TERKINI
Mail Instagram Pinterest RSS
Mega Menu
  • Anything

    These are widget areas. You can put anything you want in here.

    Mail Instagram Pinterest RSS

Lafaz Sakinah : Bukti Kesempurnaan Islam

Indahnya Islam : Selamat dari unsur Rahbaniyyah

Islam melarang zina, percampuran bebas antara lelaki dan wanita, dan hubungan di antara lelaki dan wanita tanpa ikatan. Manusia dilahirkan secara fitrah, berkehendak kepada pasangan. Justeru, pensyariatan perkahwinan menjadi bukti kesempurnaan agama suci ini. Tiada ketidak adilan yang berlaku, seperti yang ada pada agama Kristian dan yang lain, melarang para rahib untuk berkahwin. Unsur “Rahbaniyyah” ini atau boleh diertikan sebagai tidak berkahwin untuk beribadah semata-mata adalah satu bentuk kezaliman yang dahsyat.

Firman Allah SWT :

Dan di antara tanda-tanda(kebesaranNya) ialah Dia menjadikan pasangan-pasangan untukmu dari dirimu sendiri, agar kamu cenderung ke arah mereka dan merasa tenteram dengannya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang“ Surah Ar-Rum, ayat : 21

Dr Abdullah Nasih Ulwan ada menyebut antara keburukan dan masalah hasil dari unsur “Rahbaniyyah” :

1. Bahaya dari sudut kesihatan :

Kesan buruk “Rahbaniyyah” ini akan menatijahkan zina yang berleluasa. Ini kerana, bilamana fitrah tidak disalurkan ke jalan yang betul, hasilnya penzinaan akan mengisi ruang fitrah yang sepatutnya disinari dengan akad yang suci dan halal. Kesannya, masyarakat akan hidup dalam huru-hara, keturunan dan nasab akan bercampur.

2. Bahaya dari sudut Ekonomi :

* Istilah ‘bujang seumur hidup’ memberi kesan yang amat buruk kepada lemahnya jasmani, fikiran dan akhlak. Ini mengakibatkan kurang penghasilan dari sudut tenaga untuk memberi kemajuan kepada masyarakat.

* Kurang hasil pengeluaran yang berkualiti. Disebabkan lemahnya jiwa, akal dan jasmani, maka ini akan memberi kesan kepada penghasilan dalam pekerjaan.


Akad bukti ubudiyyah :

Lafaz nikah menjadi satu bukti ibadah seorang hamba kepada Khaliqnya. Akad suci ini bukan hanya membawa kepada pertemuan dua jiwa, bahkan satu persembahan ibadah yang cukup indah kepada Yang Mencipta Cinta. Malah, dengan lafaz nikah itu, maka tertunailah sebahagian ibadah seseorang hamba Allah. Segala tugas si isteri dari memasak, mengemas, melayan suami dan menguruskan rumah tangga menjadi ibadah yang tidak ternilai.

Pengorbanan mulia mengandungkan, melahirkan dan mendidik dengan sabar si anak merupakan saham dan pelaburan yang amat tinggi bagi si isteri. Manakala, tugas memimpin, menafkah dan melindungi keluarga merupakan ibadah yang besar di sisi Islam. Usaha dan gandingan suami isteri untuk membentuk keluarga Islam atau “ Bait Muslim” merupakan tuntutan yang diharapkan Islam bagi memudahkan proses pembinaan sesebuah Negara Islam.

Inilah ubudiyyah dan pengabdian yang dikehendaki Islam dari akad yang suci ini. Bukan hanya matlamat untuk diri sendiri sahaja, bahkan matlamatnya adalah untuk kehidupan masyarakat yang harmoni.

Kesejahteraan dan kesihatan terjamin :

Dr Abdullah Nasih Ulwan dalam karangan beliau ada menyebut di antara hikmah perkahwinan adalah saling bantu-membantu antara suami isteri dalam membina keluarga yang diredhaiNya. Bahkan, dengan lafaz suci ini juga Berjaya menyelamatkan ummat dari pelbagai penyakit, antaranya :

1. Penyakit Genorea : Ini adalah akibat dari perbuatan zina, yang mana kesannya cukup buruk kepada penglihatan kepada bayi yang dikandung, yang bakal berhadapan dengan penyakit buta.

2. Penyakit Sifilis : Ini juga merupakan salah satu penyakit hasil dari zina dan hubungan yang tidak sihat.

3. Penyakit kematangan awal : Ini kesan dari gejala seksual sebelum tempoh kematangan sebenar. Maka, banyak penyakit yang akan berlaku.

Jelaslah, jalan-jalan yang dilarang Islam bukan sahaja memberi keburukan dari sudut pembentukan akhlak, bahkan memberi kesan buruk kepada kesihatan jasmani. Islam adalah jalan penyelesaian. Semua akan selamat, bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat.