Pagi itu sungguh indah sekali. Terasa damai hati menghirup udara pagi di desa ini. Subhanallah… aku memuji keagungan ciptaan-Mu Ya Rabb. Desa Sri Idaman ini hasil cetusan idea arwah datuk. Datuk bercadang ingin menaik taraf desa ini dan menjadi tempat peranginan bagi pengunjung yang inginkan ketenangan desa. Dan akhirnya tercapai juga hasrat datuk. Sudah dekat 20 tahun aku di sini, di sini aku dilahirkan, di sini aku membesar. Seronok sekali membesar dengan keindahan alam yang tiada tolok bandingnya kerana ciptaan Allah itu indah dan tiada siapa yang mampu menandinginya.
Aku menyusuri anak sungai di belakang chalet. Ku bawa bersama diari kesayanganku. Ke mana sahaja aku pergi, pasti diari ini ada bersama. Aku suka menulis. Apa sahaja yang aku lihat di sekelilingku, pasti ku kan mencoretkannya kerana ia merupakan sebuah pengalaman dalam melayari sebuah kehidupan. Aku punya impian untuk bergelar seorang penulis Islam yang berjaya. Tapi entah boleh atau tidak untuk gapai cita-cita itu.
Aku duduk di atas sebuah batu di tebing sungai. Ku pejam mata rapat-rapat. Terasa damai dan ketenangan menusuk ke kalbuku. Allah… besarnya nikmat-Mu ini. Tiba-tiba ku rasakan kepalaku sakit, berdenyut-denyut. Peristiwa itu kembali menghantuiku. Arghh…pergi….! Pergi….!
*****
“Abah… ummi, esok keputusan SPM keluar. Abah ngan ummi boleh teman Fika ambik keputusan tak?” aku bertanya sekalipun aku tahu abah sibuk dengan tugasnya.
“Ya ka Fika… hmmm, abah kerja, esok ada mesyuarat pula pasal projek di Kundasang…. Fika tak kisah kan kalau Fika pergi sendiri ambik result?” abah menduga reaksiku.
Sudah ku jangka jawapan dari abah. Tugas sebagai seorang warga korporat yang sedang merintis kejayaan membuatkan abah semakin sibuk.Kadang-kadang terpaksa menghabiskan masanya berbulan-bulan di luar negara. Keinginanku untuk bermesra dengan abah membuak-buak. Rindu akan perhatian abah suatu ketika dahulu. Rindu akan gelak tawa abah ketika itu.Rindu akan pelukan seorang ayah buat anaknya. Tambahan pula aku anak bongsu. Tiada kakak, tiada abang dan adik-adik yang mampu menggembirakan hatiku.
“Hmmm….tak pa la abah, Fika pergi sendiri ya. Fika faham abah sibuk… tapi kalau abah dah selesai dengan tugas abah, boleh tak abah cuba datang juga?Fika nak berkongsi suka duka result SPM Fika dengan abah dengan ummi? Please…. Tolong kata “yes”…?
Aku sudah melutut di hadapan abah. Abah memandang ummi. Ummi sekadar menggangguk dan tersenyum dengan celotehku. Abah melepaskan keluhan kecil. Dan akhirnya tersenyum. Aku berkira, abah akan katakan “ya”. Akhirnya…. Abah menggangguk lantas menepuk-nepuk bahuku. Aku melonjak kegirangan. Lantas ku peluk abah dan ummi. Suasana ceria kembali menghiasi segenap ruang setelah sekian lama hilai tawa tidak kedengaran.
*****
“Selamat pagi ummi… ummi masak apa pagi ni? Sedapnya bau…” aku memeluk ummi seerat-eratnya.
“Selamat pagi…huih, terkejut ummi Fika. Nak kena budak ni? Nasib baik ummi tak ada sakit jantung tau…” ummi mengurut-urut dadanya dan beristigfar panjang. Terasa bersalah pula membuatkan ummi terkejut.
“Alamak…sorry ummi, Fika tak sengaja. Maafkan Fika ya… terlampau excited la nak ambik result hari ni…hehe” aku tersenyum.
“Ya la…ni, ummi masak nasi goreng special buat Fika….” Emak menarik tanganku ke meja makan dan melayanku seperti bidadari. Wah, seronoknya. Terasa disayangi. Terasa akulah yang paling gembira tika ini.
“Ummi…abah mana? Tak nampak pun?” Aku memandang ummi penuh tanda tanya. Ummi berhenti membasuh pinggan. Lantas berpaling memandangku. Ummi tersenyum. Aku menjadi hairan.
“Abah pergi kerja awal hari ini…. Sebab, abah nak minta balik awal untuk pergi tengok Fika kejap lagi. Pastikan Fika passed with flying colours in SPM examination ya!”
“Wah… I’m so happy! Ya…Fika akan pastikan. I want to continue my study at Oxford University… it was your dreams too…oklah ummi, Fika pergi sekolah dulu ya. Sayang ummi….”
Aku bangun dari meja makan dan bersalam dengan ummi dan mencium kedua belah pipi ummi yang mulus.
Ketika aku sudah sampai di muka pintu. Ibu memanggilku kembali. Aku kehairanan. Ibu memelukku seerat-eratnya. Kenapa ni? Ibu membisikkan sesuatu ke telingaku… “I love you every beat of my heart my dear….” Terasa ada air mata jernih yang membasahi pipiku. Ummi mencium kedua belah pipiku. Terasa sayunya saat itu. Aku rasakan ada kelainan. Satu perasaan muncul. Aku tepisnya kerana biarlah aku merasai kehangatan pelukan ummi ini buat pembakar semangat untuk mengambil result nanti. Ummi melepaskan aku pergi. Aku melambaikan tangan dan tersenyum pada ummi.
*****
Jam sudah menunjukkan pukul 9.00 pagi. Dewan sekolah sudah dipenuhi oleh pelajar dan waris masing-masing. Seronok betul tengok diorang dating bertemankan waris. Sedihnya hati ni. Tapi aku cepat-cepat melemparkan perasaan itu jauh-jauh. Abah dan ummi kan dah janji nak datang. Aku kena tunggu diorang…. Desis hati kecilku sambil menguntum senyuman.
“Hei…Fika, apa senyum sorang-sorang ni?” Jannah menepuk bahuku.
“Ish,,,,terkejut ja tau… alar, biar la orang nak senyum ka apa ka… kalut ja” Aku mencebik.
“Ya la…eh,enti takut tak nak ambik result ni? Ana takut la….”
“Huih…takut la. Kalau dapat sikit ja A…malu tu… tapi kalau dah dapat sikit tapi kita dah usaha tak pa la, mungkin Allah nak uji kita.. kalau Allah bagi kita dapat banyak A pastu kita riak pula, bahaya tu….” Aku sekadar tersenyum kepadanya.
“Ya la Fika…kenapa la kita ni selalu sahaja tak bersyukur kan? Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni kan… eh, cikgu dah umum tu. Jom kita gi sana…” Jannah menarik tanganku. Aku hanya menurut.
Bismillahhirrahmanirrahim… insyaallah hari ini cikgu akan umumkan terlebih dahulu nama-nama pelajar yang cemerlang dalam SPM 2010. Alhamdulillah seramai 7 orang telah mendapat 11A 1 dalam SPM kali ini. Tahniah cikgu ucapkan. Nama-nama pelajar yang cemerlang ialah….
Mohd Alif Hakimi bin Hisyam
Umair bin Hafiz
Siti Khadijah bin Abu Bakar
Lina Izati binti Izat
Mohd Akram bin Zubair
Munirah binti Talib
“Ya Allah…kenapa nama aku tak da ni? Moga-moga nama aku yang terkahir… ya Allah, bagilah namaku yang terakhir….makbulkanlah doaku ya Allah….” Aku memejam mata rapat-rapat sambil mulutku terkumat kamit membaca doa.
