Golongan anti Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia(GAMIS) melebelkan GAMIS dengan pelbagai imej negatif. Mereka terikut-ikut dengan pendekatan terancang gerakan Zionis seperti yang di dalam protocol pertubuhan anti Islam itu. Matlamat mereka amat jelas. Mereka mahu mahasiswa dan masyarakat bencikan gerakan Islam, Jemaah Islam, dakwah Islam dan Deen Islam itu sendiri.
Serangan imej ini dihalakan di segenap sudut, tidak kira halal atau haram. Fitnah dan cacian sudah menjadi ucapan rasmi bagi mereka, hanya untuk melihat kejatuhan Islam dan menarik seberapa ramai ke jurang kesesatan.
“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani itu tidak sesekali akan redha (bersetuju atau suka) kepadamu (wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut millah (jalan, agama) mereka. Katakanlah (kepada mereka) : “Sesungguhnya petunjuk Allah (Islam) itulah petunjuk yang benar”. Dan sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran itu), maka Engkau tidak akan mendapat walau sedikit pun pimpinan (bimbingan) dan pertolongan daripada Allah.”
(Al-Baqarah : Ayat 120)
"Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata (tanda) kebencian mereka terhadap kamu melalui apa yang mereka tuturkan, dan apa yang disembunyikan di dalam hati mereka itu, (adalah kebencian yang) lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepadamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya."
(Ali-Imran : Ayat 118)
Saya tidak rasa sesuatu yang pelik apabila GAMIS dicerca dan dituduh dengan seribu satu macam tuduhan dan fitnah. Saya akui bahawa pemimpim dan ahli GAMIS tidak maksum. Masing-masing terdedah kepada kealpaan yang memungkinkan perlakuan kesilapan atau dosa. Saya dapati Nabi Muhammad SAW yang maksum dan dibimbing langsung oleh Allah SWT pun telah dituduh dengan pelbagai tuduhan negetif, apatah lagi kita sebagai manusia biasa.
Musyrikin Mekah juga menuduh Nabi SAW mempunyai agenda peribadi yang bersifat keduniaan. Kata Abu Walid Utbah bin Rabiah ;
“Jika apa yang kamu bawa ini, tujuannya kerana mahukan harta benda, maka kami bersedia mengumpulkan harta kami untuk di berikan kepadamu, sehingga kamu menjadi orang yang paling kaya di kalangan kita. Jika kamu mahukan pangkat, kami bersedia untuk melantik kamu menjadi ketua kami, sehingga kami tidak akan membantahmu dalam apa jua keputusanmu. Jika kamu mahu menjadi raja, kami bersedia menabalkan kamu sebagai raja kami. Jika apa yang berlaku kepadamu ini, adalah akibat rasukan yang kamu tak dapat menolaknya, kami bersedia mencari bomoh untuk mengubatimu, dan kami sanggup membelanjakan harta kami sebanyak mana pun sehingga dapat menyembuhkan kamu”
(Al-Hadith)
Dalam dialog ini, musyrikin Mekah menawarkan tiga pemberian dan satu bantuan, iaitu:
1. Harta yang banyak sehingga Nabi boleh menjadi orang yang paling kaya.
2. Pangkat yang paling tinggi dalam struktur masyarakat Mekah pada masa itu.
3. Tahta kerajaan iaitu sebagai Raja Mekah.
4. (bantuan) mencari bomoh/tabib terbaik untuk menyembuhkan kerasukan yang dialami oleh Nabi SAW (mengikut andaian musyrikin).
Di sebalik tawaran-tawaran itu, terserlah tuduhan dan penghinaan yang amat ketara terhadap Rasulullah SAW. Musuh-musuh Islam itu menuduh Nabi SAW mempunyai matlamat peribadi di sebalik seruan dakwahnya. Mereka menuduh Nabi SAW hanya memperalatkan hal-hal ketuhanan dan pengutusannya sebagai Rasul, untuk membentuk pengaruh demi mencapai cita-citanya, sama ada inginkan harta atau pangkat atau mahu jadi Raja.
Kemudian mereka mentohmahkan pula bahawa baginda Nabi SAW telah dirasuk oleh makhluk ghaib atau terkena sihir sehingga hilang kewarasan. Keadaan tidak siuman itulah yang menyebabkan Nabi SAW menyeru dan mengajarkan perkara-perkara yang berlawanan dengan kebinasaan masyarakat mereka waktu itu.
