TERKINI
Mail Instagram Pinterest RSS
Mega Menu
  • Anything

    These are widget areas. You can put anything you want in here.

    Mail Instagram Pinterest RSS

Pemimpin yang GALAS dosa atau pahala?


Sesungguhnya Allah menciptakan seluruh alam ini untuk manusia. Dan sebaliknya, manusia harus tunduk kepada Allah swt. Untuk kesejahteraan ummat manusia, maka manusia diberi kewajiban-kewajipan. Seandainya kewajian itu dilakukan oleh manusia, maka seluruh ummat manusia akan mendapatkan ketenangan di dalam hidupnya.

“Setiap dari kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya”

Sesunguhnya, Islam tidak memandang kepemimpinan sebagai kehormatan, melainkan sebagai amanah yang harus dipertanggungjawabkan. Betapa indahnya kisah Umar bin Khattab ra yang setiap malam berjalan mengelilingi daerah kekuasannya, dengan tujuan untuk mengetahui apakah ada penduduknya yang masih hidup dalam kesulitan dan kesusahan. Dari sinilah muncul kisah Khalifah Umar bin Khattab ra yang bertemu dengan seorang ibu tua yang sedang merebus air untuk anaknya yang kelaparan.

Satu tanggung jawab yang khusus dibebankan bagi seorang pemimpin adalah, untuk menjawab pertanyaan, "Sudah sejauh mana mampu mengarahkan rakyatnya menuju arah yang lebih baik?"

Selain itu, Islam mengajarkan bahwa ciri seorang manusia adalah memiliki perasaan untuk memimpin, dan untuk bertanggungjawab kepada siapa yang dipimpinnya itu. Itu sebabnya Islam juga menekankan pentingnya tanggungjawab sebagai pemimpin bagi setiap orang, bagi setiap pemimpin, dalam setiap peringkatnya masing-masing.

Pemimpin juga membawa imej rakyatnya di mata dunia, kita bimbang bagaimana kita kabarkan kepada dunia, Malaysia adalah Negara Islam tetapi ada pihak yang mencemarkannya.

Kasihan nasib menimpa Datin Seri Rosmah Mansor bertimpa-timpa nasib malangnya kerana mengulangi kesilapan demi kesilapan. Kita melihat beliau sebagai wanita yang tiada tempat untuk merujuk masalah agama. Sepatutnya sejak kes " cium laga" dengan artis Bolywood lagi sudah ada pihak "berani" menegurnya. Khususnya oleh Mufti Perak atau JAKIM atau Penasihat Agama PM.

Rosmah mengulangi lagi "kejahilannya" dengan memeluk pemain badmintom negara dalam Piala Thomas. Juga tiada pihak yang "berani" menegur akhlak yang tidak elok ini. Kemudian Rosmah masuk masjid untuk khatam Al Quran tanpa menutup aurat dengan sempurna dalam bulan Ramadhan. Itu pun tiada pihak menegurnya.

Barangkali bagi Rosmah, tiada teguran bermakna tiada kesalahan!

Terkini, walaupun berlaku bulan Ogos tetapi isu ini baru "meletup" dengan kisah Festival Fesyen Busana Muslimah di Monte Carlo dengan penghinaan nama Rasulullah yang diterbalikkan. Di dalam rakyat melahirkan kebimbangan dan kemarahan terhadap penghinaan terhadap Rasulullah, dan ingin menegur pemerintah untuk kembali bertaubat kepada Allah, kita kesal dengan pasukan yang diketuai Fathul Bari dan Fadlan Othman yang dikenali sebagai Ulamak Muda datang menjadi HERO membela dan menghukum cara rakyat menegur adalah salah.

Inilah pembelaan ketiga oleh golongan ini terhadap majikannya. Pertama isu royalti Kelantan dan kedua mengenai "duit judi" di Pulau Pinang. Sepatutnya isu kejahilan Rosmah sudah selesai dengan kemasukan Fathul dan Fadlan dalam UMNO. Malangnya tiada perubahan berlaku dalam diri Rosmah.

