TERKINI
Mail Instagram Pinterest RSS
Mega Menu
  • Anything

    These are widget areas. You can put anything you want in here.

    Mail Instagram Pinterest RSS

Kenapa ramai ustaz kawin ramai?

Assalamualaikum. sahabat-sahabat yang dikasihi Allah swt, di sini ana ingin berkongsi beberapa persoalan yang di tanya oleh sahabat kita(Fazira), ana harap sahabat-sahabat dapat memberi pandangan, mudah-mudahan kita mendapat manfaat bersama.

salam, Anta ana ada persoalan klu anta blh jwb lg bgs...
mcm ne ada seorng lect dia tanya pada ana...

1)kenapa kebanyakan ustaz klu ceramah selalu kaitkan tentang wanita, bukan lelaki atau pukul samarata???

2) kenapa ramai ustaz kawin ramai?
ini memberi tanggapan negatif pada seorng ustaz yg dia xdk dapat mengawal nafs...u...
sedangkan seorng lelaki mempunyai 1 nafsu berbanding perempuan...
then dia kata kena xkawal dgn dengan berpuasa ye...
blh anta tlg bg penjelasan?

3) kita sering dr yg mengatakan lelaki kini semain pupus, tetapi lect tu ckp pada ana dia ada data yg mengatakan lelaki dan perempuan sama rata ye jumlah dia..
tp kebanyakan lelaki bayk masuk pusat serenti...
mane peranan seorng pendakwah lelaki utk mengembalikan orng2 lelaki ke dunia yg lebih baik...?

klu blh bg penerangan lg bagus...
ana xtau nk taya sape tu yg ana tanya anta...

w’salam. Terima kasih atas pertanyaan ukht.., ana bukan org yg layak nk menjawab persoalan nie..Cuma ana akan cuba jawab dengan adil, apa pun pandangan ana boleh jadi betul atau salah…ana x lari dari kesilapan..

1)kenapa kebanyakan ustaz klu ceramah selalu kaitkan tentang wanita, bukan lelaki atau pukul samarata???

Bagi ana persoalan begini ia berkaitan dengan masalah besar ataupun peringatan yang lebih perlu difokuskan kepada wanita. Memang ramai ustaz yang selalu kaitkan tentang wanita, dan bukan semua begitu. Sepertimana yang kita tahu, wanita mempunyai fitnah yang cukup besar berbanding lelaki, ada orang cakap “nak jaga lembu sekandang lebih mudah dari menjaga anak perempuan seorang”. Allah menyatakan bahawa fitnah yang paling besar adalah wanita, bahkan ia sebagai sumber syahwat. Allah berfirman: ”Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu wanita-wanita…” (Q.S. Ali Imran: 14). Dan Rasulullah juga memberikan peringatan dari fitnahnya sebagaimana yang diriwayatkan dalam Sahih Muslim dari sahabat Abu Said Al Khudri, baginda bersabda: “Hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita, kerana sesungguhnya fitnah yang pertama kali menimpa Bani Israil adalah wanita”

Diriwayatkan daripada Imran bin Husain r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Golongan yang paling sedikit menghuni Syurga ialah kaum wanita. Hadis Rasulullah ketika baginda dalam Israk dan Mikraj yang berbunyi "Aku menjenguk ke dalam neraka, maka kulihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, yang demikian disebabkan oleh kerana kurang taat kepada Allah dan Rasulullah dan suami mereka dan kerana banyak bertabarruj dedah aurat dan berhias-hias".

Hal ini jelas, menunjukkan wanita perlu betul-betul menjaga dirinya, dan juga perlu tekankan dan tegaskan dalam aspek memberi peringatan kepadanya. Dalam masa yang sama bukan ana menyatakan tidak perlu tekankan kepada lelaki, sebab Islam itu sendiri nasihat, dan tidak hanya nasihat dituju kepada kaum wanita sahaja, malah lelaki juga. Cuma peringatan kepada wanita perlu lebih ditekankan. Banyak lagi dalil-dalil yang menyatakan bahayanya wanita. Ana rasa ukht pun tahu. Banyak aspek yang perlu wanita jaga, pakaiannya, percakapannya dan semua itu perlukan kepada peringatan untuk dia tidak melakukan kesilapan ataupun dosa.

2) kenapa ramai ustaz kawin ramai?
ini memberi tanggapan negatif pada seorng ustaz yg dia xdk dapat mengawal nafsu...
sedangkan seorng lelaki mempunyai 1 nafsu berbanding perempuan...
then dia kata kena xkawal dgn dengan berpuasa ye...
blh anta tlg bg penjelasan?

Poligami sebenarnya bukan hal baru yang dibawa oleh Islam, namun ia telah ada pada umat-umat sebelum Islam. Poligami telah ada dalam agama yahudi, nashrani, ada pada bangsa Romawi, Persia, Yunani, India, Cina, Mesir dan bangsa-bangsa lain.

"Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki." (QS. 4:3)

Poligami dalam Islam disunnahkan bagi laki-laki yang memiliki kemampuan. Allahsubhanahu wata'ala mensyari'atkan poligami tentunya dengan membawa hikmah yang mendalam. Orang yang diberi pengetahuan oleh Allah akan mengetahuinya sedangkan yang dibutakan hatinya maka dia tidak akan tahu. Hikmah poligami amat banyak, di antara yang terpenting adalah:

1. Islam menganjurkan agar memperkuat serta memperbanyak keturunan dan generasi. Poligami merupakan salah satu sarana untuk mencapai hal tersebut.