Dan yang terakhir…..
Nur Hanis Afiqah binti Amran….
“Ha,,,,betul ka ni? Nama ana yang disebut?” aku bertanya kepada Jannah. Jannah menggangguk mengiakan. Benarlah namaku yang terkahir disebut. Syukur ya Allah… Alhamdulillah, Kau kurniakan aku nikmat ini. Tidak sabar rasanya untuk khabarkan berita ini kepada abah dan ummi. Akhirnya cita-cita ku tercapai jua. Impian abah dan ummi untuk lihatku Berjaya terlaksana jua. Terima kasih Ya Allah….
Sahabat-sahabat dan guru-guru mengucapkan tahniah kepadaku. Aku tersenyum puas. Puas dengan segala usaha yang aku lakukan selama ini. Tidak sia-sia. Janji Allah itu pasti! Siapa yang berusaha dia pasti berjaya! Mataku liar mencari kelibat abah dan ummi. Kenapa tak datang lagi ni? Keluh hatiku.
“Assalamualaikum…. Abah, katna ni?..”
“Waalaikummussalam… abah baru keluar rumah. Maaf ya, lambat sikit. Abah cuba sampai cepat ya sayang… anak abah ni dapat berapa A?”
“Oh ok… mana boleh kasi tau lagi. Nanti tak surprise la. Fika nak tunggu abah dan ummi datang dulu, baru Fika kasi tau…”
“Ya la…ok, Fika tunggu abah dan ummi ya… Ika tunggu tau!”
“Ya…Fika tunggu la abah…”
“Mana tahu abah dan ummi pula yang tunggu Fika datang…”
“Kenapa pula….?”
“Tak da pa…saja. Oklah, tunggu ya, abah cuba datang cepat. Assalamualaikum…”
“Ok…waalaikummussalam..”
Abah menghentikan perbualan kami. Aku hairan dengan tutur bicara abah.“Mana tahu abah dan ummi pula yang tunggu Fika…” ganjilnya ayat ni. Aku hanya menggeleng-gelengkan kepalaku. Ada-ada sahaja abah ni. Suka buat lawak. Monolog hati kecilku.
Sekolah semakin lenggang. Para pelajar dan waris sudah beransur pulang. Aku pula belum ada tanda-tanda mahu pulang. Sudah agak sejam aku menunggu abah dan ummi di hadapan dewan. Tapi kelibat mereka masih belum kelihatan. Hatiku gusar. Sudah berkali-kali aku cuba menelefon abah. Tapi tidak dapat. Telefon bimbit ummi pun sama. Kenapa ni? Hatiku menjadi tak keruan. Perasaan aneh itu kembali menyelebungi diriku.
“Hai…Fika, kenapa tak balik lagi ni?” Cikgu Diana bertanya kepadaku kehairanan.
“Fika tunggu abah ngan ummi. Diorang kata diorang dah dekat nak sampai. Tapi dah dekat sejam Fika tunggu ni. Tak datang pun lagi. Naik risau Fika cikgu…”
“Oh…diorang nak buat surprise kot kat Fika. Hmmm…Fika still nak tunggu or biar cikgu tolong hantarkan?”
“Maybe…tak pa la cikgu, Fika nak tunggu abah ngan ummi. Mungkin dah dekat dah tu…”
“Oklah kalau Fika cakap macam tu. Cikgu balik dulu ya. Lupa pula… tahniah ya Fika sebab Berjaya dalam 11 A1…”
“Ya cikgu…terima kasih…”
“Sama-sama…”
Selang beberapa minit. Ada sebuah kereta Honda masuk ke dalam kawasan sekolah. Aku macam pernah lihat kereta tu sebelum. Ketika pemandunya menampakkan dirinya, barulah aku tahu, Pak Teh Adam. Kenapa Pak Teh boleh datang sini ni?
