Bahang PRU-13 pasti semakin hampir, bnyak perkara kita melihat akhir-akhir ini, tranfomasi yang agak ketara, barang sudah naik, PM kata ‘Harga Baru’, kini timbul pula isu POLITIK di kalangan GURU. Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik. Bagi guru-guru yang pro Pakatan Rakyat yang hendak tunjuk berani pastinya akan berdepan pelbagai risiko. Bagi saya kebenaran kepada kumpulan ini berpolitik sebenarnya hanya menguntungkan politik Umno semata-mata. Kemungkinan langkah ini sebenarnya hanyalah satu perangkap dan jerat kepada mereka.
Saya tertarik dengan kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata sudah tiba masanya untuk kerajaan mempertimbangkan pembabitan mahasiswa dalam politik. Hal ini sebenarnya perlu diperkatakan sejak dulu lagi. Sememangnya mahasiswa yang berusia lebih 21 tahun ke atas berhak untuk terjun ke dunia politik.
Jika kita melihat tindakan undang-undang yang dikenakan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas empat mahasiswa Sains Politik UKM yang terlibat dalam kempen Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor. Bagi saya, tindakan empat mahasiswa UKM tersebut selari dengan Seksyen 119(1a) dalam Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan semua warganegara yang mencapai umur 21 tahun berhak menyertai politik dan layak mengundi dalam pilihanraya.
Kita perlu mempersoalkan, jika sekiranya usia 21 tahun adalah usia kelayakan mengundi, mengapa tidak dibenarkan untuk berpolitik dan menyatakan sikap individu terhadap mana-mana parti politik.
"Bukankah Malaysia sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, justeru mengapa mesti ada sekatan terhadap empat mahasiswa tersebut untuk mengamalkan hak demokrasi mereka?"
Bagi manusia yang ada akal fikiran, undang-undang seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 tidak sesuai digunapakai buat masa kini kerana ia menyekat mahasiswa untuk menyatakan hak mereka.
"Jika ISA alat untuk menyekat kebebasan rakyat, AUKU pula adalah alat untuk menyekat kebebasan mahasiswa untuk berpersatuan dan berpolitik, sedangkan dengan cara inilah mampu mematangkan mahasiswa dan melatih kepemimpinan mereka.
Sepatutnya mahasiswa diberikan kebebasan mengenali lanskap politik negara, agar mahasiswa tahu dan mampu menangani isu-isu semasa dengan baik. Apa yang berlaku hari ini, ramai mahasiswa yang tidak tahu menahu hal ehwal negara menyebabkan mereka menjadi lesu dan tidak bersikap proaktif dalam kepemimpinan mereka.
Tindakan diambil terhadap mereka hanya kerana mereka berkempen untuk Pakatan Rakyat di Hulu Selangor, tetapi bagaimana sekiranya mereka adalah ahli Umno dan terlibat secara langsung dengan kempen di mana-mana pilihanraya kecil? Sejarah menunjukkan bahawa UMNO dan BN sentiasa akan menggunakan golongan pelajar di dalam kempen mereka. Saya teringat seorang kawan berkata, “geram betol, buat penat ja gantung poster, gantung bendera, janji 50 ringgit…tp…5ringgit ja bagi”. Antara golongan muda yang terpedaya dengan janji-janji UMNO, BN.
Kini kita di gemparkan lagi dengan terbongkarnya keterlibatan pihak pentadbiran Universiti Tenologi MARA (UITM) dalam program Bengkel & Majlis Pelancaran Skuad Vogue (Voluntary Group For Everyone) Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang akan dilangsungkan di Dewan Seminar / Bilik Kuliah dan Tapak Padang Kawad UITM Shah Alam pada 1 Ogos 2010(Ahad) ini.
Minit mesyuarat program tersebut telah menunjukkan dengan jelas keterlibatan pihak pentadbiran UITM secara langsung dengan program tersebut. Mesyuarat yang telah diadakan pada 12 Julai 2010 (Isnin) lalu pada 3.00 petang di Bilik Muafakat, Kolej Mawar telah membuktikan kenyataan ini.
Mahasiswa disekat berpolitik, tetapi kita kesal dengan tindakan tidak profesional pihak UMNO dan pentadbiran UITM yang telah mencemarkan institusi pengajian tinggi tersebut. Tindakan tersebut seolah-olah membuktikan kebenaran tohmahan pelbagai pihak bahawa UITM sememangnya menjadi benteng UMNO selama ini. Kita berharap pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyiasat dengan serius dan perlu mengambil tindakkan sewajarnya, untuk membuktikan pihak yang berilmu adil dalam tindakkan.
Sememangnya malaysia akan lebih gemilang seandainya kerajaan mampu memberikan ruang demokrasi bernafas di dalam kampus dan memberikan hak kepada mahasiswa yang telah berusia 21 tahun untuk memberikan sokongan kepada mana-mana parti politik atas nama demokrasi yang sebenar.
http://seutastasbih.blogspot.com/2010/07/berikan-ruang-kepada-bakal-pemimpin.html