TERKINI
Mail Instagram Pinterest RSS
Mega Menu
  • Anything

    These are widget areas. You can put anything you want in here.

    Mail Instagram Pinterest RSS

Siapa generasi masa depan?


Dalam kita inginkan pencapaian yang terbaik dalam pelajaran, dan setiap tahun kita dibanggakan oleh keputusan-keputusan yang cemerlang, sepertimana dicapai oleh saudari Nor Madihah pada SPM yang lalu. Kini kita dikhabarkan dengan satu perancangan yang baru oleh Menteri Pelajaran, iaitu pelajar tidak boleh mengambil lebih daripada 10 subjek dalam SPM. Sepintas lalu memang kita tidak merasakan ianya menjejaskan pelajar dan mungkin memudahkan pelajar itu sendiri. Apa yang dijadikan kekuatan dasar ini ialah kerana tidak mahu membebankan guru-guru dan melaraskan pelajaran kepada semua pelajar.


Tetapi jika kita fikirkan apa akan terjadi kepada sekolah-sekolah Agama, sekolah-sekolah Tamil mahupun sekolah-sekolah Cina. Kerana sekolah-sekolah ini mengajar subjek tambahan dalam sukatan pelajaran mereka yang tidak ada dalam sekolah kebangsaan biasa. Ini akan menyebabkan mereka terpaksa memilih dan membuang subjek-subjek yang penting bagi mereka sebelum ini. Bagi sekolah agama pengajian-pengajian seperti bahasa Arab tinggi, Quran dan sunnah, dan pelbagai lagi pelajaran tambahan lain pasti menjadi mangsa. Jika ini diperjuangkan oleh Menteri Pelajaran hari ini, kita tidak hairan dan pasti yakin generasi akan datang akan bertambah teruk daripada zaman kini, kerana kelahiran generasi-generasi Al-Quran sudah disekat serta dihapuskan.

Jika kita tinjau kembali, pelajar-pelajar yang mengambil lebih daripada 10 subjek dalam SPM tidak melebihi 50% pun daripada keseluruhan pelajar. Daripada beratus ribu, hanya puluhan ribu sahaja yang mengambil lebih daripada 10 subjek. Apa yang membebankan guru-guru? Kajian semula juga akan dibuat iaitu mengurangkan subjek teras daripada 6 kepada 4 sahaja. Subjek apa pula akan tekorban?

Bahasa melayu? pasti tidak kerana bahasa jiwa bangsa kan. Bahasa inggeris? Juga tidak kerana sains dan matematik pan mereka nak dalam bahasa inggeris takkan la bahasa inggeris nak di buang. Matematik? Tidak juga kerana matematik asas dalam setiap pekerjaan. Sains pun tidak juga. Yang tinggal apa? PENDIDIKAN ISLAM atau PENDIDIKAN MORAL dan SEJARAH. Ini pasti belaku. Jika hari ini pendidikan islam atau moral dibuang, nak jadi apa generasi akan datang. Jika asas pegangan untuk membina akhlak dalam manusia dibuang, jangan terkejut manusia akan hilang sopan santunnya, budi bahasanya, malah tidak mungkin akan tercapai 1MALAYSIA. Sejarah juga menjadi mangsa, jika hari ini kita mendengar manusia perlu belajar daripada sejarah, tetapi sejarah di tinggalkan, orang tidak kenal siapa PM pertama, orang tidak kenal siapa ulama’-ulama’ yang memperjuangkan kemerdekaan. Tidak tahu asal usul bangsa, Negara mahupun agama. Fikir-fikirkan, renung-renungkan. Wallahualam.