“Fika…jom ikut Pak Teh…”
“La…kenapa pula Fika ikut kena ikut Pak Teh ni? Fika nak tunggu abah ngan ummi la…”
“Abah ngan ummi suruh Pak Teh ambil Fika. Diorang ada buat surprise untuk Fika…”
“Betul ka ni? Seronoknya… oklah jom”
“Maafkan Pak Teh Fika. Pak Teh terpaksa berbohong…”
Kereta Honda kelabu ini sedang memasuki kawasan perumahan tempat tinggalku. Aku jadi hairan. Kata abah ngan ummi buat surprise. Takkan buat kat rumah ja kot. Entah-entah abah ngan ummi tak da niat pun nak pergi tengok ambik result. Sedihnya,abah dah janji nak datang tapi tengok-tengok orang lain yang datang…. Mukaku masam mencuka. Tawar hatiku dengan tindakan abah dan ummi.
Kediaman rumahku penuh dengan kereta. Ramainya orang, getus hatiku. Abah buat kenduri ka? Seronoknya…
Aku berlari-lari anak masuk ke dalam rumah. Aku menjerit memanggil nama abah dan ummi…
“Abah..ummi….Fika dah balik…Fika dapat…..”
Aku terkejut. Terkesima untuk seketika. Kenapa bau kemenyan dalam rumah aku ni? Kenapa semua baca yassin ni? Kenapa ada orang sedang siapkan kain kafan ni? Sapa yang mati ni?
“Pak Teh sapa yang mati ni?” aku bertanya penuh kehairanan. Pak Teh diam seribu bahasa. Dia hanya menundukkan pandangannya dengan wajah yang sugul. Aku hairan.
“Abah ngan ummi mana…?” aku bertanya. Tetapi tiada jawapan.
Perasaan aneh itu kembali menyelebungi diriku. Aku terpandang dua kujur tubuh yang terbaring kaku. Jiwaku bergetar. Hatiku berdebar. Ibu saudaraku datang memelukku lantas menangis. Aku hairan. Kenapa ni? Aku melangkah longlai menuju ke arah tubuh tersebut yang ditutupi kain berwarna putih. Lemah aku melangkah. Ada getaran di jiwaku. Dengan teragak-agak, dengan rasa gementar yang teramat sangat, aku tarik kain yang menutupi tubuh tersebut.
Aku jatuh terjelepok di situ juga. Terasa lemah urat sendiku. Aku meraung sekuat hati. Abah….Ummi….aku peluk abah dan ummi. Benarlah kata abah, abah dan ummi yang menunggu kepulanganku.
“Abah…ummi, bangun la! Fika dah balik ni… Fika dapat 11 A1, Fika pelajar cemerlang sekolah. Abah, ummi….kenapa ni? Kenapa tinggalkan Fika…. Fika tak da sapa di muka bumi ni,,,,jangan tinggalkan Fika…”
Aku menggoncang tubuh abah dan ummi. Ibu saudaraku cuba menarik ku. Aku seakan-akan tidak percaya semua ini. Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Ummi…ummi cakap ummi sayang Fika every beat of your heart…tapi kenapa Ummi nak tinggalkan Fika. Bangunlah ummi….Fika rindu kat ummi. aku memeluk tubuh ummi yang kaku. Tiba-tiba, ku rasakan kepalaku begitu sakit sekali. Semuanya kabur. Pandanganku menjadi kelam. Aku berdiri tetapi aku jatuh kembali. Kedengaranku namaku dipanggil. Tetapi ku sudah tidak mengerti apa yang terjadi.
*****
“Sayang… buat apa kat sini?” ada usapan lembut singgah di bahuku. Aku tersedar.
“Oh..abang, Fika saja duduk kat sini, tenangkan fikiran. Tapi, tetiba ja kepala ni sakit….”
