TERKINI
Mail Instagram Pinterest RSS
Mega Menu
  • Anything

    These are widget areas. You can put anything you want in here.

    Mail Instagram Pinterest RSS

Belajar apa yang tidak ada dalam buku dan bilik kuliah

28 Januari yang penuh makna. Selesai ja kuliah, ana terus ke masjid Putra Jaya, kelas habis jam 12 tengahari, dalam hati (masih sempat nie solat jumaat di masjid Putra). Alhamdulillah kutbah yang menarik yang di sampaikan, iaitu tentang saat kematian.

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Ali Imran : 185)


Habis je solat jumaat, ana terus ke bangunan KPT untuk sertai Piket Pro-M Nasional iaitu mengumpulkan beberapa pimpinan mahasiswa dari beberapa front mahasiswa di seluruh Malaysia termasuklah dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA), Pro-Mahasiswa (Pro-M) dari beberapa kampus sekitar Lembah Klang.

Slot bersama media, selepas memorandum di hantar

Himpunan yang disertai lebih kurang 30 mahasiswa bertujuan menghantar satu deligasi yang terdiri daripada beberapa pimpinan mahasiswa untuk menyerahkan memorandum tuntutan mahasiswa kepada Menteri Pengajian Tinggi; Dato’ Seri Khaled Nordin.

Memorandum berkenaan antaranya menuntut KPT memastikan proses pilihan raya kampus berjalan secara bersih, penubuhan Suruhanjaya Pilihan Raya di peringkat mahasiswa dan mewujudkan badan bebas untuk memantau proses pilihanraya di setiap kampus seluruh negara.

Bersama front-front mahasiswa di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Habis dari himpunan mahasiswa di KPT, pada jam 4 petang ana terus ke program Mahasiswa di Hati Masyarakat bertujuan untuk mendekati masyarakat sempena dengan cuti tahun baru cina.

Sesi pertama berlangsung di Pusat Perubatan UKM di Cheras, sukarelawan GAMIS yang diwakili dari pelbagai kampus seluruh Malaysia hadir dalam usaha menjayakan program kali ini. Alhamdulillah kehadiran GAMIS disambut baik oleh pesakit-pesakit dan juga kakitangan yang bertugas.

Bersama seorang pesakit, sempat beramah mesra...kata pakcik " Alhamdulillah sakit nie buat kita lebih dekat dengan Allah"

Salah satu hak seorang muslim terhadap muslim yang lain ialah ziarah ketika sakit. Ziarah bukan sahaja dapat kurangkan bebanan pesakit, tetapi juga dapat memperingati diri kita dan bersyukur kerana diberikan kesihatan yang baik. Yang mana ramai yang tidak hargai sihat jika dia tidak merasai sakit.

Bersama YDP Persatuan Fakulti Perubatan UKM (PERSIAP)...di perpustakaan PPUKM.

Banyak pelajaran yang ana dapat bila bersama-sama dengan pesakit-pesakit di sini. Ana agak terharu bila hulurkan buah limau kepada seorang mak cik, dia terima dengan linangan air mata..."katanya terima kasih nak". Katanya lagi, "jagalah kesihatan tu, sementara masih muda". Dan ada juga seorang pakcik yang di serang stroke. Apa yang ana kagum ialah, dia masih boleh menjaga solatnya, walaupun tidak terdaya seperti kita, hanya menggunakan isyarat mata...masyaAllah. Nikmatnya Islam itu jika kita memahaminya.

Bersama sukarelawan Dakwah GAMIS, semoga Allah merahmati usaha-usaha antum/na semua...insyaAllah

Selesai program ziarah pesakit-pesakit di Pusat Perubatan UKM, kali ini ana tidak berseorang lagi boring di jalanan. Selepas maghrib ana bersama sahabat-sahabat berkonvoi ke Hentian Bas Putra. Bukan balik kampung yer tapi untuk bertemu dengan penumpang dan juga pemandu bas. Dalam hati memang jeles jer tengok budak-budak UTM pun ada yang ngah tunggu bas...balik Kota Bharu katanya. Jawab ku pula entah la...bila di tanya semula.."bila balik?"


Bersama beberapa lagi pimpinan GAMIS pusat dan juga ahli sekitar kampus lembah kelang untuk mengedar risalah berkaitan dengan peringatan tentang keselamatan, berhati-hati memandu, penjagaan solat dan juga doa-doa keselamatan sepanjang perjalanan pulang ke halaman kampung masing-masing.

Di hentian Bas Putra..bersama sahabat UKMKL..Ust Amin..Slot bahas risalah..hehe

Sepanjang program, ramai yang agak kehairanan melihat kehadiran kami..tanya seorang pak cik "kamu nie mahasiswa ya? bagus kamu semua ya...belajar-belajar juga, jumpa masyarakat macam nie satu kelebihan pada kamu semua. Belajar apa yang tak ada dalam kuliah kan.."wajahnya ketawa kecil. Banyak yang beri respon positif, ada yang minta tolong nak edarkan sekali risalah yang ada.." boleh saya tolong edar sekali, bas saya lewat lagi abang.." katanya.

Bersama Timbalan Presiden GAMIS pusat, Ust Zaki..dua tin Nescafe dia sembunyikan..tak tengok pengarah program lagi yang bawa beg besar semasa program...hehe (isi nescafe n buah limau)

Edaran air tin Nescafe juga di lakukan, iaitu diberikan kepada pemandu-pemandu bas. Gamis memandang serius kes-kes kemalangan yang melibatkan bas-bas expres. Ini antara usaha yang mampu kami lakukan, iaitu beri kesedaran dan dalam masa yang sama selitkan unsur dakwah, iaitu peringatan tentang solat dan juga doa-doa sepanjang perjalanan.

Dalam banyak-banyak, Ust Zaki yang paling bergaya..haha. siap buat logo GAMIS lagi...

Alhamdulillah, semoga usaha yang kita semua lakukan mendapat ganjaran dari Allah, dan kita harapkan program-program bersama masyarakat seperti ini mendapat sambutan lagi pada masa-masa akan datang. Program tamat pada jam 11 malam, ingat nak bagi pemandu ja tidak mengantuk, tapi sekali ngan ana x boleh tidur...apa taknya dua tin Nescafe di telan..haha.( yang lebih-lebih ja)

Tahniah kepada semua sahabat yang terlibat dalam menjayakan program dakwah kita pada kali ini. GAMIS sentiasa bersama mahasiswa dan masyarakat.

"Merakyatkan Gerakan, Memaknakan Mahasiswa"