TERKINI
Mail Instagram Pinterest RSS
Mega Menu
  • Anything

    These are widget areas. You can put anything you want in here.

    Mail Instagram Pinterest RSS

Untuk apa berpurdah?

Jika seseorang itu sering diganggu terutamanya yang berwajah jelita, maka adalah lebih digalakkan untuknya memakai purdah untuk lebih menjaga dirinya. Sebaliknya bagi yang tidak diganggu, ataupun menetap di tempat yang dihuni org baik-baik, memakai niqab adalah mubah kerana dengan menampakkan ...wajah fitnah tidak berlaku di situ.

Sesetengah wanita yang mana apabila dia memakai purdah, baginya dia akan nampak lebih lawa dari tidak memakai purdah kerana matanya yang dihias dan cantik.. maka dia dapatlah apa yg diniatkan itu, iaitu dapat dilihat orang kecantikannya dan tidak dapat pahala langsung.

Ada di antaranya mengatakan bahawa mereka memakai niqab kerana terlalu cinta pada sebaik-baik wanita di sisi Allah, iaitu Ummul Mukminin (isteri2 Nabi) dan mereka ingin mengikut dan mencontohi segala yang idola mereka buat untuk mendekatkan diri kepada Allah.

MasyaAllah, jika wanita yang paling Allah redha dan cinta pakai niqab, takkan kita tidak ingin jadi seperti mereka? Sedangkan artis-artis barat kita nak ikut fashion, style dan trendnya, tetapi kenapa tidak fashion atau stylenya Ummul Mukminin?

Lihat pula pada hati kita dan uruf serta zuruf kita, di mana maslahahnya? Adakah pakai purdah lebih banyak manfaat dan pahalanya ataupun tidak memakainya lebih banyak? Maka pilihlah yang lebih banyak pahalanya dan lebih mendekatkan diri kepada Allah agar lebih beruntung di akhirat kelak.

Isu purdah ini hanyalah perkara khilafiyyah dan agak mustahil ia boleh mencapai kata sepakat daripada para ulama Islam sepanjang zaman. Perselisihan ini boleh dileraikan jika kita masing-masing boleh bertolak-ansur dengan mengutamakan sifat saling hormat-menghormati di antara satu sama lain. Inilah yang di jelaskan oleh Islam kepada pengganutnya.

KESIMPULANNYA,
Mana-mana perempuan Islam yang hendak memakai purdah maka kita tidak boleh menghalangnya atau mengejinya. Bagi sesiapa yang memilih untuk tidak memakai purdah pula maka kita juga tidak boleh menghalangnya atau mengejinya. Kedua-dua pihak adalah betul.

Apa yang terlebih penting adalah,
Bagaimana dengan perempuan Islam yang tidak menutup aurat?