TERKINI
Mail Instagram Pinterest RSS
Mega Menu
  • Anything

    These are widget areas. You can put anything you want in here.

    Mail Instagram Pinterest RSS

6 sebab kita sokong Umno/Bn


Bagi saya, yang masih menyokong umno/bn adalah :-

1- Kontraktor yang bergayut di bawah ketiak umno/bn

2- Golongan veteran yang terlalu bernostalgia

3- Mereka yang kurang terdedah dengan politik massa/ kurang terdedah dengan keburukan pemimpin umno/bn

4- Mereka yang merasa selesa kerana mendapat pekerjaan yang baik. jenis ini akan TAKUT dengan bayang-bayang. Contohnya, kalau PR perintah, negara akan kucar kacir dan kehidupan mereka akan terjejas. Jenis ini lebih pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesusahan orang lain dan mereka lupa bahawa yang beri rezeki adalah ALLAH, bukannya umno/bn

5- Golongan yang suka menerima/ meminta-minta dan suka pada keuntungan segera. Contohnya penduduk kampung yang masih hidup susah. Mereka akan terlalu menyanjungi pemimpin yang memberikan bantuan 100/500 ringgit, atap zink, tandas boleh alih, enjin bot, tangki air dan lain-lain bantuan segera yang lain. Lepas pilihanraya, apabila mereka dilupakan, mereka akan melabun sesama mereka dan mengeluh. Datang pilihanraya, mereka dapat lagi bantuan segera, mereka LUPA penderitaan ketika dipinggirkan. Ianya berterusan selagi minda mereka terkepung dan takut untuk berubah.

6- Mereka kaki lobi dan kaki bodek yang mendapat habuan tanpa bekerja keras, tetapi cukup dengan kenal pemimpin atasan untuk di lobi. Golongan ini memang tak boleh pakai dan dengan mudah akan bertukar 'kiblat'. tidak hairan jika PR memerintah, mereka akan terlalu baik dengan pemimpin PR. Inilah conman.

So, mereka yang masih sokong umno, di mana anda punya kedudukan.

Jika alasan anda menyokong umno kerana agenda melayu, apa alasan anda apabila melihat tanah rizab melayu yang digadaikan oleh umno, mengurangkan kuasa raja-raja dan 'menyerang' institusi raja tetapi kini sibuk mempertahankan (kononnya) institusi sama yang diserang dulu? Siap suruh siasat harta sultan dan masuk muka depan paper lagi. Di mana kedudukan melayu sekarang setelah lebih 50tahun umno tadbir malaysia? Ketahuilah bahawa agenda melayu hanya untuk menghalalkan apa yang mereka buat, sedangkan yang diberi banyak keistimewaan adalah kaum lain yang mana banyak memberi dana kepada mereka.

Ayuh anak muda, kita turun mengundi PRU13 nanti..undi jangan tak undi..Asalkan Bukan Umno (ABU)