TERKINI
Mail Instagram Pinterest RSS
Mega Menu
  • Anything

    These are widget areas. You can put anything you want in here.

    Mail Instagram Pinterest RSS

Raja bukan sekadar simbol atau lambang


Isu Timbalan Perdana Menteri(TPM) bukan melayu tidak penting bagi saya kerana soal-soal yang di kaitkan dengan jawatan itu, khususnya hidup mati Islam dan melayu, bukan bidang kuasa orang politik, sebaliknya peranan dan kerja raja-raja, baik secara peribadi yakni melalui kuasa Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja, mahupun atas kapasiti kolektif mereka di bawah Majlis Raja-Raja. Oleh itu sama ada kerajaan dipegang orang Melayu atau tidak, perkara-perkara itu tidak akan terjejas.

Sebenarnya raja-raja diberi peranan penting, bukan sahaja melindungi peruntukan perlembagaan yang berkenaan, tetapi juga memantau pelaksanaan sebagaimana diperuntukkan Perkara 38(5) dalam soal kedudukan istimewa Melayu yang dikandung oleh Perkara 153.

Tetapi itu semua tidak menjadi kenyataan dan raja-raja dianggap simbol dan lambang sahaja. Ini tidak salah. Tetapi dalam soal-soal yang disebut tadi raja-raja bukan sekadar lambang. Sebab itu perkara-perkara tadi tidak boleh dipinda tanpa perkenan raja-raja sebagaimana disebut perlembagaan di bawah Perkara 159(5).

Malangnya orang politik, tidak melihatnya begitu. Bagi mereka kuasa politik adalah segala-galanya. Ada pihak yang menyatakan, jika orang Cina yang hendak dilantik TPM perlu masuk Islam dan berakhlak mulia. Mungkin kenyataan begitu disebabkan bimbang pihak lawan akan memutarbelitkan kenyataan mereka. Apapun Presiden Pas berkata, isu TPM akan selesai mengikut kerangka Perlembagaan.

Tentang golongan yang melaungkan ‘Ketuanan Melayu’ pula kita semua maklum, setelah kecundang di lima negeri dalam PRU 2008, dengan tiba-tiba begitu perihatin kepada kedudukan raja-raja, Islam dan melayu.

Sebelum itu Ketuanan Melayu berasa merekalah segala-segalanya. Raja atau Perlembagaan tidak penting, UMNO mendakwa tanpa mereka Melayu akan hanyut, sedangkan syarat MB melayu dan setiausaha Kerajaan Negeri Melayu itu adalah ketetapan Perlembagaan. Ertinya sama ada UMNO wujud atau tidak Melayu tetap di situ.

Kita masih ingat bagaimana pentadbiran Mahathir menghina raja-raja. Seorang bekas menteri besar UMNO dengan bangganya menyatakan kedudukan istimewa Melayu itu ialah kerana UMNO, bukan Perlembagaan. Kekeliruan peranan dan kuasa timbul kerana Perlembagaan tidak diisi dan dilaksanakan. Perlembagaan ini adalah manual atau buku panduan yang perlu dibaca dan dirujuk mereka yang memerintah Negara. Begitu juga bagi yang bercita-cita hendak berbuat demikian.

Meskipun ia bukan sebuah dokumen sakral dan suci sifatnya dan ia satu-satunya dokumen yang mengikat kita semua. Memang kita tidak puas hati atau selesa dengan semua peruntukannya. Tetapi inilah satu-satunya dokumen yang kebanyakan kita kenal dan faham.

Saya juga merasakan sekiranya hukum Islam hendak dilaksanakan pun Perlembagaan tidak menghalangnya. Apa yang penting ialah rakyat menerima dan menyokong hukum itu, memahami dan mengisi Perlembagaan. Perlu ingat, kita hendak memerintah atau melaksanakan Islam di Malaysia bukan di Mesir, Arab Saudi atau memerintah United Kingdom atau India.

Dalam kerangka Perlembagaan sekarang yang meneruskan peranan khalifah ialah Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja. Bukan Perdana Menteri, menteri besar atau ketua menteri. Mungkin ada keraguan dengan pandangan ini, tetapi mengapa kita boleh menerima Kesultanan Uthmaniah yang runtuh pada 1924 itu sebagai khaifah yang terakhir?

Dalam isu TPM ini pemimpin perlu memahami Perlembagaan, khususnya pimpinan berusia yang enggan menerima dan memahaminya jelas membuang masa dan membelakangkan slogan parti itu Pas untuk semua yang di uar-uarkan selama ini bukannya semua untuk Pas. Seorang penulis Cina berpendapat, dalam isu TPM ini pendirian Pas sama sahaja dengan Perkasa, NGO Melayu yang banyak membuat kerja politik UMNO.

Isu TPM ialah isu Perlembagaan. Sebab itu kita perlu menanganinya melalui peruntukan dan lenggok Perlembagaan. Kalu kita bawa perspektif lain kita akan jadi keliru. Malah rakyat semakin buntu.