TERKINI
Mail Instagram Pinterest RSS
Mega Menu
  • Anything

    These are widget areas. You can put anything you want in here.

    Mail Instagram Pinterest RSS

Belanda Pula Haramkan Purdah !

Negara Belanda, kalau dalam perkara perkara bersosial, ia adalah antara negara yang amat liberal. Bagi para pencinta ganja atau marijuana Belanda menjadi salah satu negara idaman mereka. Tetapi dalam masalah menangani kebanjiran pendatang terutamanya daripada negara Islam ke sana mereka nampaknya terpaksa tunduk dengan tekanan kumpulan anti-islam yang sering mengaitkan islam dengan keganasan.

Selepas Perancis, Belgium dan Sepanyol, kini mereka dalam proses meluluskan undang-undang melarang penutupan muka di kawasan awam seperti Hospital, Pusat Pengajian, kenderaan awam dan juga bangunan awam.

Muka merupakan salah satu cara mengenal pasti identiti seseorang. Dengan menutup muka kita tidak dapat mengenali siapa yang berada di tepi kita dan ia mendatangkan masalah kepada masyarakat terutamanya dengan adanya kumpulan yang dikatakan radikal yang memasang bom di keliling pinggang yang boleh mengancam keselamatan orang ramai.


Kerajaan Belanda menekankan bahawa menutup wajah bukan sesuatu yang diwajibkan dalam Islam. Ini dikuatkan lagi dengan ada ramainya cendikiawan Islam yang bersetuju bahawa aurat wanita adalah semua bahagian anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Jesteru itu mereka menafikan ia ada kena mengena dengan menafikan hak kebebasan beragama di sana.

Dalam bab memasang bom sekeliling pinggang yang sering dilakukan oleh para pengebom berani mati, ia masih dapat dilakukan apabila seseorang itu berpakaian longgar. Barangkali selepas ini barat akan mengharamkan pula cara berpakaian longgar seperti jubah yang mana ia mampu menyorokkan bom yang diikat pada badan.

Jika itu berlaku maka semua orang yang akan ke barat terpaksa memakai pakaian ketat dan menjerut badan ala-ala Shah Rukh Khan atau penyanyi rock heavy metal di Amerika. Lama kelamaan budaya berpakaian akan condong ke arah 'lebih terdedah adalah lebih baik'. Ia membuatkan apa saja yang ada ditubuh badan kita tidak lagi menjadi rahsia peribadi.