TERKINI
Mail Instagram Pinterest RSS
Mega Menu
  • Anything

    These are widget areas. You can put anything you want in here.

    Mail Instagram Pinterest RSS

MPP pilihan Mahasiswa bukan HEP


Sudah kita lihat dan dengar bagaimana hebohnya akhbar media kerajaan yang begitu bangga menyatakan kemenangan calon pro-aspirasi(LALANG) terutamanya di UM, UUM, UKM dan UPM. Tapi mereka tidak pula menonjolkan pemboikotan pilihanraya kampus oleh tiga buah kampus utama iaitu UM, UUM dan UPM selain penyelewengan di semua kampus. Antaranya ialah pengambilan no siri kertas undi, kengganan Dekan dan Pengetua kolej menandatangani surat pengesahan untuk bertanding untuk calon-calon Gagasan, perubahan tempat mengundi dan pengiraan undi yang meragukan, tidak membenarkan pemerhati memerhati proses pilihanraya dan pengiraan undi, kiraan undi menggunakan kaedah online (e-voting) yang meragukan (keputusan pilihanraya di UPM hanya diketahui pada pukul 2 pagi walaupun menggunakan kaedah online), lantikan pegawai HEP yang merupakan bekas calon-calon Aspirasi(LALANG) kerajaan untuk mengendalikan pilihanraya yang turut diragukan lantikan itu samada sah atau sebaliknya dan pelbagai lagi penipuan yang dihalalkan oleh Kerajaan dan pentadbiran universiti. Bapa borek, anak rintik itulah kata-kata yang sesuai bolah diungkapkan jika melihatkan proses perjalanan pilihanraya kali ini. apa tidaknya, jika kerajaan telah mengajar tentang bagaimana nak menipu pada pilihanraya umum yang lepas, apa susahnya pentadbiran universiti nak lakukan.
“Why can’t we record the serial number when this practice was allowed during the general election?”
Kenyataan di atas adalah dari seorang kakitang HEP yang dipetik dari laman malaysiakini.com apabila beliau diajukan pertanyaan tentang relevennya pihak universiti mengambil no siri kertas undi bersama nama pelajar. Malah apa yang lebih mengejutkan ada universiti yang menawarkan cabutan bertuah untuk undi-undi yang dibuat. Bayangkanlah begitu hinanya sistem politik dalam kampus yang dibentuk oleh kerajaan.
Oleh itu janganlah MPP terutamanya di UM, UUM dan UPM nak berlagak. Anda bukan dipilih oleh majoriti pelajar. MPP yang wujud adalah MPP yang rapuh dan tidak sah.
Konsert dan aktiviti maksiat akan berleluasa
Apa yang pasti, konsert dan aktiviti maksiat akan bercambah di universiti yang dipimpin oleh calon-calon LALANG yang tidak berpendirian ini. Maka akan bertambah gejala sosial yang akan meruntuhkan akhlak mahasiswa. Kesan ini telah boleh kita lihat sejak setahun dua kebelakangan ini setelah operasi pembersihan mahasiswa pro-Islam dari kolej-kolej kediaman. Surau-surau kosong, tiada solat berjemaah malah azan pun tidak kedengaran. Yang tinggal hanyalah golongan yang majoritinya pro-kerajaan yang sembahyang sekali sekala. Mereka yang tidak dibimbing ini akan hanyut tanpa pegangan malah akan mempengaruhi rakan-rakan lain. Apakah pentadbiran universiti, kerajaan dan rakyat suka kan fenomena ini?