TERKINI
Mail Instagram Pinterest RSS
Mega Menu
  • Anything

    These are widget areas. You can put anything you want in here.

    Mail Instagram Pinterest RSS

SEJADAH CINTA


Dalam menjalani sisa-sisa hidup, lebih bnyak rintangan dan dugaan melanda diri ini, semakin hari, semakin membuatkan aku mengingati zaman, dimana zaman ketika aku dilanda pelbagai maksiat serta kemungkaran. Memakin banyak aku ingat, semakin banyak air mengalir dari mata aku yang sudah kabur ini. Adik…adik…dah solat asar ka? Tanya ibu kepada aku. Dah ibu, baru sudah solat bu. Itulah jawapan nafsu aku, ketika mana ibu bertanyakan tentang solat aku. Ketika itu usia aku sudah meningkat remaja. Solat belum pernah aku sempurnakan. Aku anak kesayangan ibu dan bapa aku. Bapa aku dan ibu sudah lanjut usianya, ketika aku dilahirkan ibu aku sudah 40-an, sudah 20 tahun lebih ibu dan bapa aku berumahtangga, tetapi tidak dikurniakan cahaya mata. Aku anak tunggal kepada mereka. Aku dilayan seperti raja dirumah, semua kehendak aku disempurnakan mereka. Sehinggakan mereka tidak pernah sekalipun jentik akan tubuh badan ku.
Bapa ku hanya tahu mencari nafkah zahir untuk keluarga, tidak pernah dia memberi nafkah batin kepada ku, aku tidak pernah solat berjemaah dengan nya, dan bapa tidak pernah mengajarkan aku satu huruf Quran pun. Yang pasti aku dilahirkan dengan penuh kemewahan. Aku selalu pulang lewat ke rumah, tetapi tidak pernah satu suara pun yang keluar dari mulut ke dua orang tua ku, menasihatkan ku. Aku hidup dalam syurga dunia, aku buat semua yang terlintas di fikiranku, mengikut selera nafsu ku. Bermacam jenis maksiat aku lakukan, tidak pernah aku puas, disebab kan aku tidak tahu agama. Islam itu yang ku tahu solat ngan puasa ja kot…
Aku membesar dengan kekayaan serta kejahilan. Pada usia ku mencapai 20-an, ibu bapaku pergi ke luar Negara, tetapi perginya mereka…pergi buat selama-lamanya. Ketika berita kemalangan itu, aku merasakan seperti jantungku berhenti berdegup, mataku berhenti berkelip, aku kaku…air mata ku mula mengalir deras. Aku sudah yatim piatu. Aku tiada saudara mara. Kemana aku selepas itu…aku dibela oleh rakan bapaku, rakan baiknya di pejabat. Bermulalah kehidupan baru ku, aku mula merasakan hidup ku tidak seperti dulu, aku mula dikawal, aku mula di undang-undangkan. Di rumah itu pelik la, kalau aku nak sarapan, aku kena solat subuh dulu. Nak makan tengah hari, aku kena solat dhuha…apa tah solat dhuha tu..setiap perbuatanku pasti ada ja undang-undang.
Rutin harian ku diselang dengan ibadat, hari-hari aku berbohong…sehinggalah satu hari, dimana anak bongsu ayah angkat aku balik…namanya hajar, dia muda 3 tahun dari aku. Ketika aku mula lihat dia, aku merasakan kelainan pada dirinya. Sememang nya dia gadis yang baik. Aku agak malu dengan nya, tidak sama dengan perempuan-perempuan lain sebelum ni. Suaranya yang samar-samar, membuatkan aku tertanya-tanya..kenapa dia nie takut-takut ja nak cakap. Dah la pelik, dalam rumah pun nak pakai sarung kaki ka? Sejuk kot…aku bercakap dengan hati ku.
Aku mula rasa tertanya-tanya dalam diriku, sejak mula dia pulang ke rumah. Kenapa ya di pakai tudung sampai ke lutut, x panas ka. Orang lain tak pakai pun. T-shirt pun labuh-labuh. Aku semakin ingin mengetahui. Pada suatu pagi, aku terdengar suara tersedu-sedu menangis dari kamar hajar..kenapa la dengan dia tu, dah pukul 5 pagi ni, nangis plak. Aku mula terdengar suara, suara macam cakap arab ja. Ganjil betol la dia nie, tadi nangis pastu baca bahasa arab plak. “Dia study kot, atau dia gagal dalam exam, sebab tu dia menangis”. Hati kecil aku membisik.
