TERKINI
Mail Instagram Pinterest RSS
Mega Menu
  • Anything

    These are widget areas. You can put anything you want in here.

    Mail Instagram Pinterest RSS

Mangkuk yang Cantik, Madu dan Sehelai Rambut


Rasulullah SAW dengan sahabat-sahabatnya, iaitu Abu Bakar r.a, Umar r.a, Usman r.a telah bertamu di rumah Ali r.a. Isteri beliau Saiyidatina Fatimah r.anha yang juga puteri Rasulullah SAW telah menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika mangkuk madu itu dihidangkan, sehelai rambut telah di dapati di dalam mangkuk itu.
Sebuah mangkuk

Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya membuat perbandingan terhadap tiga benda tersebut:
1)Mangkuk yang cantik.
2)Madu.
3)Sehelai rambut.

Abu Bakar r.a telah berkata:
“Iman itu lebih cantik dari mangkuk ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut.

Umar r.a telah berkata:
“Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk ini, seorang raja itu laebih manis daripada madu, dan memerintah dengan adil itu lebih susah dari meiniti di atas sehelai rambut.

Uthman r.a berkata:
“Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk ini, orang yang menuntut ilmu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”.

Ali r.a berkata:
“Tetamu itu lebih cantik dari mangkuk ini, menjamu tetamu itu lebih manis dari madu, dan membuatkan tetamu senang sehingga dia kembali ke rumahnya itu lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”.

Fatimah r.a.ha telah berkata:
“Seorang wanita itu lebih cantik dari mangkuk ini, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali mahramnya adalah lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”.

Malaikat Jibril a.s telah berkata:
“Menegakkan tiang agama itu adalah lebih cantik dari mangkuk ini, mengorbankan masa, diri, dan waktu untuk agama adalah lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama hingga ke akhir hayat adalah lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut.”

Allah SWT berfirman:
“Syurgaku itu lebih cantik dari mangkuk ini, nikmat syurgaku adalah lebih manis dari madu, dan jalan menuju ke syurgaku itu adalah lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”.

Muhasabah diri, lihatlah bagaimana Rasulullah SAW terus sahaja mengajak sahabatnya membuat perbandingan yang cenderung kepada mentauhidkan ALLAH, sedangkan kita lebih cenderung mencerca makanan bilamana terdapat rambut pada makanan kita.