan al-Banna mengambil peranan untuk melakukan perubahan besar dengan menubuhkan Ikhwan Muslimin. Tujuannya adalah untuk menyedarkan umat Islam yang tertanggal diri mereka semangat jihad, dikerumuni musuh Islam dan ditimpa penyakit wahn, iaitu cinta dunia dan takutkan kematian. Perubahan masyarakat dalam Ikhwan bermula dengan perubahan individu yang ditarbiah untuk mengembalikan kesedaran mereka untuk berjihad, berusaha untuk melakukan perubahan positif dalam masyarakat.

Jika kita melihat antara prinsip perubahan yang diketengahkan oleh Ikhwan Muslimin ialah “As-Solah Qobla Al-Islah”, iaitu memperbaiki diri sebelum memperbaiki masyarakat. Mereka yang mampu memperbaiki dirinya, maka ia mampu melakukan Islah iaitu memperbaiki masyarakat di sekelilingnya. Untuk memperbaiki ummah kata Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Syeikh Jum’ah Amin, seseorang perlu menjadi abid dahulu, iaitu menghambakan diri kepada Allah subhanahu wataala dengan membanyakkan amal yang medekatkan diri dengan Allah subhanahu wataala.

“Jadilah kamu hamba (Allah) sebelum kamu menjadi pemimpin (ummah),” pesan Syeikh Jum’ah Amin.

Ikhwan Muslimin mengambil pendekatan tarbiah rabbaniyyah dengan cara mendidik ahlinya supaya rapat dengan Allah subhanahu wataala dengan membaca al-Quran satu juzuk sehari, istighfar 100 kali sehari, qiyamullail minimum dua rakaat, berzikir secara ma’tsur supaya lidah basah dengan mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wataala. Mengambil kata-kata hikmah Saiyidina Abu Bakar radiallahuanhu kepada tentera Islam tentang rahsia kemenangan ke atas musuh iaitu “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat kemenangan selagi mana kamu tidak dekat dengan Allah.”

Usaha-usaha yang pernah dilakukan oleh Syeikh Hassan Al-Banna dalam membangunkan masyarakat antaranya dengan mengkaji cabaran, halangan dan masalah yang membelenggu ummah, mengkaji pengajaran sejarah Islam dan umat terdahulu dan mengkaji sejarah dan pengajaran gerakan kebangkitan di seluruh dunia. Al-Banna turut membahagikan masyarakat kepada empat golongan dengan pendekatan dakwah yang berbeza iaitu golongan yang percaya kepada kebenaran, golongan oportunis, golongan yang teragak-agak dan golongan yang menentang.

Kemenangan Presiden baru Mesir, Dr Mohammed Morsi yang mewakili Ikhwan Muslimin menjadi topik yang hangat di bicarakan seluruh dunia termasuk gerakan Islam di Malaysia. Kemenangan yang di peroleh Ikhwan Muslimin setelah 83 tahun memperjuangkannya perlu menjadi pencetus semangat buat seluruh gerakan Islam dunia yang lainnya.

Disebalik kemenangan Ikhwan Muslimin, kita melihat kemenangan itu bukan di raih hanya disebabkan kepakaran strategi politik semata-mata, tetapi pimpinan serta ahlinya sangat pemurah masanya dengan Allah subhanahu wataala dalam perjuangan mereka. Melihat kepada anggota Majlis Parlimen Mesir sekarang terhimpun di dalamnya, lebih dari 140 orang hafal al-Quran. Lebih dari 100 orang hafal dan menguasai 10.000 hadis. Lebih dari 180 orang hafal separuh al-Quran. Lebih dari 170 orang bergelar doktor pakar dari pelbagai bidang dan disiplin ilmu. Lebih dari 50 orang tidak memiliki kereta peribadi. Lebih dari 350 orang adalah bekas tahanan politik berkisar 6-10 tahun penjara dan 4 orang wanita yang bertudung kemas.

Jadi, apakah kekuatan atau teknologi yang Ikhwan Muslimin gunakan? Coretan sejarah Salahudin al-Ayubi juga memilih mereka yang bangun malam sebagai barisan mujahidin paling hadapan untuk menggempur musuh? Ataupun sehingga Umar Abd Aziz berkata, “ Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat..” Teknologi ini telah wujud 1400 tahun yang lalu dan telah pun dibuktikan kemampuannya untuk menghasilkan superhuman yang mantap dari kaca mata Islam. Teknologi yang dimaksudkan ialah qiamullail.

Tahniah saya ucapkan di atas kemenangan calon Ikhwan Muslimin yang bertanding untuk Pilihanraya Presiden di Mesir . Semoga kemenangan Islam akan hadir di bumi Malaysia dengan kemenangan Parti Islam pada PRU-13 akan datang.

"Allah subhanahu wataala memberi rezeki kepada semua hambanya, tetapi Allah tidak memberi agama ini (untuk diperjuangkan) kepada sesiapa yang tidak dicintai-Nya."


Hasil Penulisan : Mohd Yusof Hadhari
25 JUN 2012 | 2.30am

10:31 PTG | Posted in , , | Selanjutnya »

Himpunan Jutaan Buaya


Empat Hari Buaya Berkampung,
Buaya Jantan Buaya Betina,
Berbaju Ketat Tidak Bertudung,
Buaya Dihidang Hiburan Telinga

Ketua Buaya Turun Merasmi,
Turut Bersama Si Isteri Tua,
Akhbar Kata Santapan Rohani,
Tanda Sayang Kat Orang Muda

Ceramah Kancil Diarah Batal,
Bimbang Buaya Beralih Tumpuan,
Rakyat Jahil Usah Persoal,
Asal Kerajaan Dapat Undian.

