TERKINI
Mail Instagram Pinterest RSS
Mega Menu
  • Anything

    These are widget areas. You can put anything you want in here.

    Mail Instagram Pinterest RSS

Islam itu Liberal


Kamus Dewan[2] mendefinisikan perkataan Liberal sebagai “1. (bersifat) condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik (misalnya menentang hak-hak keistimewaan kaum bangsawan), (fahaman) bebas. 2. bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya).”

Merujuk kepada definisi di atas, Islam sememangnya sebuah agama yang liberal. Ia membebaskan manusia daripada belenggu penyembahan sesama makhluk, bahkan juga membebaskan manusia daripada penindasan, kezaliman dan penghinaan sesama manusia. Islam juga memiliki dasar yang terbuka terhadap peradaban pdan pandangan manusia selagi mana ia tidak melibatkan syirik yang menyekutukan Allah, perbuatan yang menyalahi syari‘at-Nya dan kepercayaan kurafat yang merendahkan kedudukan manusia sehingga ke taraf kebinatangan.

Orang Islam sekarang sering menyatakan bahawa aliran nya adalah aliran toleran, yang menghormati dan menghargai pandangan lain. Begitu juga pemimpin aliran lain turut menyatakan hal yang sama bahawa aliran mereka juga mempunyai sikap toleran yang tinggi. Namun, dalam realiti kehidupan, ia menunjukkan betapa konflik umat islam sama ada konflik pendapat, konflik politik dan konflik mazhab dan sebagainya sering terjadi atas nama agama. Perbezaan pandangan atau khilaf itu sepatutnya kita mengunakannya dengan baik, ia menunjukkan Islam itu bersifat menerima pandangan bukan terus menghukum. Tetapi ada pihak yang cuba memenangkan pandangan alirannya sahaja, dan tidak menghormati aliran yang lain.

Kita sepatutnya bersatu mnyelamatkan umat, lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan di bahagian dunia lain. Apakah bentuk pengorbanan kita? Apakah sumbangan kita? Adakah cukup sekadar Boikot barangan yahudi selama sebulan, bilamana sudah agak sunyi suasana di Palestin kita menggunakan semula barangan tersebut. Namun, realiti menunjukkan tidak ada sifat bersatu atas agama sehingga melahirkan sikap eksklusif atau satu sikap bahawa hanya Aliran aku yang benar atau jaminan keselamatan hanya diperoleh dalam aliranya. Maka, akan ditafsirkan berbagai ayat-ayat suci untuk mengabsahkan tuntutan kebenaran itu.

Perbezaan faham atau perbezaan aliran mazhab dalam Islam adalah satu fenomena yang berterusan di mana tidak mungkin dan tidak mampu bagi umat Islam ketika ini untuk mewujudkan satu aliran yang boleh diikutii oleh umat Islam seluruhnya. Perbezaan ini kadang-kadang menimbulkan ketegangan dan perselisihan yang sememangnya tidak dibenarkan dalam syariah Islam dalam yang mulia ini. Kewujudan aliran mazhab yang sedikit ekstrem dalam pembawaanya yangmendakwa diri mereka adalah paling benar sedikit menggugat keharmonian dan ketenteraman umat Islam . Umat Islam di sini yang sekian lama disuburkan dengan mazhab Ahli Sunnah Waljamaah bermazhabkan mazhab Syafie menjadi sedikit terganggu dan tidak kurang sebahagian kecil umat Islam dipengaruhi oleh aliran yang berbeza ini.

Kesatuan agama para nabi dan rasul itu, sebagaimana disebut dalam al-Quran, adalah kerana semuanya berasal daripada pesanan satu ajaran Allah (dalam Surah Ass Syuura, ayat 13). Jadi, sudah seharusnya kita menghormati aliran-aliran lain tanpa menuduh itu salah dan hanya kita yang benar. Justeru, perasaan berat untuk bersatu dalam agama itu disebutkan sebagai sikap kaum musyrik, penyembah berhala (kaum Pagan). Sedangkan perbezaan antara aliran dalam Islam itu hanyalah dalam bentuk pembawakan, Mazhab, cara menempuh jalan itu. Perbezaan tersebut hendaknya tidak menjadi halangan, tetapi menjadi satu motivasi untuk berlumba-lumba menuju kebaikan. Manusia tidak perlu mempersoalkan perbezaan itu, sebab kelak di hari kemudian, Allah akan menjelaskan tentang semua itu (dalam Surah al-Maaidah, ayat 48).

Kalaulah ini seruan universal al-Quran, mengapa penafsiran agama itu harus bersifat begitu dogmatik dan doktrin atau ia dikatakan menyangkut hal-hal akidah sehingga tidak lagi perlu dibicarakan dan sehingga terkesan teologi dan agama sebagai sesuatu yang tertutup dan eksklusif. Memang, dalam sejarah telah lama berkembang doktrin mengenai eksklusif pandangan dalam agama sendiri bahawa 'aliran sayalah yang paling benar', aliran lain sesat dan menyesatkan. Pandangan semacam itu masih sangat kental, bahkan sampai sekarang, seperti termuat dalam buku-buku polemik dan juga buku ilmiah.

Baru-baru ini kita mendengar bahawa pegawai kanan dari Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), dalam kuliah sebelum solat Jumaat di Masjid Al-Rahman di Jalan Pantai Bharu, pada 12 Mac lalu, dikatakan telah mengaitkan PMIUM dengan penganjuran sebuah seminar anti-terorisme. Program yang melibatkan tokoh-tokoh 'Wahabi' pada 28 Mac lalu, dianjurkan oleh sebuah NGO dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaya (UM) serta Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM). Hal tersebut mengakibatkan ada pihak yang menyatakan PMI pro pada mana-mana aliran. Sahabat saya Shazni Munir iaitu Presiden PMIUM ada menjelaskan “Kita tidak pro pada mana-mana aliran. Wahabi pun tidak, ahbas pun tidak. Kita ada semua pihak dalam PMIUM. Kita berlapang dada dengan semua aliran.

Inilah satu bentuk pemikiran yang perlu umat islam, lebih-lebih lagi ahli agama buang jauh-jauh. Mereka perlu ada sikap menghormati dan bukan menghukum. Perlu diingatkan bahawa maksud 'dalaman' al-Quran tidak akan dapat dijangkau maksudnya secara 'pasti'. Kerana itu, penafsiran ayat al-Quran tidak lain hanyalah penjelasan tentang erti atau maksud firman Allah sesuai dengan batas kemampuan yang menafsirkannya. Buktinya, para sahabat Nabi sendiri berselisih faham dalam hal-hal yang berkaitan tafsiran. Bahkan ada di antara mereka yang memahaminya secara tidak tepat. Logiklah, ketika Ibnu Abbas, seorang ulama yang dinilai paling berwibawa dalam penafsiran al-Quran, menyatakan bahawa ada beberapa ayat al-Quran yang tidak dapat difahami, sekalipun oleh ulama. Hanya Allah yang mengetahuinya.

Peningkatan ilmu agama berteraskan al-Quran dan Assunnah serta pendedahan yang meluas mengenai perbezaan aliran mazhab dilihat sebagai kaedah terbaik untuk mewujudkan keharmonian dan ketenteraman berterusan umat Islam.

Akhir kata kita perlu menghargai perbezaan. Perbezaan dalam agama harus dikenal dan diolah lebih lanjut kerana perbezaan itu secara potensinya bernilai dan penting bagi setiap umat yang beragama dalam memperkayakan imannya.

p/s: sila tinggalkan comment anda..terima kasih

http://seutastasbih.blogspot.com/