TERKINI
Mail Instagram Pinterest RSS
Mega Menu
  • Anything

    These are widget areas. You can put anything you want in here.

    Mail Instagram Pinterest RSS

Wajah suci itu.




Melakukan pembuangan anak yang baru dilahirkan apatah lagi jika sampai menyebabkan kematian adalah perbuatan yang zalim dan terkutuk dan ia termasuk dalam dosa besar yang mengakibatkan pelakunya akan mendapat seksa yang pedih di akhirat kelak. Antara penyebab lain lagi perbuatan membuang anak ini berlaku adalah disebabkan perbuatan sumbang mahram. Isu sumbang mahram semakin meningkat di kalangan umat Islam di seluruh dunia. Gejala tersebut juga tidak terkecuali di negara kita. Sumbang mahram adalah perhubungan jenis secara haram di antara mereka yang mempunyai pertalian darah dan tidak sah nikah (mahram), contohnya antara ayah dengan anak, abang dengan adik dan datuk dengan cucu.

Anak adalah anugerah dan amanah daripada Allah Subhanahu Wata'ala dan dipertanggungjawabkan untuk dipelihara, dijaga dan disayangi, bukan untuk diabaikan kerana merekalah generasi yang akan menyambung keturunan dan merekalah juga yang akan menjadi khalifah di muka bumi ini selepas kita yang akan meneruskan perjuangan, menyebarluaskan risalah Islam kepada generasi yang akan datang. Kalau kita teliti, perbuatan membuang anak ini adalah berpunca dari gejala sosial iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah. Adapun cara untuk mengatasi semua ini ialah dengan kembali kepada ajaran agama Islam. Jika seseorang itu berpegang teguh kepada ajaran agama Islam, insya-Allah, semua gejala ini akan dapat diatasi. Peranan ibu bapa amat besar dalam memberikan didikan agama kepada anak-anak. Ibu bapa juga mestilah mengawasi dan memata-matai semua perkara yang dilakukan oleh anak-anak mereka termasuklah pergaulan mereka agar tidak terjerumus dengan gejala sosial.Setiap individu dan masyarakat hendaklah sama-sama membanteras perbuatan zina, sumbang mahram, membuang atau membunuh anak demi untuk mencapai keharmonian dan kesejahteraan hidup kita dan agar terhindar dari bala bencana.