Artis Korea Diimport Datang,
Kulitnya Licin Putih Melepak,
Pakainya Seksi Bagai Telanjang,
Mata Buaya Habis Terbeliak

Kesian Sungguh Buaya Muda,
Diheret Masuk Ke Lembah Maksiat,
Musnah Tamadun Agama & Bangsa,
Tinggallah Nama Untuk Dipahat

Kasihan Juga Si Ulama Buaya,
Ingin Menegur Tak Sampai Hati,
Maksiat Terang Membuta Mata,
Itulah Ulama Periuk Nasi

Wahai Saudara Bukalah Mata,
Musnah Sudah Nilai Yang Murni,
Jangan Sampai Bala Menimpa,
Umpama Aceh Dilanda Tsunami

Like Page : http://www.facebook.com/myusofhadhari

8:47 PTG | Posted in , , , | Selanjutnya »

Cinta Limited Edition


Fitrah yang indah
Adakah bercouple salah? Saya akan kata, ya. Adakah ianya haram? Saya akan diam dahulu. Adakah bercinta itu salah? Saya kata TIDAK.
Kenapa kita nak salahkan cinta, sedangkan cinta adalah satu perasaan fitrah, yang saya yakin 100% daripada kita mestilah pernah merasai keindahan cinta, betul tak? Cinta kepada ibubapa, cinta kepada abang, kakak, adik dan anak-anak saudara, cinta kepada sahabat, cinta kepada guru, cinta kepada barang-barang milik kita, cinta kepada kucing kesayangan.
Jadi, cinta itu adalah sebuah perasaan fitrah yang cukup indah, jika diletakkan pada tempat yang betul, jika diberikan kepada orang yang tepat, dengan CARA YANG BENAR mengikut landasan Islam.
Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul
"Tahu dengan tepat tak semestinya faham dengan jelas" (Ustazah Fatimah Syarha)
Kalau kita ditanya siapakah pemilik cinta kita yang utama? Saya sangat yakin bahawa setiap daripada kita pasti mampu untuk menjawab Allah. Dan siapakah pemilik cinta ini selepas Allah? Dan pastilah jawapan yang kedua adalah Rasulullah s.a.w.
Jadi, setiap daripada kita sebenarnya mempunyai pengetahuan yang sangat tepat tentang pemilik cinta yang utama. Tapi yang menjadi persoalannya, adakah kita benar-benar faham dengan jelas tentang hakikat ini?
Buktikan cinta padaNya
Di mulut, kita kata cinta yang utama adalah Allah. Tapi realitinya yang sentiasa dalam fikiran kita, adakah benar ianya milik Allah?

Dalam sehari, berapa kali kita ingat Allah? Biar saya bagi jawapan- minimun 5 kali, 5 kali waktu solat. Itu masa yang kita peruntukkan untuk ingat pada Allah (Itupun kalau kita solat setiap waktu).
Dan dalam 5 kali tu, berapa minit kita ingat Allah? Saya bagi minimun waktu solat 1 kali 5 minit, 5 kali solat, 25 minit. Dibandingkan dengan masa sehari: 1440 min. Tolak waktu tidur, saya ambik 5 jam: Tinggal 1140 minit. Tolak dengan waktu solat, tinggallah 1115minit ~+/- 18 jam. Agak-agak 18 jam ni kita peruntukkan untuk apa ye? Study? Kerja? Sembang-sembang? Makan-makan? Atau teringatkan seseorang? (Itupun kalau solat kita betul-betul khusyuk. Kalau nak tolak lagi dengan minit-minit yang tak khusyuk, agak-agak berapa minit je yang tinggal untuk kita ingat Allah?)
Tadi kita kata cinta kita yang pertama adalah Allah. Takkan lah orang bercinta kejap je ingat pada kekasih dia? Mustahil.... Orang bercinta kan biasanya hanyut dengan angan-angan, tak sabar setiap kali nak berdating, asyik nak bercakap dengan dia, berjumpa dengan dia, sebut nama dia pun dah cukup buatkan pipi blushing. Wah! Bercinta sakan! Paling best bila dapat hadiah daripada si dia. Hati berbunga-bunga dengan senyum yang tak boleh hilang.
Kitakan kata pemilik cinta kita yang utama adalah Allah? Dah tepat dah. Tapi, kita betul-betul faham dengan jelas ke? Kefahaman biasanya akan disalurkan kepada perbuatan.
"Betul, cinta utama saya memang pada Allah. Tapi, kita kan tak boleh nampak Allah. Jadi, macam mana dikatakan nak dating dengan Allah?"