2. Secara alamiyah wanita memiliki halangan biologis seperti haid dan nifas, dan terkadang menderita berbagai penyakit tertentu, sedangkan sang suami dalam kondisi yang bernafsu, sementara berzina diharamkan dalam Islam. Jika dia dilarang menikah lagi dan juga dilarang berzina serta nikah mut'ah maka dia menghadapi kesulitan besar. Sehingga Allah subhanahu wata'ala membolehkan seseorang untuk berpoligami kerana di dalamnya terdapat manfaat untuk menghilangkan kerusakan dan kehancuran.

Sungguh amat buruk yang dilakukan oleh musuh Islam dan para penentang poligami, yang memaksa kaum lelaki untuk menikah hanya seorang istri saja. Sehingga sama saja menyuruh para suami (yang mampu berpoligami) untuk mencari wanita-wanita haram dan pelacur. Demikian pula para wanita yang tidak sempat menikah akhirnya mencari laki-laki hidung belang, baik untuk kepuasan atau mencari penghidupan, kerana tidak memiliki suami yang menafkahinya secara lahir dan batin.

3. Terkadang kaum wanita tidak lagi memiliki gairah dan keinginan untuk berhubungan suami istri kerana kondisi biologis. Maka seorang suami menikah dengan wanita lain lebih baik daripada menceraikan istrinya. Demikain pula terkadang seorang istri ada yang mandul, sedang untuk menceraikan tidak mungkin, sehingga terjadi problem rumah tangga. Maka jalan keluar yang terbaik adalah dengan berpoligami.

4. Terkadang ada seorang wanita yang berusia agak lanjut (dan belum menikah), atau mengalami cacat dan kekurangan dari segi fisik, sehingga dia sangat memungkinkan untuk dinikahi oleh laki-laki yang telah memiliki istri.

Bagi ana, orang islam yang berilmu dia tidak akan ada tanggapan negative tentang poligami, sebab apa ustaz ramai poligami? Ana pun tidak pasti berapa ramai, bagi ana orang yang faham Islam, dia tahu yang mana baik dan yang mana buruk, poligami itu sunnah dan sudah tentu ada manfaat dan keberkatannya. Tetapi perlu tahu syarat-syaratnya bagi yang berpoligami.

Memang benar berpuasa itu dapat menahan nafsu, tetapi perlu ingat nafsu itu sangat degil, dan barapa banyak orang boleh berpuasa berhari-hari, sedangkan berpuasa yang paling banyak ialah puasa Nabi Daud. Dikuatiri disaat isteri tidak boleh melayan suami, mugkin aspek kerja di luar atau pun ketika haid, kemugkinan si suami akan berzina. Islam itu sangat cantik, sehingga Allah subhanahu wata'ala membolehkan seseorang untuk berpoligami.

3) kita sering dr yg mengatakan lelaki kini semain pupus, tetapi lect tu ckp pada ana dia ada data yg mengatakan lelaki dan perempuan sama rata ye jumlah dia..
tp kebanyakan lelaki bayk masuk pusat serenti...
mane peranan seorng pendakwah lelaki utk mengembalikan orng2 lelaki ke dunia yg lebih baik...?

Ana belum kaji lagi bilangan lelaki berbanding perempuan, mungkin kita perlu tunggu pembanci-pembanci menyelesaikan tugasnya dahulu. Suka ana untuk kongsi satu hadis.

Daripada Anas r.a. berkata, "Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Di antara tanda qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus limapuluh orang perempuan."(H.R. Bukhari Muslim)

Ini antara hadis yang sahih. Nabi kita saw. menerangkan, bahawa diantara tanda hampirnya qiamat ialah sedikit ilmu agama, banyak kejahilan, banyak berlaku perzinaan, sedikit kaum lelaki dan ramai kaum perempuan.

Menurut Imam Ibnu Hajar, sebab bilangan perempuan lebih ramai dari kaum lelaki adalah akibat dari peperangan yang berlaku, kerana yang banyak terbunuh dalam peperangan adalah kaum lelaki, bukannya perempuan dan juga Allah swt. menghendaki kebanyakan yang lahir di dunia ini adalah perempuan dan sedikit sekali dari kalangan lelaki. Seperti yang kita tahu, dunia sudah pun tua di masa israk dan mikraj Nabi Muhammad, dan sudah berlalu 1400tahun lebih dan mungkin kini dunia sudah mula nazak. Nabi bersabda di antara tanda-tanda kiamat ialah ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus limapuluh orang perempuan.

Mungkin betul bilangan lelaki kurang sebab ramai melanjutkan pelajaran di UPS( Universiti Pusat Serenti). Tetapi jika hendak dinisbahkan lelaki di luar lebih banyak dari di dalam pusat tersebut. Ini di antara peringat Nabi kepada kita, nak menunjukkan bahwa kita perlu bersungguh-sungguh mengejar akhirat, kerana dunia mulai rosak, sudah bermula proses kebinasaan. WaAllahualam.

http://seutastasbih.blogspot.com/2010/07/kenapa-ramai-ustaz-kawin-ramai.html