TERKINI
Mail Instagram Pinterest RSS
Mega Menu
  • Anything

    These are widget areas. You can put anything you want in here.

    Mail Instagram Pinterest RSS

DI SYURGA

Syurga adalah tempat yang paling nikmat. Setiap para penghuni yang masuk ke syurga akan disertai tubuh yang muda dan segar serta dengan rupa paras yang tampan dan paling menarik.

Kesemua mereka yang terdiri dari kaum lelaki merupakan jejaka yang hebat dan bergaya, manakala perempuannya pula merupakan barisan perawan yang benar-benar jelita dan menawan setiap mata yang memandang. Bila dihidupkan semula dan terlepas daripada ancaman kawah api neraka yang apinya marak menjulang, manusia-manusia penghuni syurga di akhirat nanti tidak dihidupkan seperti keadaan semasa menemui maut ketika di dunia dahulu.
Manusia beriman yang ketikanya matinya dalam keadaan tempag atau hodoh tidak akan dihantar ke syurga dengan rupa badan yang asal ketika di dunia, tetapi akan berubah menjadi manusia yang paling hebat dan cantik.
Demikian juga mereka yang menemui ajal dalam keadaan usia yang lanjut dengan kulit yang kedut-kedut, kini tidak lagi menghayun langkah menuju ke syurga dengan tubuh yang lemah longlai dan terbongkok-bongkok. Sebaliknya menjadi seorang yang tampan, menarik dan menawan.
Masing-masing bersiar dan bersukaria di dalam syurga pada peringkat umur yang muda iaitu kira-kira dalam lingkungan tiga puluh tahun serta sebaya pula antara satu sama lain. Setiap ketika di syurga nanti, para panghuni taman yang nikmat ini sahaja akan sentiasa bersukaria dan berhibur dengan gembira tanpa diganggu gugat oleh perasaan cemas dan bimbang mahupun oleh sebarang perasaan lain yang boleh merudung perasaan.
Pada hari itu merupakan hari pembalasan untuk sekalian manusia yang baik, bakal diganjarkan dengan balasan yang baik dan mengembirakan. Manakala manusia yang jahat serta kufur kepada ALLAH akan pembalasan yang setimpal dengan kejahatan mereka.
Kebajikan atau amalan kebajikan merupakan satu-satunya bekal yang paling berharga untuk menjamin kebahagiaan seseorang ketika dihadapkan ke mahkamah ALLAH di hari akhirat nanti. Setiap satu kejahatan yang pernah dilakukan di dunia oleh seorang manusia akan dikira sebagai suatu kejahatan jua. Manakala setiap satu kebaikkan dan amal yang dikerjakan akan dibalas dengan sepuluh kebajikan oleh ALLAH.
Apakah di syurga nanti para penghuninya akan menjalani proses hidup yang sama ketika di dunia dahulu iaitu terus beribadat, bekerja, tidur, makan, minum serta membuang air?. Di syurga kelak, para penghuninya akan bersukaria pada setiap masa serta makan minum sepuas puasnya tanpa berasa mahu membuang air. Yang keluar adalah air peluh yang semerbak harum baunya sebagai ganti dari keperluan semulajadi itu.
Syurga bukan tempatnya lagi untuk para penguhuninya beribadah atau bersembayang malam seperti ketika didunia dahulu. Tetapi ia adalah kekal abadi untuk umat manusia. Penghuninya akan menjalani suatu kehidupan yang benar-benar sempurna dan penuh nikmat, kurniaan daripada ALLAH S.W.T......Allahhuakbar.