Solat. Tak terasa ke masa solat adalah waktu kita dating dengan Allah. Hanya kita dan Dia. Walaupun solat berjemaah sekalipun, masa kita solat, ada kita borak dengan orang sebelah? Pastilah tak, kan? Hanya kita dan Dia. Masa kita solat, orang sebelah boleh dengar ke apa yang kita cakapkan? (selain apa yang imam baca) Mestilah tak, kan. Jadi, siapa yang tahu? Hanya kita dan Dia. Masa kita solat, adakah kita nak ambil kisah apa yang sedang berlaku kat sekeliling kita? Orang lalu lalang, orang tengah berborak, bunyi macam-macam. Adakah kita nak berhenti solat nak ambil tahu tentang hal-hal ni? Mestilah tak sama sekali!
Sebab apa? Sebab kita sebenarnya sedang dating dengan Allah. Hanya kita dan Dia. Kalau dating dengan lelaki/wanita yang tak halal bagi kita, kita tak dapat pun nak dating se"sweet" kita dating dengan Allah. Kita duduk makan-makan, kawan-kawan nak join sama, tumpang sekaki. Paling tak best siap suruh belanja sekali. Kalau kita dating dengan lelaki/wanita yang tak halal bagi kita, nak cakap something yang sweet pun malu (yang tak bertempat) sebab nanti orang lain dengar. Kalau kita dating dengan lelaki/wanita yang tak halal, mesti sentiasa rasa serba tak kena. Kalau duduk kat mall, nanti kawan sekuliah nampak, rasa segan. Nanti kalau orang satu kampung tengok, takut bagitau kat mak ayah. Ini adalah sebuah perasaan yang tak secure.
Tapi, bila kita benar-benar faham sejelas-jelasnya tentang cinta kepada Allah, pasti hati cukup rindu nak berjumpa dengan Allah. Berangan-angan,"Ya Allah, satu hari nanti, tempatkanlah aku di syurga, moga aku dapat bertemu denganMu. Pemilik cintaku yang sebenar."
Bila kita cinta kepada Allah, kita tak sabar-sabar nak menunggu waktu dating. Dan waktu dating yang Allah wajibkan kita rasa tak cukup. Jadi kita nak tambah lagi dengan solat sunat. Kalau dah rindu yang teramat, kita nak jumpa Allah pada waktu istimewa, waktu di mana orang yang tak cukup cinta kepada Allah takkan ada di sekeliling kita. Satu waktu yang hanya pencinta-pencinta Allah yang tahu dengan tepat, dan faham dengan jelas sahaja yang ada. Waktu di sepertiga malam, waktu yang cukup tenang. Hanya kita dan Dia.
Dan cintanya kita pada Allah, sebut je nama Allah rasa perasaan berdebar-debar.
"Sesungguhnya orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal." (Al-Anfal:2)
Dan terkadang pada saat-saat tertentu, bila mana kita sangat-sangat perlukan seseorang, kita sebut je nama Allah, sudah cukup untuk buatkan hati kita tenang. Inilah pemilik cinta kita yang sebenar.
"..Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang" (Ar-Ra'd:28)
Dan yang paling syok, dengan Allah, kita boleh mintak APA-APA SAHAJA tanpa perlu kita memberi sesuatu untuk dapatkan sesuatu. Tapi yang lagi best, Allah adalah pemilik cinta yang paling memahami. Dia tak bagi semua yang kita minta. Bukan Allah kedekut. Tapi Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Yang mungkin terkadang kita memberontak sebab tak dapat apa yang kita nak. Dan mungkin terkadang kita rasa nak merajuk. Dan Allah akan pujuk. Dan Dia akan bagi apa yang kita minta pada WAKTU YANG TEPAT, ataupun terkadang Allah berikan sesuatu yang lain daripada apa yang kita minta tapi ITULAH SEBENARNYA YANG TERBAIK buat kita. Pasti hati kita berbunga-bunga mekar dengan kuntuman sakura di dalam hati yang ada taman tu. Pada masa itulah mungkin baru kita akan sedar, siapakah pemilik cinta kita yang sebenar. Pastilah Dia, hanya Dia, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang.
Lau Kaana Bainana

Selepas Allah, perasaan fitrah ni patut diberikan kepada siapa? Pasti mudah nak menjawab, Rasulullah s.a.w.
Tepat, tapi adakah dengan kefahaman yang jelas?
Kita kata cinta kita yang pertama adalah Allah. Solat 5 waktu, setel. Jadi, kita dah tunjukkan cinta kita kepada Allah. Tepat setiap waktu solat, tak pernah tinggal.
Jadi, macam mana pulak dengan cinta kepada junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w?
Kita jawab selawat. (Pasti ke setiap hari kita peruntukkan waktu untuk selawat kepada Nabi? Luar daripada waktu solat? Jom sama-sama check diri sendiri).
Cukup ke perasaan cinta kita macam tu je? Rasulullah pemilik cinta kita yang kedua. Sedangkan cintanya Rasulullah pada kita, di saat hampir tiba kewafatan baginda, baginda teringat pada kita, "Ya ummati, ya ummati.." Tapi kalau kita? Mesti kita sebut, "Sakitnya, sakitnya!!"
Jadi, macam mana nak tunjukkan cintanya kita pada Rasulullah. Adakah selawat tu dah cukup?
Di kisahkan pada suatu hari ketika Rasulullah saw bersama-sama sahabatnya seraya baginda bertanya kepada mereka :
"Siapakah yang paling hebat imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.Para sahabat terdiam seketika.
Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi"."Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka".
"Mungkin kami," celah seorang sahabat
."Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu. "Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian. Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?" Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku,"suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga saudara-saudaramu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu dengan berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
Rindunya Rasulullah pada kita...  Dan kita?
Lau kaana bainana, baginda adalah murabbi terbaik, pendidik terbaik. Cintanya kita pada baginda s.a.w, biarlah sehingga setiap apa yang kita lakukan, kita mampu tetap teruskan walaupun ketika sekiranya baginda berada di antara kita.
Biarlah mampu kita juga berkata kembali kepada Rasulullah,
"Ya Rasulullah pemilik cintaku selepas Allah, aku sungguh rindu hendak bertemu denganmu." Moga kitalah di antara umatnya yang mendapat syafaat baginda di akhirat kelak. Amin!
Cinta ini adalah lubuk pahala
Dan tibalah saatnya untuk kita berikan cinta ini kepada pemilik yang seterusnya. Hanya kepada si dia, yang halal.
Bila bertemu. Hati bergetar. Terasa perasaan yang berlainan. Adakah itu cinta, mungkin ya. Jadi, adakah ia salah?
Betul atau salah bergantung kepada apa yang kita lakukan selepas itu. Jika kita memilih mendekati kepada jalan yang salah, kita menghampiri kepada cinta yang salah. Dan bermulalah proses penghasilan lubuk-lubuk dosa kita. Lubuk dosa yang penuh dengan angan-angan, lubuk dosa yang penuh dengan tangisan merajuk, lubuk dosa yang penuh pembaziran wang ringgit dan waktu, lubuk dosa yang penuh dengan syakwasangka kepada si dia yang mungkin curang, lubuk dosa dengan pergaduhan, lubuk dosa dengan ungkapan sayang yang bersifat luaran, lubuk dosa dengan berbangga dengan gambar-gambar berdua-duaan, yang mendekatkan diri kepada zina mata, zina hati. Dan terlebih bimbang jika pengakhirannya akan membawa penyesalan kepada diri- sendiri.
Tapi jika kita memilih menyalurkannya kepada jalan yang betul, ini akan menjadi sebuah cinta yang halal, cinta yang mampu menjadi lubuk pahala bagi kita. Lubuk pahala yang mampu memberikan ganjaran berlipat-lipat ganda.
Jika sudah bersedia, pilihlah untuk berkahwin. Tetapi bukan dengan cara bercinta sebelum berkahwin dengan lelaki atau wanita yang tidak halal bagi kita. Ada cara-cara tertentu, antaranya melalui orang tengah yang kita thiqah padanya, atau ibubapa. Kita terjaga, maruah kita terjaga, dan keberkatanNya ada. Kita ingin membina sebuah rumahtangga yang barakah, bercinta hingga ke syurga. Macam mana nak bercinta hingga ke syurga apabila sebuah rumah tangga dimulai dengan perkara-perkara yang tidak diredhai Allah?
Cinta fitrah ini yang berakhir dengan sebuah perjanjian kuat yang indah, menjadi sebuah pelengkap agama. Dan seterusnya, lubuk pahala ini akan terus terisi dengan menjadikan diri sebagai seorang isteri solehah yang terbaik buat si dia yang halal, pemilik cinta kita selepas Allah dan RasulNya.

