TERKINI
Mail Instagram Pinterest RSS
Mega Menu
  • Anything

    These are widget areas. You can put anything you want in here.

    Mail Instagram Pinterest RSS

Adakah Penangkapan Dr. Asri sebab "tauliah"


Sepertimana yang kita tahu Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin telah ditangkap oleh pihak polis dan pegawai JAIS pada 2 nov atas alasan menyampaikan ceramah tanpa tauliah. Dr Asri ditangkap ketika beliau baru selesai menyampaikan kuliahnya yang dilakukan secara rutin setiap bulan, di kediaman di Taman Sri Ukay.
Walaupun ada pandangan dan kenyataan Dr. Asri yang tidak boleh saya terima tetapi itu pandangan beliau saya kena raikan. Bagi saya rasa penangkapan yang dibuat ke atas Dr. Asri memang sangat tidak wajar kerana beliau adalah seorang pendakwah, bukan membawa ajaran sesat dan sebagainya, malahan pula terkenal dari segi populariti dan juga dari segi ilmunya sehingga ke peringkat PhD. Mengapa perlu di tangkap di hadapan ramai orang yang ingin menuntut ilmu dan penangkapan yang di buat juga mengaibkan dan menjatuhkan maruah Dr. Asri sebagai tokoh agama yang disegani masyarakat.
Adakah penangkapan ini berkaitan dengan kes YADIM hari itu atau saya bimbang ada unsur sabotaj kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sebab saya lihat penangkapan ini sangat bertentangan dengan kehendak kerajaan Selangor yang sangat terbuka terhadap ilmu. Tiba-tiba seorang yang berpontensi seperti Dr. Asri ditangkap dan dimalukan begitu sekali.
Kalaupun memang benar Dr. Asri ada melakukan kesilapan sewaktu menyampaikan ilmu, beliau tidak seharusnya diperlakukan sedemikian. Kita sesama islam ada nilai hormat-menghormati dan islam mengajar menutup keaiban orang lain.
Saya rasa soal yang di timbulkan iaitu masalah tiada tauliah seperti yang didakwa seharusnya tidak timbul memandangkan latar belakang Dr Asri yang terkenal dalam bidang agama dan pernah memegang jawatan mufti.
Dalam kes Dr. Asri, bagi saya bukan masalah tauliah yang patut kita utamakan. Sebab beliau adalah di antara orang yang dikenali latar belakangnya. Lebih-lebih lagi kerajaan Perlis pernah ambil beliau jadi mufti. Beliau pun bekas pensyarah dan kini menjadi pensyarah pula. Dan banyak menyampaikan ceramah, debat dan sebagainya sebelum ini. Jadi orang-orang yang kita tahu latar belakang pendidikan yang sebegini, saya rasa tauliah bukan satu perkara yang harus kita jadikan satu perkara utama.
Cuma kalau betul pun ada perkara-perkara yang perlu diperbetulkan disebabkan ketersasulan, kesilapan beliau, bagi saya bukan dengan cara penangkapan begini. Itu boleh dibetulkan dengan saluran yang lain atau lebih selesa. Wallahualam.