TERKINI
Mail Instagram Pinterest RSS
Mega Menu
  • Anything

    These are widget areas. You can put anything you want in here.

    Mail Instagram Pinterest RSS

Cermin Iman


Assalamualaikum, harap sahabat-sahabat berada dalam keadaan baik dan sentiasa di rahmati Allah S.W.T, insyaAllah. Mungkin keadaan sekarang agak kesibukan dengan exam dan pogram-pogram yang bakal di jalankan, tetapi tangan ini mula merasakan ingin berkongsi sesuatu. Alhamdulillah kita sudah pun bergelar graduan-graduan RAMADHAN. Dan isyaAllah setiap pergerakan kita, perlakuan kita, percakapan kita, ditarbiah dan kini kita kembali dalam keadaan fitrah. Kita tidak akui setiap manusia tidak lari dalam membuat kesilapan, dan yang membezakan kesilapan yang di buat kecil mahupun besar.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, tidak berapa lama lagi kita akan menyambut aiduladha, yang mana orang berebut-rebut menunaikan kefarduan Haji. Kadang-kadang kita berfikir bila aku berpeluang berdoa di depan kaabah, depan makam Nabi, bermunajat di mina. Dan tidak lupa juga ibadah korban yang kita idam-idamkan. Bercakap tentang pengobanan ini, kita sentiasa diulang dengan cerita Nabi Allah Ibrahim dan anak nya Nabi Allah Ismail.
Kadang-kadang kita sekadar teruja ataupun merasa bangga mempunyai Nabi yang begitu patuh dan taat kepada penciptaNya. Tetapi malangnya kita tidak mencontohi dan mengambil pelajaran dari peristiwa ini. Yang mana kita semua tahu Nabi Ibrahim yang terlalu berharap mendapat zuriat sebagai penyambung dakwahnya, penyambung perjuangannya. Tetapi Nabi Ibrahim diuji, tidah pernah ada kenal putus asa dalam dirinya malah Ibrahim sentiasa berdoa dan terus berdoa. Tetapi hidupnya bersama sarah tidak dikurniakan anak juga, hinggalah Ibrahim berkahwin dengan Hajar dan dikurniakan anak lelaki kepadanya. Perasaan gembira bercampur syukur yang teramat sangat kepada Pencipta dipamerkan pada raut wajahnya. Anak yang selama ini di idamkan telah ada di depan mata dan dinamakan Ismail.
Saya rasa semua sahabat-sahabat tahu akan perjalanan ceritanya, saya cuba ringkaskan, apa yang saya nak tekankan di sini, bagaimana perasaan cintanya kepada anak yang selama ini di impikan terlindung dengan cintanya yang lebih agung iaitu cinta kepada Allah. Setelah di perintahkan Allah meninggalkan hajar dan Ismail, setelah lama berpisah Ibrahim kembali kepada Hajar dan Ismail, dan ketika itu Ismail sudah besar atau sudah baligh. Perasaan gembira mula dirasai bila mana anak kesayangan yang dirindui berada di depan mata. Belum sempat terubat perasaan rindu, gembiranya pada Ismail, Ibrahim di perintahkan pula sembelih anaknya Ismail. MasyaAllah sungguh besar ujian kepada Para Nabi. Kita renung sejenak, apa yang menyebabkan kita merasa lemah dalam perjuangan, kita belum sampai pada kehilangan keluarga, belum sampai tahap di bunuh, malah jauh dari di siksa, dikeji dan sebagainya.
Kadang-kadang tidak dapat jawab exam pun sudah salahkan pergerakan membawa Islam. Sebab pogram kemarin la aku tak leh jawab, sebab mesyuarat semalam la aku tido lewat, sebab macam-macam kita fatwa kan. Kadang-kadang kita menyebabkan sahabat yang lain merasa lemah, sehingga ada yang jatuh tersungkur, menyerah kalah, lari dari medan dan paling kita sedih lari kepada penjajah. Syaitan mula menjadi penghasut, makluk 1 dunia yang pertama memberi nasihat pada Ibrahim. Kata syaitan sudah la Ibrahim, kau tak sayang ka pada Ismail, kau tak takut ka nanti orang cakap kau kejam dan pelbagai kata- kata rayuan yang keluarkan. Syaitan yang bisik kat telinga kita cuma kuli-kuli ja, yang bisik kat Ibrahim 2 syaitan 1 dunia, kita baru 1 malaysia dah jatuh, lelah, malah ada yang sampai tersungkur. Kecintaan yang di letakkan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail tidak lain tidak bukan hanya cinta pada Allah S.W.T. Nur kasih yang di idam-idamkan hanya nur dari Penciptanya. Sebab itu la kita perlu kembali kepada kepada tujuan di hidupkan. “tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk sembah kepadaKU”.
Sahabat-sahabat yang saya kasihi, setiap manusia yang benar-benar beriman pasti diuji, sebab itu perlu kita timbang diri kita, dimana kita sekarang, adakah sekadar penolong Agama, atau pejuang Agama ataupun menjadi fitnah kepada Agama. Kesusahan kita diduga dengan pelbagai dugaan yang susah, orang islam yang sentiasa dengki dengan kita, biasa la manusia, kalau tidak ada keimanan dalam diri, sifat-sifat keji mudah masuk dan meresap dalam tubuhnya. Malahan pula golongan munafiq yang sentiasa membecikan kita dan tidak lupa Kafir yang sentiasa mencari jalan dan peluang memerangi kita. Jika hari ini kita lemah, jika hari ini kita takut, siapa lagi yang kita harapkan menjadi pembawa panji-panji perjuangan, panji-panji Islam. Adakah kita sekadar tunggu dan terus menunggu, menunggu sesuatu yang belum pasti. Adakah kita nak orang bukan islam yang membawa islam. Sama–sama kita fikirkan. Syaitan tidak penah jemu menyesatkan kita, nafsu pula x penah jemu bertarung untuk mengalahkan kita.
Marilah sahabat-sahabat, kita bawa perubahan, kita bawa pembaharuan, kita bawa Islam yang sebenar, kita tanam semangat jihad dalam diri, keberanian para pejuang, ketangkasan para sahabat, kefahaman para Nabi untuk kita tegakkan Islam. Percayalah sahabat-sahabat kalau itu yang kita lakukan tidak mustahil islam akan tertegak, terbela di Negara Timur insyaAllah.