Bagi yang sedang bercinta dengan seorang lelaki/wanita yang belum halal bagimu, jika belum bersedia untuk berkahwin dalam masa yang terdekat, kuatkanlah diri, pilihlah untuk mengakhiri percintaan yang salah. Takut? Percayalah, Allah akan beri kekuatan. Jika benar si dia yang masih belum halal adalah untukmu, Allah akan hadirkan dia kembali buat dirimu. Janji yang Allah tak pernah mungkiri bahawa setiap makhluknya diciptakan berpasang-pasangan. Dan pasti ada pasangan yang tertulis namanya di Lauh Mahfuz untukmu. Dan bila kita meninggalkan sesuatu kerana Allah, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang pasti lebih baik untuk kita. Kita mesti benar-benar percaya kerana Allah adalah pemilik cinta kita yang utama, yang takkan sesekali menipu hambaNya. Keyakinan dan keimanan ini adalah bukti cinta kita kepada pemilik cinta kita yang pertama iaitu Allah.
Cinta ini adalah lubuk pahala. Jika belum bersedia, atau belum mampu, atau belum tiba masanya, tetapi perasaan fitrah itu sudah ada, inilah yang akan menjadi lubuk pahala bagi kita. Bermujahadahlah. Tambahlah istighfar kepadaNya, berpuasalah untuk menjaga sebuah fitrah yang indah ini, dan teruslah berdoa. "Prayer is the best armor against all trials".
Dan dalam masa menanti seorang yang soleh/solehah hadir, kita bukan hanya perlu mencari, tetapi perlulah menjadi. Berusaha menjadi seorang hamba yang soleh/solehah, dan cuba memperbaiki kekurangan diri semampu yang mungkin.
Orang yang TAK COUPLE sebenarnya bukan tak laku, tetapi sebab cinta dia
LIMITED EDITION untuk yang HALAL saja.

10:54 PTG | Posted in , , , | Selanjutnya »

Mahar Ikut Sunnah, Majlis Ikut Nafsu

1- Ramai orang cuba untuk mengikut sunnah dalam persoalan mahar, tetapi mereka tersilap dalam memahami sunnah Nabi.


- Gambar Hiasan -

2- Kata Nabi:
خير الصداق أيسره
«Sebaik-baik mahar ialah yang paling mudah» [Al-Mustadrak/ 2742, disahihkan oleh Al-Hakim dan dipersetujuï oleh Az-Zahabiy. Disahihkan oleh Al-Albaniy]

3- Hadis ini menjadi hujah mereka bahawa mahar hendaklah direndahkan, agar perkahwinan tersebut menjadi perkahwinan yang menurut sunnah.

4- Namun, mereka terlepas pandang suatu hadis yang hampir sama bunyinya:
خير النكاح أيسره
«Sebaik-baik perkahwinan ialah yang paling mudah» [Abi Dawud/ 2117, disahihkan oleh Al-Albaniy]

5- Adakah menjadi sunnah Muhammad apabila pihak lelaki merendahkan mahar menjadi serendah-rendahnya, tetapi menghabiskan beribu-ribu untuk perbelanjaan perkahwinan yang lain? Tidak!

6- Mahar yang rendah, ialah apabila seseorang bapa ingin mengahwinkan anak perempuannya dengan seseorang lelaki, tetapi lelaki itu ialah seorang yang tidak mampu.

7- Justeru, kerana lelaki itu baik agamanya, baik juga akhlaqnya, maka bapa itu merendahkan maharnya – menjadi serendah-rendahnya – sehingga mampu dibayar oleh lelaki itu.

8- Inilah yang menjadi sunnah dalam merendahkan mahar!

