TERKINI
Mail Instagram Pinterest RSS
Mega Menu
  • Anything

    These are widget areas. You can put anything you want in here.

    Mail Instagram Pinterest RSS

Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 2010


Assalamualaikum wbt. Sahabat-sahabat seperjuangan yang di kasihi Allah. Syukur kepada Allah kerana memberi kemudahan kepada kita untuk bersama-sama berkongres di Dewan Banquet, Dewan Sivik MBPJ, PJ yang lalu. Walaupun kongres tersebut disabotaj oleh SIPUT-SIPUT BABI sehinggakan tempat untuk berkongres terpaksa ditukar beberapa kali. Hal tersebut tidak sedikit pun melemahkan semangat golongan aktivis-aktivis mahasiswa, hatta berkongres di jalanan pun kami sanggup turun.

Kongres mahasiswa adalah satu perkara yang mustahak yang perlu dilakukan dalam Negara kea rah mencapai Negara yang maju. Kongres tersebut penting untuk aktivis mahasiswa khususnya membentuk gerakan yang lebih bersepadu, menyeluruh dan berkesan untuk memajukan Negara akan datang. SMM mengambil inisiatif untuk mengadakan Kongres Mahasiswa sebagai usaha untuk menyatukan idea-idea aktivis-aktivis di Malaysia bukan sahaja di peringkat mahasiswa malah aktivis Negara. Program tersebut menjadi perintis dalam usaha SMM untuk menyatukan dan memperkasakan ‘wajah’ Malaysia agar menjadi Negara yang unggul bukan sahaja dari satu aspek malah meliputi keseluruhan aspek utama dalam pentadbir Negara maju.

Himpunan ini juga disertai wakil aktivis dari UMS Labuan, yang mana dia ada menyatakan perasaan sangat teruja dengan kehadiran yang ramai dalam program tersebut. Katanya “kalau keadaan begini di UMS, kenduri 3 hari saya”. Kongres ini disertai oleh mahsiswa dari pelbagai negeri dan gerakan. Antara yang hadir ialah wakil dari GAMIS, PKPIM, DEMA, PRO-M, KARISMA dan KAMI. Hal ini menunjukan ada kebersamaan dalam membincangkan isu-isu yang besar, bukan sahaja isu diperingkat kampus tetapi juga isu-isu di peringkat nasional, Negara.


Saya juga mendapat pesanan ringkas(sms) dari seorang sahabat yang menyatakan khabar-khabar awal atau berita-berita palsu yang sampai sebelum program dijalankan. “Ana dpt tau de nk bncngkn cne pro-m nk tlg pembngkng utk mnang kusi pilihnraya”. Hal ini jelas ada pihak yang cuba untuk mengaburkan orang ramai dan ada yang sanggup membutakan orang ramai dalam meraih kepentingan-kepentingan individu atau parti tertentu. Sebab itu kita sebagai seorang yang mampu berfikir, perlu menggunakan fikiran ini dengan sebaik-baiknya. Mahasiswa bukan bodoh, malah bukan mudah diperbodohkan, bagi Si-Siput Babi yang cuba sabotaj, takziah saya ucapkan kamu tidak Berjaya. Kembalilah kepada kebenaran.


Antara tajuk-tajuk pembentangan yang dibuat, SMM & Langskap Gerakan Mahasiswa Pasca Milenium iaitu dibentangkan oleh Shazni Munir Mohd Ithnin. Pembentangan tersebut banyak menerangkan sejarah penubuhan SMM dan juga gerakan SMM itu sendiri. Pembentangan Pro-Mahasiswa Nasional yang dibentangkan oleh Mohd Shafie Hashim iaitu menyentuh sejarah penubuhan, halatuju, gagasan dan juga PRK yang lepas. Banyak lagi pembentangan yang dibuat antaranya Compilation of Persuasive Documents On Student’s Rights & University Autunomy, Agenda Belia Untuk Perubahan Tuntutan-Tuntutan Belia Kepada Semua Parti Politik dan Deklarasi Malang.

Jika kita melihat kepada realiti keadaan Malaysia pada hari ini, sewajarnya gerakan mahasiswa perlu diberi nafas baru yang lebih segar seterusnya meninggalkan ciri-ciri mahasiswa lesu, bisu dan kaku yang akhirnya mencerminkan corak Negara Malaysia akan datang. Oleh itu, generasi bakal pimpinan perlu bersedia menggunakan daya intlektual yang ada bergabung suara dan tenaga supaya bakal pemimpin Negara akan datang lebih berdaya maju, berkarisma dan prihatin kepada kebajikan masyarakat. WaAllahualam.

“Menjana Gerakan Baru Mahasiswa”

p/s: sila tinggalkan comment anda..terima kasih

http://seutastasbih.blogspot.com/