Alangkah dasyatnya persangkaan mereka. Terlalu buruk tuduhan dan tohmahan yang mereka lemparkan kepada Penghulu sekelian Nabi dan Rasul itu.
Saya tidak memusuhi siapa, saya anggap kita semua tidak lari dari kesilapan. Cuma bezanya kesilapan apa yang kita lakukan, besar atau kecil doasanya, taubat atau tidak kepada-Nya. Saya berterima kasih kepada pihak yang memberi kata-kata perangsang untuk mahasiswa tumpukan kepada pelajaran dan jangan gila politik. Cuma kita jangan sempitkan fikiran kita, dan mendefinisikan mahasiswa ini hanya perlu belajar apa yang ada dalam buku dan apa yang di ajar di bilik kuliah.
Dan perlu kita saling peringati dakwah itu diwajibkan kepada kita semua, gelaran mahasiswa tidak akan terkecuali dari golongan yang perlu menyeru kepada kebajikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah, buruk dan keji. Mana mungkin kita boleh beralasan tidak turun ke medan dakwah kerana “Saya masih mahasiswa, saya masih belajar.”
Jika benar gerakan GAMIS lari dari landasan syariat Islam. Sila tunjukan kami jalan yang betol, beri pendapat, cadangan dan sebagainya. Itu yang terbaik dan itu yang Islam ajarkan. GAMIS sentiasa terbuka dengan pandangan, idea, cadangan dan sebagainya. Jangan kita bersifat ‘asobiah. Membenarkan jika kaum kita salah dan menyalahkan kaum lain walaupun mereka betol. Perhatikan penegasan Rasulullah SAW di dalam Hadis ini :
“Orang yang menyeru kepada fahaman kebangsaan, bukanlah dari kalangan kita(bukan umat Islam), orang yang berjuang di atas dasar bangsa, bukanlah dari kalangan kita(bukan umat Islam), dan orang yang mati di atas dasar bangsa, juga bukan dari kalangan kita(bukan umat Islam).”
(Al-Hadis : riwayat Abu Daud)
Hadis ini jelas menunjukan bahawa sikap dan tindakan berasaskan semangat bangsa dengan tidak mempedulikan kebenaran dan keadilan adalah di cerca oleh Allah dan Rasul. GAMIS menyeru masyarakat untuk membantah konsert ikon gay Adam Lambert, tetapi tidak pula anda menyokongnya, malahan meninggalkan persoalan kenapa GAMIS tidak pula membantah Anwar sebagai pemimpin GAY(mengikut andaian anda). Kita turun untuk beri kesedaran pada masyarakat GALAS tentang kewajipan mengundi dan memilih pemimpin terbaik di anggap salah malah difitnah menjadi orang suruhan PAS. Tetapi bila GAMIS turun untuk bantu masyarakat Kedah yang di timpa bencana banjir tempoh hari tidak pula anda menyokongnya. Saya bukan nak mengunkit, cuma nak kita semua bersikap adil dan jangan sesekali menzalimi sesama kita. Marilah kita bersama untuk sebarkan kebenaran dan keadilan.
Saya mengingatkan kepada semua ahli GAMIS dan mahasiswa Islam khususnya supaya sedar bahawa perjuangan yang kita dokong ini tidak sedikit cabarannya yang terpaksa kita hadapi sama ada daripada luar ataupun dalam yang memerlukan setiap individu dikalangan kita memiliki kekuatan dalaman yang kental supaya kita tidak tewas, supaya kita tidak kalah apabila kita berdepan dengan cabaran-cabaran yang dihadapkan kepada kita.
Cercaan, fitnah dan cacian itu bukan cabaran yang besar bagi kita, bahkan musuh-musuh yang datang dari segenap sudut dengan segala perancangan untuk menggagalkan hasrat kita menyebarkan risalah Islam bukan menjadi cabaran yang besar bagi kita. Cabaran yang paling besar datang dari kelemahan diri kita sendiri. Lemah dari segi akhidah, lemah dari segi fikrah, lemah dari segi sahsiah menyebabkan kita akan gagal untuk mencapai matlamat yang kita sasarkan selama ini, iaitu untuk mendaulatkan syariat Allah di atas tanah air kita.
“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau seru itu), dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Dia(Allah) lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lebih mengetahui (siapakah) golongan yang mendapat petunjuk.”
(An-Nahl :125)
WaAllahualam.