9- Justeru, perkahwinan tersebut akan menjadi suatu perkahwinan yang sangat mudah, cepat dan ringkas.

10- Perkahwinan – dengan merendahkan mahar – itu, ialah perkahwinan yang tiada kos lain, berbeza dengan perkahwinan pada hari ini yang terlalu jauh daripada sunnah Muhammad!

11- Ini kerana, perkahwinan – dengan merendahkan mahar – itu, tiada majlis pertunangan, tiada hantaran pertunangan, tiada pakaian pengantin, tiada pakaian sedondon keluarga pengantin, tiada hantaran perkahwinan, tiada kad jemputan perkahwinan, tiada kos katering atau kenduri kahwin, tiada kos sewa khemah atau kerusi meja, tiada kos fotografi, tiada kos audio-video perkahwinan, tiada kos lain langsung!

12- Bagi lelaki yang mampu pula, mereka hendaklah membayar mahar yang lebih tinggi, dan merendahkan kos perkahwinan yang lain.

13- Tidakkah mereka membaca kalam Allah:
وَآتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً
«Dan berikanlah wanita-wanita itu mahar mereka sebagai hadiah» [An-Nisa’: 4]

14- Berapa ramai orang telah menzalimi wanita, apabila mereka merendahkan bayaran mahar untuk mereka, tetapi mereka meninggikan segala kos lain perkahwinan!

15- Berapa ramai orang telah menzalimi pemuda yang ingin berkahwin, apabila mereka mengenakan pelbagai kos yang tiada dalam agama!

16- Berapa ramai lelaki yang teraniaya, apabila mereka terpaksa berhutang semata-mata untuk berkahwin!

17- Berapa ramai ibu bapa yang menjadi papa, apabila inginkan kemeriahan perkahwinan anak mereka!

18- Wahai jiwa yang cintakan sunnah rasul, semaklah perkahwinan anda – atau anak-anak anda – adakah ia menepati sunnah!

19- Wahai lelaki yang ingin berkahwin, hapuskanlah segala kos lain dalam perkahwinan itu, dan tinggikanlah mahar untuk wanita sebagai gantinya.

20- Wahai bapa kepada wanita, jika anda berjumpa lelaki yang tidak mampu untuk berkahwin, sedangkan agamanya baik dan akhlaqnya baik, maka kahwinkanlah anak perempuan anda dengannya, dengan mahar yang rendah – yang mampu dibayar oleh lelaki itu – tanpa sebarang kos lain untuk perkahwinan.

21- Tidakkah anda membaca kata-kata Nabi ini?
إن خير دينكم أيسره، إن خير دينكم أيسره
«Sesungguhnya sebaik-baik agama kamu ialah yang paling mudah, sesungguhnya sebaik-baik agama kamu ialah yang paling mudah» [Ahmad/ 15978, dihasankan oleh Al-Arna’ut. Al-Albaniy menghasankannya dalam Sahih Al-Adabu l-Mufrad]

22- Maka pilihlah as-sunnah as-sahihah, atau nafsu anda!


WaLlahu a`lam.

9:11 PTG | Posted in , , | Selanjutnya »

Nikah Muda vs Ibu Bapa

Assalammualaikum wbt ustaz.saya anis berumur 22tahun,saya dapat email ustaz dari sorg rakan saya. saya ada beberapa permasalahan dan soalan yg nk sy kongsiakn dgn ustaz.. Saya pelajar tahun akhir insyaallah , bulan 9 nnti sy akan mula praktikal dan kalau ada rezeki,insyaallah saya akan mula bekerja tahun depan. saya merancang untuk bernikah.

Memandangkan saya dan pasangan tidak mahu berlengah2 bimbang perkara tak elok berlaku. masalah yg utama ialah keluarga saya tidak bersedia melepaskan saya memndangakn sya yg sulung dan masih belum tamat pengajian. saya dan pasangan merancang untuk bernikah pada waktu saya praktikal memandangkan kami sama2 akan praktikal pd waktu yg sama dan insyaaallah akan menamatkan pengajian.

Kami bercadang untuk nikah gantung/ khitbah, mndahulukan yg wajib memandgkn kmi msih tdak mmpunyai wang yg mncukupi. tambahan lg, keluarga sy mementingkn adat di mana perlu mengadakan majlis kenduri dan persandingan dripda mendahulukn yg wajib sperti nikah. saya runsing memikirkan bagaimana cara untk sy meyakinkn kedua ibu bapa saya supya mmberi kpercayaan untk sy hdup bekeluarga.. juga menerangkn niat sy untk mndirikan rumah tgga,.. krna sy tidak bgitu rapat dgn kdua ibu bapa saya dn amat payh untk mmbncangkan hal yg peribadi dan pnting sebegini..

Sy tidak tahu bgaimana cara yg sesuai untk sy luahkan pd ibubapa saya,niat saya untk bernikah.. sy rasakan itu perkara yg baik,namun bila memikirkn emak sy yg lbh memikirkan ckap2 org mmbuatkan sy runsing.. mnakala bapa sy tidak bgitu terbuka untk membncgkn hal ini.. ape pndapat ustaz untk sy yakinkn kdua ibu bapa sy dan mereka yakin saya mmpu mnjalnkan tnggunjwab sbgai istri yg solehah apbila bekeluarga kelak..

Dan 1 lg, sy ingin memnta pndangan ustaz berapakah jumlah belanja majlis nikah yg dianjurkan.. adekah RM5k/RM6k ckup untuk majis nikah shaja termsuk upah jurunikah, jmuan mkn, dsbgainya? minta ustaz berikn pndangn untk permasalahan sy.. terima kasih tak terhingga ustaz dari saya..