Barangkali Ulamak Muda takut untuk menegur Rosmah. Sama seperti Ulamak Tua UMNO seperti Yusof Nor, Wan Mokhtar, Abdullah Zin, Hamid Othman. Cuma Nakhael Ahmad berani menegur Rosmah. Itupun di saat waktu senja beliau memimpin YADIM.

Dari Abu Sa’id AlKhudri Radhiyallahu Ta’ala ‘anhu berkata: Bersabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam: Barangsiapa diantara kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah dengan tanganmu, jika kamu tidak mampu maka cegahlah dengan lisanmu dan jika kamu tidak mampu juga maka cegahlah dengan hati. Dan itulah selemah-lemahnya iman.

Mudah-mudahan kita sudah mencegahnya, walaupun di fatwakan tidak sah oleh Ulamak Muda UMNO.

Di dalam Islam, tanggung jawab sebagai pemimpin itu sangatlah berat. Khalifah Umar bin Abdul Aziz pernah membaca surat Ash-Shaffat ayat 22-33: Dan ayat ini sangat menyentuh pada diri beliau.

***37:22***
22. (kepada malaikat diperintahkan): "Kumpulkanlah orang-orang yang
zalim beserta teman sejawat mereka dan sembahan-sembahan yang
selalu mereka sembah,

***37:23***
23. selain Allah; maka tunjukkanlah kepada mereka jalan ke neraka.

***37:24***
24. Dan tahanlah mereka (di tempat perhentian) kerana sesungguhnya
mereka akan ditanya:

***37:25***
25. "Kenapa kamu tidak tolong menolong ?"

***37:26***
26. Bahkan mereka pada hari itu menyerah diri.

***37:27***
27. Sebahagian dan mereka menghadap kepada sebahagian yang lain
berbantah-bantahan.

***37:28***
28. Pengikut-pengikut mereka berkata (kepada pemimpin-pemimpin
mereka): "Sesungguhnya kamulah yang datang kepada kami dan
kanan[1277].
[1277] Maksudnya: Para pemimpin itu mendatangi pengikut-pengikutnya
dengan membawa tipu muslihat yang mengikat hati.

***37:29***
29. Pemimpin-pemimpin mereka menjawab: "Sebenarnya kamulah yang tidak
beriman".

***37:30***
30. Dan sekali-kali kami tidak berkuasa terhadapmu, bahkan kamulah kaum
yang melampaui batas.

***37:31***
31. Maka pastilah putusan (azab) Tuhan kita menimpa atas kita;
sesungguhnya kita akan merasakan (azab itu).

***37:32***
32. Maka kami telah menyesatkan kamu, sesungguhnya kami adalah
orang-orang yang sesat.

***37:33***
33. Maka sesungguhnya mereka pada hari itu bersama-sama dalam azab.

Di dalam Al-Qur'an, ada juga ayat yang menyebutkan bahwa seorang pemimpin akan menanggung dosa rakyatnya, meskipun rakyatnya itu melakukan kemaksiatan atas dasar tidak mengetahui (tapi tersesat sebagai akibat dari perbuatan pemimpinnya). Hal ini disebutkan dalam surat An-Nahl ayat 25:

(ucapan mereka) menyebabkan mereka memikul dosa-dosanya dengan sepenuh-penuhnya pada hari kiamat, dan sebahagian dosa-dosa orang yang mereka sesatkan yang tidak mengetahui sedikitpun (bahwa mereka disesatkan). Ingatlah, amat buruklah dosa yang mereka pikul itu.

Itu sebabnya Islam melarang kita untuk taat kepada pemimpin manakala aturan yang dibuat oleh pemimpin itu adalah aturan yang mengarah pada maksiat. Dan pada saat itu, kita tidak akan boleh beralasan kepada Allah, "Sesungguhnya kami hanya mengikuti aturan pemimpin kami." Ini ertinya, sesungguhnya Islam tidak hanya mengatur tentang siapa-siapa saja yang harus menjadi pemimpin, tapi juga mengatur tentang bagaimana rakyat yang harus menentukan siapa pemimpinnya. Wallahualam.

http://seutastasbih.blogspot.com/2010/10/pemimpin-yang-galas-dosa-atau-pahala.html