TERKINI
Mail Instagram Pinterest RSS
Mega Menu
  • Anything

    These are widget areas. You can put anything you want in here.

    Mail Instagram Pinterest RSS

SEMINAR KEBANGSAAN PENDAKWAH MUDA 2010 SPM’10


Alhamdulillah telah selesai perkampungan di Masjid Sultan Ismail, Pusat Islam UTM Johor selama 3 hari bermula 12mac sehingga 14 mac yang lalu. Antara Universiti yang terlibat, UTM skudai, UTMkl, KUIS, POLI Johor, UTHM, USIM dan lain2. Matlamat pogram tersebut iaitu membentuk Pendakwah Muda yang Cemerlang dan Berkemahiran dalam Dakwah Islamiah.

Setiap muslim bertanggungjawab dalam menyeru umat manusia melakukan segala suruhan Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNya. Sebagai pendakwah muda seseorang itu memerlukan kemahiran-kemahiran dan teknik-teknik tertentu dalam menyampaikan dakwah yang berkesan. Selain itu, seminar tersebut juga mengupas tentang kepentingan penjanaan ekonomi umat Islam bagi melincinkan urusan dakwah Islamiah(Jihad ekonomi).

Banyak kertas kerja yang dibentangkan, antaranya Kewajipan Berdakwah & Kepentingan Dalam Pembentukan Generasi Rabbani oleh Dr. Mohd Ismail bin Mustari. Jika kita fahami maksud Generasi Rabbani, semestinya perlukan pendidikan dan tarbiah yang hebat dalam mencapainya. Bagaimana tahap pentarbiahan yang sahabat2 Rasulullah lalui waktu memperjuangkn Islam pada masa dahulu. Sebab itu kita kena sedar kita masih terlena dengan zaman sekarang. Kita bercakap mengenai masalah social remaja, masalah murtad yang semakin tinggi. Disamping para pendakwah menyebarkan risalah kebenaran, kita lupa ada juga pihak yang sebarkan risalah kepalsuan.Ibarat tangan kanan membina, tangan kiri meruntuh. Saya ada mempersoalkan mengenai medium utama yang menyebarkan dakwah kepada masyarakat iaitu Khutbah Jumaat dan juga media, tv, radio dan sebagainya. Ramai yang x sedar akan pentingnya pendakwah menguasai medium ini. Memang benar Khutbah pastinya orang islam yang kuasai, tetapi adakah cukup sekadar membaca teks khutbah tersebut, yang setiap minggu hanya menyentuh soal-soal yang tidak menaikkan semangat masyarakat. Hanya menceritakan soal, kejiranan, penjagaan alam sekitar dn lain2. Khutbah bukan bembaca, tetapi menerangkan dan menyampaikan. Saya rasa perlu mengkaji semula bakal2 ustaz yang membaca khutbah, biar suma ada kebolehan menyampaikan dengan baik, jangan sekadar baca apa yang ditulis, hal itu sebenarnya membuatkan orang ramai tertidur.

Kembara Seorang Da’ie

Saya juga diberi kesempatan untuk bersama dalam kembara seorang da’ie iaitu kembara ke Perkampungan Orang Asli Sungai Selangi Kota Tinggi. Banyak aktivi yang dijalankan bersama penduduk Orang Asli di situ. Penduduk di situ ialah Kaum yang satu2nya di dunia ini, yang hanya seramai 80 lebih iaitu Kaum Kanak-Kanak. Di antara aktiviti yang menarik minat mereka ialah Pertandingan Mewarna & Puzzle dan juga Sukaneka Keluarga. Kami juga sempat menziarah kesemua 23 buah rumah, yang kebanyakkan mereka perempuan. Mereka juga kaum yang sangat pemalu. Sehingga puas fesi2 mengejar kesana-sini untuk menarik minat mereka join aktiviti yang dirancang.

Saya bersyukur kerana diberi peluang mengajar cara2 wuduk kepada Tok Batin, kesemua penduduk disini menganut agama Islam, tetapi penghayatannya belum cukup sempurna. Banyak perkara saya sempat berbual dengan Tok Batin, mengenai tahap pendidikan anak-anak di tempat tersebut. Mereka masih tidak mahu bersekolah, yang dihantar ke tadika hanya 2 orang katanya. Penerangan tentang Pentingnya Pelajaran juga dijelaskan kepada mereka, semoga ada perubahan nanti, insyaAllah.

Semoga pogram sebegini di usahakan lagi pada masa akan datang, dan mungkin boleh bermalam bersama penduduk Orang Asli dan merasai kehidupan mereka. Terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam pogram tersebut. Mudah-mudahan usaha ini akan mendapat ganjaran di akhirat kelak. WaAllahualam.