JAWAPAN
Waalaikumusalam wbt

Saya memang tak nafikan ramai anak-anak muda tersekat di titik ini. Mereka lebih kenal ibu bapa mereka, jadi apabila mereka menjangkakan hasrat murni mereka untuk bernikah akan dihalang, maka awal-awal lagi niat tersebut dipadamkan.

Saya sendiri bingung hendak memulakan dari mana.

Oklah, kita mulakan begini. Bab halangan ibu bapa ni, boleh dikatakan 90% anak remaja yang hendak bernikah akan mendepaninya. Nak kahwin, tak boleh. Nak kahwin, belajar dulu.Nak kahwin, muda lagi, tunggu nanti habis belajar. Nak kahwin, dah gatal sangat ke? Ini semua adalah rencah perisanya. Berbanding 10% atau mungkin kurang, yang ketika hasrat itu diluahkan, ibu bapa terus menerima dan membantunya untuk berkahwin.

Jadi halangan ibu bapa ini sebenarnya normal saja.

Antara alasan yang biasa kita dengar adalah :

■ Kamu masih muda, buat apa sibuk fikir pasal kahwin. Bina kemampuan dulu, kerja, kumpul duit.
■ Kamu masih belajar, fokus pada belajar. Nanti bila kahwin, tanggungjawab keluarga lagi, mampu ke kamu nak terus belajar? Silap-silap gagal dalam pelajaran.
■ Kamu belajar pun mak ayah yang bagi duit. Kamu nak kawin, siapa nak tanggung anak bini nanti? Nak bagi dorang makan pasir?
■ Mak ayah ni teringin sangat nak tengok kamu berjaya dalam bidang kamu ni. Biarlah tercapai dulu hasrat mak ayah ni. Jangan dilayan bisikan jiwa yang bukan-bukan.

Banyak lagilah. Samada nadanya keras atau memujuk, isinya sama. Tidak membenarkan anaknya berkahwin di usia muda atau waktu masih belajar. Tapi kalau kita tengok balik, alasan-alasan ibu bapa untuk menghalang itu ada benarnya. Sebab itu tajuk ini bukan mengajak untuk berperang, tapi mengajak untuk berfikir.

Alasan seumpama sumber ekonomi, pelajaran dan kemampuan menunaikan tanggungjawab memang ada betulnya dalam bab ‘tak bagi kahwin’ ini. Jadi tugas anak-anak adalah mengerti kebimbangan ibu bapa terlebih dahulu. Memahami sebelum minta difahami. Jangan cepat terpengaruh dengan sentimen dan emosi.

Ramai benar anak muda bersikap demikian bila hasrat mereka ditentang, maka bagaimana nak yakinkan ibu bapa sendiri yang diri mereka sudah cukup ‘matang’ ?

PENDEKATAN

Saya lebih bersetuju dengan pendekatan berperingkat-peringkat. Satu level ke satu level. Sebelum nak melenting, gunakan pendekatan bersabar dulu. Sebelum nak melawan, gunakan pendekatan berkompromi terlebih dahulu. Bab inilah yang ramai anak muda tak sanggup buat. Kalau dia kata ‘nak kahwin’ kat mak ayah, kemudian tiba-tiba reaksi mak ayahnya cukup tegas tidak membenarkan dia kahwin lagi, maka dunia dirasakan sudah gelap.

Tiada lagi cahaya dan harapan. Justeru dirinya dikuasai emosi. Sabar dulu.

Saya ingat, cara yang sama juga dinasihatkan oleh Ustaz Azhar Idrus dalam satu kuliahnya. Pujuk dulu hari ini, cakap elok-elok nak kahwin. Kalau tak bagi, diam dulu.Balik cuti semester nanti, pujuk lagi sekali. Tak bagi lagi, 2 bulan kemudian pujuk lagi. Begitulah seterusnya.

Tahukah, apa sebenarnya antara kerisauan terbesar ibu bapa bila anak mudanya berbicara tentang kahwin? Kerisauan tersebut adalah anak mudanya itu terikut-ikut dengan trend, tidak ‘layak’ lagi untuk kahwin dan belum serius pun nak kahwin sedangkan masih sibuk belajar.

Jadi, berhikmahnya cara di atas adalah, apabila mereka tengok konsistennya anak mereka dengan hasrat untuk berkahwin, maka sedikit demi sedikit ia menghilangkan kerisauan awal ibu bapa, mencetus keyakinan dan seterusnya barulah mereka terbuka untuk mendengar bicara kita tentang nikah kahwin.

Kemudian, cuba yakinkan ibu bapa dengan kemampuan diri sendiri. Bernikah dalam usia yang muda, apatah lagi sedang belajar, bukan suatu yang mudah walaupun sudah ramai orang berjaya melakukannya.

Cuba tengok alasan-alasan ataupun hujah yang ibu bapa timbulkan, banyak menyentuh tentang kemampuan ekonomi, kemampuan belajar dan kemampuan mengurus keluarga. Kalau dalam bab ekonomi misalnya, perlu menyediakan ‘draf cadangan’ dari pihak kita sendiri. Hasil simpanan contohnya. Ataupun duit zakat mahupun biasiswa yang diterima.

Pokoknya, buatlah perancangan teliti dan cuba kemukakan itu sebagai sokongan hasrat kita untuk berkahwin. Kalau dalam bab cabaran belajar waktu kahwin, kita boleh bertemu dengan ramai orang yang telah berjaya melakukannya.

Pokok pangkalnya mudah, kahwin bukan halangan untuk berjaya dalam pelajaran, dan bujang bukan semestinya sukses dalam pelajaran. Pepatah melayu menyebut ; di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kalau tidak mahu, malas, tidak berminat, maka kahwin ataupun tidak, tetap juga tidak berjaya dalam pelajaran. Begitu juga dalam bab ibu bapa tidak yakin kita mampu mengemudi bahtera rumahtangga.