“Sayang makan ubat tak lagi? Jangan cakap kat abang, Fika masih kenangkan peristiwa lama tu. Nanti murung lagi…”
Aku menggeleng, walaupun hakikatnya aku sememangnya senantiasa mengingati peristiwa itu. Walaupun aku cuba untuk menghilangkannya. Ia tetap bermain di benak fikiranku. Manakan bisa aku melupakan peristiwa yang meragut nyawa kedua ibu bapaku. Abah dan ummi kemalangan tika dalam perjalanan ke sekolahku. Aku rasa bersalah kerana aku yang terlalu memaksa abah untuk datang hingga menyebabkan abah membawa kereta selaju mungkin. Sejak kematian abah dan ummi, aku mengalami kemurungan yang begitu teruk.
Akhirnya, bapa saudaraku dan ibu saudaraku bersepakat untuk membiarkan aku ditahan di hospital atas tujuan untuk memulihkan semangatku dengan mendapat rawatan psikologi. Hampir 3 bulan aku di sana, Alhamdulillah aku pulih kembali tetapi aku disarankan supaya tidak terlalu membebankan fikiranku memikirkan benda yang tidak sepatutnya. Di situlah aku bertemu dengan seseorang yang akhirnya menjadi suamiku.
Dr. Ikram Zuhdi, lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, bukan sahaja seorang doctor, malah boleh juga berbicara mengenai hal ehwal agama kerana dia seorang tahfiz al quran lulusan Darul Quran. Dia yang merawatku sepanjang aku berada di hospital. Terapi al quran juga diterapkan kepadaku. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mengkhitbahku. Dan akhirnya aku setuju. Kerana Allah semata.
“Abang nak tahu tak… Fika bertuah sangat dapat abang…”
“Ya ka….kenapa erk?”
“Ya la….abang boleh rawat Fika… pastu boleh juga tunjuk ajar Fika bab agama. Fika ni takat kat maahad ja belajar agama. Pastu jadi macam ni, nak sambung belajar pun tak boleh… nasib baik ada abang yang boleh ajarkan… kan?”
“Hmmm…tak pa la, ni ketentuan Allah. Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Sayang kena ingat tu…. Kalau Fika tak sakit dan dirawat di hospital, entah-entah kita pun tak bertemu kan? Indahnya percaturan Allah ni….”
“A’a la kan….Allah dah atur baik-baik buat hamba-Nya. Syukur sangat…”
Desa ini menjadi saksi putik percintaan kami kerana-Mu Ya Allah. Sekalipun aku sudah kehilangan abah dan ummi. Namun, Allah hadiahkan aku dengan kehadiran insan yang Berjaya mengubah hidupku. Syukur pada-Mu ya Allah di atas nikmat yang tidak terhingga ini. Sedarlah aku, Engkau mengetahui setiap apa yang terlintas di benak hati hamba-Mu, jika kami kesedihan sudah pasti Engkau akan hadirkan kegembiraan.
Ya Allah….
Ketika semangatku hampir padam…
Tika aku hampir berputus asa…
Engkau hadirkan kepadaku…
Kegembiraan yang tidak ku sangka…
Ketenangan yang belum pernah ku kecapi….
Dengan sekali lafaz sakinah…
Aku kini menjadi miliku..
Bergenang air mataku…
Tidak ku sangka aku akan kecapi nikmat ini…
Jika sebelum ini…
Ku rasakan dunia ini gelap gelita…
Tiada harapan untukku lagi…
Rupa-rupanya Engkau ingin memberikan aku cahaya…
Desa ini menjadi saksi…
Putik percintaan antara dunia insan..
Ikram Zuhdi sebagai imamnya…
Nur Hanis Afiqah sebagai makmumnya…
Berkasih sayang kerana-Mu Ilahi…
Syukur…
Syukur…
Pada-MU Ilahi…..
Coretan hatiku iman,
serikandiumar93
28 November 2010