TERKINI
Mail Instagram Pinterest RSS
Mega Menu
  • Anything

    These are widget areas. You can put anything you want in here.

    Mail Instagram Pinterest RSS

x-plorace bersama RAIHAN

Jabatan Sukan dan Kebudayaan, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur telah berjaya menganjurkan sebuah program iaitu X-plorace Bersama Raihan di Taman Metropolitan, Kepong Selangor pada 22 Februari 2009 yang lalu.










Program yang diadakan khas buat julung kalinya oleh Jabatan Sukan dan Kebudayaan, Persatuan Mahasiswa Islam kepada seluruh lapisan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia International Campus ini bertujuan memberi peluang kepada mahasiswa untuk bersemuka dan beramah mesra secara lansung dengan kumpulan nasyid tersohor tanah air iaitu kumpulan Raihan. Selain itu ia adalah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai perjalanan dan diari kehidupan kumpulan Raihan dalam menempuh kehidupan sebagai sebuah kumpulan nasyid yang membawa mesej dakwah kepada semua.











Pengalaman mereka ini boleh dijadikan iktibar oleh semua mahasiswa yang hadir dan dijadikan sebagai satu azimat dalam menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa di kampus. Ia juga bertujuan menyemai jalinan Ukhuwah Fillah di antara seluruh mahasiswa Islam dengan Pimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur sesi 09/10. Kuala Lumpur Program yang bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang ini diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya ialah senam robik dan X-plorace. Seramai 55 orang peserta yang terlibat dalam program ini. Peserta-peserta yang terlibat telah dibahagikan kepada kumpulan masing-masing untuk melalui check pointcheck point yang tertentu. Setiap aktiviti diselitkan unsur dakwah, dan ianya merupakan satu latihan untuk mahasiswa menempuh situasi yang sebenar. Ahli kumpulan Raihan sendiri turut terlibat dalam X-plorace ini sebagai Fasilitator di setiap aktiviti. Sebelum bersurai, semua peserta dan AJK berpeluang untuk bersoal jawab dan mengambil autograf dengan kumpulan Raihan.Tidak terlepas juga persembahan live dari Raihan sebagai tanda peringatan kepada kami semua. Di harapkan program2 seperti ini dapat berjalan di masa akan datang. Walaupun ini merupakan program pertama, tetapi ianya menjadi ingatan dan tidak mungkin dapat dilupakan oleh semua peserta.

Kenangan itu ............ Entah mengapa hatiku terusik oleh kenangan itu kembali menggamit diri ini untuk terus mengingatinya... Kenangan itu........... amat istimewa untuk terus diingati wajah-wajah yang menghiasinya masih terlalu segar dalam ingatan masih terdengar gelak ketawa dan tutur kata mereka... Waktu yang sepi ini membuatkan diriku untuk terus mengingatinya walaupun ku tahu mereka semua sudah terlalu jauh untuk ku temui rindunya aku di kala waktu itu...