Apa yang perlu kita buat bukan berbahas tentang keyakinan kita, sebaliknya cuba buktikan keyakinan dengan tindakan kita. Aspek pengurusan misalnya. Adakah kita seorang yang sudah pandai berdikari ataupun masih gagal membuat urusan sendiri? Aspek membuat keputusan misalnya. Adakah kita seorang yang sudah matang dalam membuat keputusan sendiri, atau masih bergantung pada ibu bapa? Buktikan. Ibu bapa akan terus menilai kita dari masa ke semasa.

Bayangkan bagaimana ibu bapa hendak yakin dengan anak muda mereka kiranya masih merengek minta belikan gadjet itu dan ini dengan duit ibu bapa?

KEUTAMAAN

Satu perkara yang perlu diberi perhatian adalah, hasrat untuk bernikah perlu dikembarkan dengan urgensi pernikahan ke atas diri kita sendiri. Ia akan membawa kepada pelan tindakan yang berbeza-beza. Kalau hasrat untuk berkahwin, semua orang pun nak kahwin.

Tapi keperluan untuk berkahwin tidak sama, ada orang keperluannya mendesak, ada orang tidak. Senang cerita, ada orang hukum kahwin ke atasnya sudah di tahap wajib, ada orang sunat ataupun harus. Kalau keperluan berkahwin itu tidak mendesak, maka jalan ke arahnya juga janganlah mendesak. Sesuailah digunakan cara di atas.

Mungkin mengambil masa sedikit sehingga diterima. Tetapi katakan keperluan berkahwin itu cukup mendesak, di mana jika tidak berkahwin dia akan jatuh ke dalam zina ataupun maksiat, maka jalan ke arahnya mestilah lebih tegas dan nekad.

Dalam keadaan tersebut, bagi anak lelaki, restu ataupun kebenaran ibu bapa tidak boleh dijadikan alasan untuk menangguhkan pernikahan. Syaratnya, ada kemampuan. Jadi kena lihat pada diri masing-masing. Mengutamakan diri sendiri bukan bermakna untuk kejar keseronokan, tetapi untuk menyelamatkan agama dan iman.

Jangan sampai kita lebih selesa berkampung dalam maksiat, berbanding berjuang bagi mencapai taat. Ada juga sesetengah anak muda, keadaannya tidaklah sampai ke tahap wajib kahwin. Tetapi boleh dikatakan jiwanya terlalu hebat meronta-ronta untuk berkahwin. Sehingga pelajarannya terganggu, fokus pada matlamat hidupnya juga melemah. Saban waktu fikirannya terganggu dengan keinginan untuk berumahtangga.

Berikut adalah tips-tips yang boleh cuba ikuti:-

■ Anda perlulah memilikki akhlak dan sasiah rupa diri yang baik dan elok. Bukan hanya di buat-buat atau berlakon. Tunjukkan rasa hormat anda kepada ibubapa anda dan ibubapa pasangan anda.
■ Pamerkan sifat anda yang matang terutama ketika berbicara. Berani untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri yang baik demi kepentingan bersama. Bukan hanya memikirkan diri anda seorang sahaja.
■ Sangat-sangat penting untuk anda menjaga amal ibadah anda. Pastikan solat cukup, rajin membaca Al-Quran dan berperlakuan tenang dalam apa juga situasi.
■ Matlamat anda ingin berkahwin bukanlah semata-mata kerana nafsu tetapi untuk mencari keredhaan Allah dan ingin mendekatkan diri anda lagi dengan Allah SWT.
■ Mempunyai simpanan dan pendapatan yang mencukupi. Jika anda masih belajar, anda boleh mulakan berniaga kecil-kecilan. Ataupun anda boleh bekerja secara part-time beberapa jam sehari atau di hujung minggu. Tapi pastikan ianya tidak menganggu prestasi pelajaran anda!
■ Jika anda berdua masih belajar, pastikan anda letakkan pelajaran di tangga Nombor 1. Janjikan perkara ini kepada kedua ibubapa anda. Setelah anda tamat belajar, barulah anda letakkkan rumahtangga anda di Nombor 1. InsyaAllah, jika pasangan anda seorang yang benar-benar memahami anda, pasti tiada masalah. Sama-samalah berusaha dan tahu tenggungjawab masing-masing.
■ Tanggungjawab sebagai suami-isteri perlu juga untuk anda tidak abaikan. Taat kepada suami dan berilah nafkah secukupnya kepada isteri anda.
■ Nyatakan secara spesifik kepada ibubapa anda dari mana sumber kewangan anda untuk menampung kos sara-hidup ketika anda sudah berkahwin kelak.
■ Bawalah pasangan anda ke rumah anda untuk makan malam bersama dan kenalkanlah dia kepada mereka.
■ Akhir sekali berbincang lah dengan lemah-lembut dengan ibubapa anda untuk menyatakan perancangan anda untuk berkahwin. Jangan sesekali anda nyatakan dalam nada yang mendesak. Berurusan dengan orang yang lebih tua ni perlulah secara lemah-lembut dan perlahan-lahan. Mereka amat mudah terasa dan sensitif.

InsyaAllah. semoga urusan kita di permudahkan ^^.

Cuma kena ingat, kita sudah kenal ibu bapa kita 22 tahun, tapi mungkin dengan pasangan kita baru 2 tahun. Jadi utamakan ibu bapa kita, kerana mereka sememangnya inginkan yang terbaik buat kita. Bincanglah dengan kematangan =)

Berkaitan dengan mahar. Kadang-kadang si anak memahami apa yang dikehendaki dengan perkahwianan, namun niat terhenti atas keinginan ibu bapa. Macam-macam tanggapan masyarakat tentang belanja, mas kawin mahupun mahar.