Setiap malam, aku mendengar tangisan yang sama..dan suma tu dah dianggap biasa bagi aku. Biar la dia nak menangis pun, rumah dia kan. Setelah seminggu Hajar dirumah, aku tidak berpeluang lagi berborak dengan nya. Aku tahu dia seorang pemalu, orang cakap apa “muslimah”, ye la kot..mungkin la, tapi bagi aku sama ja. Kalau duit ada semua boleh dapat. Pada suatu hari aku lihat Hajar bersendirian, aku mula dekati, dia seakan-akan hendak jauhkan diri dari aku. Aku mula langkah menyekatnya..assalamualaikum, perkataan sepontan keluar dari mulut ku. Hajar menjawabnya, first ayat biasa la…macam na study, ok ka..belajar dalam bidang apa, berapa tahun lagi belajar..oooo saya belajar kat utmkl, bidang kejuruteraan. Dan bermacam-macam soalan diajukan, Hajar seakan-akan hendak melarikan diri, tapi aku pandai buat sekatan…orang berpengalaman katakan.
Setelah tiga minggu bertemu dengan Hajar, hati aku mula terbuka untuk nya, aku rasakan dia wanita yang aku cari selama ini, “ yang ketat-ketat tu wat awek ja, nk wt isteri mesti cari yang solehah”..aku ingat kembali kata-kata kawan-kawan aku. Memang betol kata mereka, aku mencari masa yang sesuai untuk meluahkannya..sampai satu masa, Hajar sedang membaca novel, “ayat-ayat cinta”, aku mula tersenyum, merasakan peluang semakin cerah..ye la dia pun minat cinta-cinta nie. Aku mula menyapa, best ka novel tu?. Dia menganguk ja. Aku mula bertanya, pernah couple ka? Atau sedang couple skarang? Dia senyap..mungkin malu agaknya, aku mula keluarkan mukadimah cinta, biasa la..nak sedapkan ayat, tanpa segan dan silu aku mengungkap kan, jom kita couple. Nak?
Hajar terkejut dengan kata-kata aku, dia mula membuka mulut nya, saya minta maaf yusof, saya tak boleh couple dengan yusof. Suara yang penuh hormat keluar dari mulut nya. Aku terdiam..merasa malu mungkin, ye la..dalam sejarah ayat-ayat cintaku tidak pernak ditolak. Aku bertaya kenapa tak boleh? Dah berpunya ka? Hajar menjawab: “tidak yusof, ana…saya tak penah couple, dan kita orang islam tak boleh couple. HARAM. Aku mula merasa satu benda yang jauh berbeza dari pandangan aku. Aku mula bertaya, bukan kita diciptakan berpasang-pasangan ka..dan saling cinta-mencintai. Aku mula yakin dengan persoalan aku. Ya betol tu yusof, tapi kita ada batas-batasnya..kita boleh bercinta tetapi selepas nikah, cinta-mencintai kerana Allah. Cinta lah Allah, insyaAllah cinta manusia akan menyusur. Ringan jawapannya..tetapi berat bagi aku menerimanya. Aku mula jauh kan diri. “Malu.”
Hari ke hari, aku semakin yakin Hajar jodoh aku..aku mula beribadat dan menuntut ilmu agama, untuk mendapatkan Hajar. Semakin aku belajar, semakin banyak aku hendak mengetahui nya, aku kini semakin cintakan ilmu agama, aku mula sedar aku hanya seorang hamba, banyak kesalahan yang aku lakukan selama ini, aku beribadat kerana riak, kerana menunjuk-nunjuk, kerana seorang wanita. Niat aku mula berubah, aku kini mencari cinta yang hakiki. Aku mula hamparkan sejadah cinta di hening malam. Aku bertaubat, aku menangis, aku mengharap dosa aku diampunkan, aku mengharap cinta ku kepada-Nya diterima. Kini baru aku sedar, tangisan Hajar bukan tangisan kedukaan dunia, tetapi tangisan mengharap kebahgiaan akhirat. Aku bukan yusof yang dulu, aku bangun dan terus bangun, mengharap nur kasih, cinta hamba kepada Pencipta…bersambung.