TERKINI
Mail Instagram Pinterest RSS
Mega Menu
  • Anything

    These are widget areas. You can put anything you want in here.

    Mail Instagram Pinterest RSS

Jangan biarkan diri kamu di LIWAT


Alhamdulillah telah selesai satu forum yang dinanti-nantikn bagi suma mahasiswa. Seramai lebih kurang 200 orang mahasiswa dari pelbagai kampus hadir bagi memberi sokongan kepada perkara yang akan dibincangkan. Jika kita melihat keadaan mahasiswa sekarang di kampus-kampus kebanyaknnya melahirkan perasaan tidak puas hati dan perasaan membenci dengan tindak tanduk HEP yang masuk dalam mengaturkan aktiviti dan juga p’gerakan mahasiswa.

Jika kita perhatikan betol-betol, mengapa HEP terlalu sibuk sangat hendak masuk campur dalam urusan mahasiswa. Seperti contoh system e-voting. Yang mana mereka memberi alasan untuk memudahkan mahasiswa mengundi. Persoalannya sekarang sebab apa yang sibuk sangat sampai cakap kami ini susah kalau undi secara manual, ada suara mahasiswa yang cakap yang mengundi secara manual susah? Ada yang cakap undi manual ni membuang masa? Tidak ada. Habis kenapa yang sibuk sangat hendak jaga kebajikan mahasiswa ni. Bila bincang tentang zakat untuk mahasiswa ramai yang senyap. Alasan peruntukan pihak universiti sedikit.


Saya nak bagi tahu, jangan ingat mahasiswa ni macam budak tadika, kami tahu beza baik dan juga buruk. Kalau kamu hanya cakap hendak jaga kebajikan, hendak memudahkan mahasiswa, beri peruntukan untuk mahasiswa, banyak benda yang kamu boleh buat. Kami mahasiswa tidak minta sedikit pun sanjungan atau penghormatan dari kamu. Apa yang kami nak, Cuma hak kami sebagai mahasiswa dan tak perlu nak sibuk-sibuk hal mahasiswa. Kalau betol kamu bersungguh-sungguh hendak tolong mahasiswa, beri pengajian secara percuma.

Saya juga sedih sebab ada dikalangan mahasiswa yang sanggup menjadi orang suruhan HEP dan apa yang menyedihkan lagi mereka turut sama-sama “meliwat” mahasiswa. Ada persoalan yang timbul mengenai mahasiswa perlu bersatu, ya memang betul kenyataan ini. Tetapi bagaimana mungkin mahasiswa akan bersatu, sependapat, jika ada golongan yang seperti anjing-anjing yang tersepit. Bila kita tolong, dia gigit kita. Bila kita beri kepercayaan dia kianati kita, bila kita bergerak di hadapan, dia tikam kita dari belakang. Sebab itu kita perlu jelas, mahasiswa akan bersatu, bila mana tidak ada golongan yang melembukan dirinya, membiarkan hidungnya di ikat dan ditarik oleh HEP.


Ayuh anak muda, kembalilah kepada kebenaran, jangan menjual harga diri kamu terlalu murah, hingga sanggup membiarkan rakan-rakan sendiri “diliwat” hanya kerana nak kan sedikit duit poket. Kita ada harga diri, kita ada maruah, kita ada hak sebagai mahasiswa. Jangan biarkan diri kamu di kuasai pihak tersebut. Antara isu berbangkit dalam forum tersebut, iaitu mengenai e-voting. Saya nak perjelaskan di sini, mungkin pihak HEP tidak tahu mungkin, kami mahasiswa tidak minta langsung pihak HEP sibuk-sibuk fikir siang malam nak buat sesuatu supaya mahasiswa lebih mudah mengundi, katanya. Mengikut keterangan ketiga-tiga ahli panel, semua menyatakan benda yang sama, iaitu tidak setuju atau sokong langsung system ini. Perlu di ingatkan kamu boleh buat system apa pun untuk kepentingan kedudukan kamu, tetapi jangan mudah lupa, mahasiswa juga boleh buat benda yang sama, untuk menjatuhkan system tersebut.

Saya berharap pihak media menyatakan yang benar, jangan terlalu sedap menghurai kata
sehingga menyalahi fakta. Ayuh mahasiswa, kita bersama untuk menjaga kehormatan diri dan kehormatan mahasiswa itu sendiri, jangan biarkan diri kamu menjadi mangsa “liwat”. Perlu ingat kami bersuara bukan sebab kekalahan, tetapi sebab hak kami di cemari dan pergerakan kami dibatasi. Dan kami perjelaskan di sini, kami tidak perlu langsung HEP dalam kampus, kamu bukan permudah cara, tapi menyusahkan. Mansuhkan saja HEP tu, mahasiswa bukan budak-tadika, kami boleh jaga lebih baik dan jauh lebih baik dari kamu. Ayuh semua mahasiswa, PRK akan datang kita bertanding bukan atas PRO-M atau ASPIRASI, tetapi kita bertanding atas MAHASISWA vs HEP. Kembalikan hak mahasiswa. Student Power!!! Wa’Allahualam.