Terkadang seperti menjual anak pula. Kita lupa akan hakikat diri seorang insan yang bergelar wanita. Yang mana nilainya tidak ternilai dengan RM10k, RM100k dan sebagainya.

Martabat Wanita Di Sisi Agama

Sesungguhnya nilai seorang wanita itu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Islam meletakkan martabat seorang wanita itu terlalu tinggi. Tidak dapat dibeli dengan segala jenis harta. Mahar yang diberikan hanyalah sebagai penghargaan dan kehormatan dari pihak lelaki kapada wanita tersebut kerana sudi menjadi teman hidupnya, berjanji berkongsi suka duka bersama hingga ke akhir hayat.

Mazhab Syafie dan sebahagian ulama tidak menetapkan kadar yang terendah dalam meletakkan nilai mahar. Selagi mana mempunyai nilai ia diterima sebagai mahar. Kita kembali kepada sejarah yang mana Rasul s.a.w bertanya kepada sahabat yang ingin berkahwin berapakah mahar yang mampu diberikan kepada pihak perempuan.

Kerana apa, kerana ia mengikut kemampuan si lelaki. Seandainya ditanya kepada pihak perempuan, sudah pasti ia akan menyukarkan pihak lelaki.

Suami Akan Lakukan Yang Terbaik

Kepada kaum muslimah tidak perlulah risau, kerana bakal suami anda akan memberikan yang terbaik untuk anda. Pemberian yang lahir dengan penuh keikhlasan dalam hati lelakilah sebenarnya membawa keberkatan dan kebahagian dalam sesebuah keluarga.

Bilamana lelaki memberikan mahar yang diminta oleh pihak perempuan dalam keadaan tertekan, penuh bebanan dan sebagainya, inilah yang akan membawa kemudaratan di masa hadapan, nauzubillah min zalik.

Mungkin dengan mahar yang tinggi itu, si lelaki akan mengungkit itu dan ini di masa hadapan. "Aku bayar sampai RM11k, ingtkan serba boleh. Goreng ikan pun tak masak betul, lipat baju pun tak pandai., masak kari pun masin dan bla bla bla...." Pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku.

Pesan Rasulullah s.a.w.

Kita lupa akan pesan Nabi s.a.w yang mana nabi menyebut, "Pernikahan yang paling berkat adalah yang paling mudah perbelanjaannya." "Sesungguhnya semulia-mulia perempuan itu ialah yang paling mudah urusan maharnya." "Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah." "Berilah mahar sekalipun sebentuk cincin daripada besi."

Ini menunjukkan Islam tidak mahu menyusahkan umatnya dalam melaksanakan syariat kerana dengan itu akan timbul pelbagai masalah yang lain. Sedarlah kita bahawa kita perlu mengubah kembali persepsi masyarakat yang mengatakan, lagi tinggi harga mahar lagi tinggi darjat seseorang wanita. Ini salah sama sekali.

Cuma jika nak tanya saya soal berapa, 5k atau 6k. Saya tidak dapat berikan jawapan yang tepat. Cuma jangan sampai membazir ja. Buat sekadar mana lepas untuk majlis yang sederhana. Semua ibu bapa nak kan yang terbaik, tambah pula anak sulung. Cuma perkahwinan itu kita nak kan keberkatan. Jadi buatlah sekadar mana yang kita rasa mudah dan jauhkan perkara-perkara mungkar dalam majlis.

Sekian, waAllahualam.

12:44 PG | Posted in , , | Selanjutnya »

1Malaysia...Rakyat Kena Dulu


Tahukah Anda...
Harga petrol di Norway adalah 4.6 kali lebih mahal berbanding harga
petrol di negara kita,
..tetapi secara purata pendapatan rakyat Norway adalah 11.1 kali
lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.

Harga petrol di Belgium adalah 3.2 kali lebih mahal berbanding harga
petrol di negara kita,
..tetapi secara purata pendapatan rakyat Belgium adalah 6.9 kali
lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.

Harga petrol di Hong Kong adalah 3.3 kali lebih mahal berbanding
harga petrol di negara kita,
..tetapi secara purata pendapatan rakyat Hong Kong adalah 4.8 kali
lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.

Harga petrol di UK adalah 3.1 kali lebih mahal berbanding harga
petrol di negara kita,
..tetapi secara purata pendapatan rakyat UK adalah 7.2 kali lebih
tinggi berbanding rakyat Malaysia.

Harga petrol di Japan adalah 2.7 kali lebih mahal berbanding harga
petrol di negara kita,
..tetapi secara purata pendapatan rakyat Japan adalah 7.4 kali lebih
tinggi berbanding rakyat Malaysia.

Harga petrol di Italy adalah 3.0 kali lebih mahal berbanding harga
petrol di negara kita,
..tetapi secara purata pendapatan rakyat Italy adalah 5.9 kali lebih
tinggi berbanding rakyat Malaysia.

Harga petrol di Australia adalah 1.8 kali lebih mahal berbanding
harga petrol di negara kita,
..tetapi secara purata pendapatan rakyat Australia adalah 6.4 kali
lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.

Yang paling seronoknya.. ..

Harga petrol di Kuwait dan Arab Saudi adalah 0.5 (separuh)
berbanding harga petrol di negara kita,
..manakala secara purata pendapatan rakyat Kuwait dan Arab Saudi
adalah 3.6 dan 1.9 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.

12:18 PG | Posted in , | Selanjutnya »

Arkib Blog



Kritikan Terkini

Artikel Terkini