TERKINI
Mail Instagram Pinterest RSS
Mega Menu
  • Anything

    These are widget areas. You can put anything you want in here.

    Mail Instagram Pinterest RSS

Cinta ke Syurga


“Amacam.. Ok?”. Saya menyoal perlahan.. Walaupun dari riak mukanya dah boleh mengagak jawaban.

“Hmmm.. Entahlah. Takde jodoh kot.”. Keluhan yang berat seberat gunung Kinabalu itu terluah.. Keluar bersama ketulan ‘batu’ yang terbuku di dada.

“Anda pasti..?”. Saya masih bermain kata-kata.. Saja nak merangsang dia supaya ‘bercerita’.

“Habis..? Ana dah datang menghadap parents.. Siap bawa mak ayah pergi sekali.. Itupun parents dia tak bagi ‘lulus’..“

“Itu yang ana kata.. Takda jodoh kot.”. Dia menokok..

“Kenapa parents dia tak bagi ‘lulus’..? Tak tanya?”

“Ada.. Banyaklah alasan.. Masih belajarlah.. Terlalu awallah.. Dan paling kritikal alasan, jauh.. Kos tinggi nak ulang-alik.”

“Itulah.. Nak juga yang jauh-jauh.. Entah apa yang specialnya orang jauh nieh.”. Saja nak mem’provokasi’.. Nak tahu sejauh mana dia teguh pada pilihan hati.

“Enta nie.. Jauh atau dekat bukan masalah.. Tapi, dah Allah campakkan secara fitrah macam tue.. Nak buat camne?”. Ok.. Baik! Nie dah kira level ‘haqqul yaqeen’.. Kata orang, kena bagi sokongan moral!

“Jangan kecewa.. Insya Allah enta ada peluang lagi..”

“Aish.. Biar betul?”. Dia kehairanan.. Memang pun nak bagi dia hairan!

“Iya.. Tak percaya..?”

“Camna nak buat? Nak suruh ana jumpa mak ayah dia lagi ke? Uih.. Ana dah tak sanggup shiekh..”

“Siapa suruh jumpa mak ayah dia lagi..”

“Habis.. Nak suruh ana jumpa atuk ngan nenek dia..? Dah meninggal oii”..

“Haha.. Bukanlah.. Ana nak enta jumpa ‘Dia’.. ‘Dia’ je satu-satunya yang mampu merubah segalanya.. Then, ‘Dia’ memang dah sediakan ‘tempat khas’ untuk orang-orang yang berdepan kes-kes seperti enta nie.”

“Iya..? Siapa ‘Dia’ tue..?”

Saya tersenyum..

Tidak terus menjawab soalannya.. Saja nak biar dia berfikir seketika.. Berfikir tentang hidup ini bukanlah sekecil bola.. Peluang bukanlah segelap gua.. Memberi harap bukan pada makhluk.. Tapi ada lagi sandaran pengharapan teringgi.. Iaitu kepada yang Maha. ‘Dia’lah, Khaliq! Maha Pencipta..

“Jumpalah Allah.. ‘Dia’lah yang ana maksudkan.. Jumpalah ‘Dia’ di tikar sejadah ketika sepertiga malam.. Mengadulah dengan ‘Dia’.. Dan, tidak ada orang yang paling memahami ketika ini,, melainkan hanya ‘Dia’.”

Sahabat saya tadi terdiam seketika.. Tak pasti samada dia rasa ‘terpukul’ dengan jawaban saya yang agak ‘menghairankan’.. Atau entah apa yang difikirkannya..

Apa yang nak dihairankan?

Memang sepatutnya itulah jua skema jawaban yang paling tepat. Cuma, kadang-kadang kita ‘terlupa’. Terlupa meletakkan TAWAKKAL dalam segenap USAHA yang dibuat. Mungkin dah bertawakkal.. Tapi, tak cukup lagi.. Ibarat membancuh kopi.. Kalau tak cukup gulanya, nescaya si ‘peminum’ merasa tawar.. Silap haribulan, pahit!

Kalau minum kopi terasa pahit.. Takpelah. Tapi, kalau berasa hidup ini pahit?? Ah! Susah…

(Kewajiban USAHA dan TAWAKKAL bukan sekadar merujuk ‘jodoh pertemuan’ sahaja.. Bahkan, ia diperlukan dalam setiap inci putaran hidup kita di muka bumi milik ‘Dia’ ini..)

“Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal itu baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu buruk bagi kamu. Allah mengetahui! Sedang kamu tidak mengetahui.”—Al-Baqarah: 216


Pasakkanlah ayat ini dalam sanubari.. Insya Allah hidup kita pasti berasa manis.. Eh, silap.. ‘cukup manis’.. Haa.. Baru betul.. Terlalu manis tak boleh juga..

Jangan mengharap hidup yang ‘terlalu manis’. Sebab nanti terkena penyakit ‘diabetis’! Diabetis gula takpa lagi.. Bole je dirawat oleh doktor-doktor pakar yang ada.. Tapi, kalau “Diabetis DOSA”? Nah! Siapa yang mampu nak ubati??

Lama juga sahabat saya tadi bermenungan.. Mungkin melayan perasaan yang ‘terusik’ barangkali..

“Enta kata ada ‘tempat’ untuk orang-orang macam ana nie.. Kat mana tue?”

Oo.. Rupa-rupanya ini yang dia menungkan.. Nak tahu kat mana ‘tempat khas’ yang saya maksudkan awal-awal tadi..

“Apesal enta je yang nak pergi tempat tue..? Ana pun nak pergi juga.. Bukan enta sorang!”. Sekali lagi saya ‘menghairankan’ dia..

“Erkk? Enta pun sama kes dengan ana juga?”

“Ish.. Takdelah.. Dah memang tempat tue jadi idaman ana dari dulu lagi.. Nak buat camne..”

“Iya?.. Kat mana?.. Nie mesti nak kenakan ana..”. Haha.. Dia dah boleh baca ‘teka-teki’ saya..

“Kat syurga! Dekat situ dah takde masalah ‘jauh dan dekat’.. ‘Masih belajar atau dah habis belajar’.. Kos hidup atau masalah parents.. Orang di sana “bercinta” satu sama lain.. Dan ‘Dia’ merestui cinta mereka!”

Justify Full'Dia' yang memliki 'Arasy dan segenap kemuliaan.. 'Dia' juga pemilik segala kenikmatan termasuk Syurga yang menjadi idaman setiap insan!

“Tak nak offer tue?”. Saya menduga..

“Bercinta di syurga?”

“Iya.. Tak nak?”. Saya mengulang duga..

“Ish.. Mestilah nak!”.

“Alhamdulillah.. Jom kita ke surau.. ‘Dia’ dah lama tunggu! Nanti payah pula nak beli ‘tiket’ ke ‘tempat itu’..”. Saya menepuk bahunya dan kami berjalan bersama.. Kebetulan azan zohor sudah pun berkumandang.