TERKINI
Mail Instagram Pinterest RSS
Mega Menu
  • Anything

    These are widget areas. You can put anything you want in here.

    Mail Instagram Pinterest RSS

Apakah hukuman membaling selipar dalam mahkamah?

Tahu kah anda apa hukuman yang akan dikenakan terhadap anda jika membaling selipar dalam mahkamah?

PENJARA SATU TAHUN. (Itu belum baling Kasut lagi ^^)


Baru2 nie seorang imam marah kerana kes nya diadili dengan berat sebelah lalu melemparkan selipar ke arah hakim sebagai tanda protes.

Ujar imam terbabit :

Hoslan Hussin, 46, yang mencetus kontroversi ekoran tindakannya membaling kasut ke arah hakim Mahkamah Persekutuan Rabu lalu kesal kerana penyelewengan yang didakwa berlaku di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan tidak mendapat perhatian.

Hoslan mendakwa, tindakannya yang sering menimbulkan dakwaan penyelewengan itulah yang menyebabkan dia dipecat daripada jawatannya sebagai imam rawatib dan seterusnya diusir keluar daripada kuarters masjid tersebut.

Beliau mendakwa, dakwaan penyelewengan berjumlah "ratusan ribu" itu antara lainnya melibatkan bayaran sewa tanah masjid, kutipan daripada tabung masjid dan juga sumbangan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Beliau mendakwa, penyelewengan itu berlaku sejak tahun 1990-an lagi.

Kesan yang imam nie terima akibat melawan penyelewengan ialah :

1. Dipecat dari jawatan imam.

2. Dihalau keluar dari kuarters. Dia mempunyai 7 orang anak dan seorang isteri. Di halau dari tempat kediaman serta merta, tidak kah itu satu tindakan yang kejam? Walaupun sememangnya dia tidak layak duduk di kuarters tersebut sebab telah dipecat namun logik kah dipecat kerana membangkitkan isu penyelewengan?

3. Dihukum penjara setahun kerana menghina mahkamah apabila dia membawa kes penyelewengan ke mahkamah sivil dan marah apabila hakim memutuskan untuk menutup kes tanpa mendengar perbicaraan.

Semoga bekas imam terbabit bersikap tabah dan sabar. Semoga isteri dan anak2 dia dapat menempuhi hidup dengan sabar selama suami dan bapa mereka dipenjarakan setahun. AllahuAkhbar.