Semasa alam kanak-kanak, sering kali ditakut-takutkan dengan binatang yang bernama sesumpah, sumpah-sumpit atau pokke (gecko). Katanya, boleh kena sumpah siapa yang terjumpa. Takut yang bukan lagi kepalang bila ada orang tua-tua kata dia boleh celapak di belakang tengkok, bila jumpa beremang juga bulu tengkok dik gerun melihat rupanya. Melihatkan kepada rupabentuk dan muka dia sahaja pun sudah cukup mengelikan, sekiranya terjumpa atau terserempak, alahai... lalu angkat kaki pecut entah berapa kilometer sejam tanpa di duga kelajuannya. Itu berlaku di zaman kanak-kanak.
Kini binatang sesumpah ini telah menjadi binatang peliharaan atau animal pet. Yang menarik pula ianya dipelihara di dalam rumah.
Angkat sumpah
Semua dokumen yang hendak diperakui dikehendaki mendapatkan tandatangan dan cop pesuruhjaya sumpah. Dan ianya dikenakan bayaran untuk setiap tandatangan dan perakuan sumpah. Jadi, semua dokumen menjadi rasmi dan boleh dijadikan bukti penerimaan tanpa banyak persoalan dan boleh dibawa ke Mahkamah sekiranya terjadi perkara yang tidak sah di sisi undang-undang.
Justeru, kegunaan sumpah ini hanya dijadikan sebagai syarat-syarat dan tindakan terakhir untuk memperakui sesuatu perkara.
Sumpah
Begitu juga halnya dengan bersumpah. Di alam kanak-kanak, bersumpah adalah jalan untuk menyelamatkan diri. Bila-bila masa sahaja boleh bersumpah walaupun selepas itu buat lagi.
Perkataan sumpah yang digunakan pun bukanlah perkataan Wallahi, Wabillahi, Watallahi, tetapi hanya ucapan 'sumpah' sahaja. Aku bersumpah kalau tak percaya... Malah ketika itu juga sumpah hanya mainan di mulut dan ringan sahaj untuk melafazkannya. Apakan daya kerana kanak-kanak ketika itu, tidak tahu akibat sumpah dan hanya tahu sumpah hanya boleh menyelamatkan diri sahaja.
Dikalangan masyarakat Arab, lafaz sumpah seperti Wallahi menjadi sebutan biasa apabila bercakap, malah berulang-ulang kali disebutnya. Wallahi, ya akhi... Perkataan ini disertakan untuk menyatakan ketegasan di dalam sesuatu ucapan percakapan.
Isu sumpah
Saya agak gusar untuk memberikan pandangan tentang isu sumpah laknat yang menjadi-jadi sekarang ini di Malaysia. Saya bukanlah mahir dalam isu sumpah-menyumpah ini. Muak sangat untuk melayan cerita sumpah 'keanak-anakan' sebegini yang telah menjadi bahan mainan dan senda gurauan bagi mereka yang berkepentingan. Sama ada berkepentingan politik, business atau untuk menjatuhkan seseorang dengan niat jahat dan aib.
Sedangkan sumpah laknat itu adalah jalan akhir untuk menyatakan sesuatu pendirian dan pegangan kerana kalimah itu adalah kalimah suci dan hanif Allah Taala.
(Dan janganlah kamu jadikan nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertakwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa mengetahui. Al-Baqarah [2:224]
Keberanian mereka bermain dengan lafaz sumpah ini, telah banyak mempersendakan Rahman dan Rahim Allah Taala secara terang-terangan. Yang lebih celaka lagi apabila kita mengetahui mereka yang bersumpah itu memang benar-benar melakukan banyak maksiat secara terang-terangan kepada Allah Taala. Berlakon dan beraksi di dalam video lucah secara terbuka, aib dan berani, menayang dan menyebarkan untuk tontonan umum tanpa ada rasa bersalah walaupun ada akta yang telah menlarang dan mengharamkan perbuatan tersebut.
Allah tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah kamu yang tidak dimaksudkan (untuk bersumpah), tetapi Dia mengira kamu bersalah (dan akan mengenakan hukuman) dengan sebab sumpah yang diusahakan (disengajakan) oleh hati kamu (dengan niat bersumpah) dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar. Al-Baqarah [2:225]
Perbuatan mereka ini, dengan niat untuk menjatuhkan maruah dan menfitnah orang lain melakukan perkara terkutuk disebalik aksi dan kelakuan mereka sendiri yang jelas terpapar secara terang-terangan dengan menuduh yang bukan-bukan kepada orang lain, seolahnya mereka berkuasa melakukan sekehendak hati tanpa memikirkan musibah di masa akan datang. Musibah kepada kesucian agama Islam, kepada generasi muda yang sepatutnya menjadi tunggak kekuatan negara dan bangsa dan keharmonian pentadbiran negara tercinta.
Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah), sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai Penjamin kebaikan kamu; sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang kamu lakukan. An-Nahl [16:91]
Sebagai orang Islam yang memiliki peradaban Melayu sepatutnya merasa malu dengan bangsa lain yang menjadi pemerhati diatas kelakuan kurang bijak dan menjelikkan.
Apakah sudah ketandusan idea fitnah lain untuk menjatuhkan orang lain selain melibatkan zina dan sex yang jelas merupakan kemarahan Allah Taala. Kemudian menyuruh pula orang yang tertuduh untuk bersumpah untuk menafikan perbuatan terkutuk dari episod yang mereka lakon dan lakukan.
Kalaulah yang bersumpah laknat itu seorang yang telah melakukan zina dan segala bentuk amalan haram dan dengan terang-terang melakukannya sehingga sedikit pun tidak takut kepada kemurkaan Allah Taala, inikan pula untuk bersumpah.
Manusia apakah mereka ini?...
Dan janganlah kamu jadikan sumpah kamu sebagai tipu daya sesama kamu kerana dengan yang demikian itu akan menyebabkan tergelincir kaki kamu sesudah ia tetap teguh (di atas jalan yang benar) dan kamu pula akan merasai balasan buruk (di dunia) dengan sebab kamu menghalangi manusia dari jalan Allah dan bagi kamu juga disediakan azab yang besar (di akhirat kelak). An-Nahl [16:94]
Agenda
Jadi, kita sebagai seorang muslim yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah Taala mestilah berperanan di dalam masyarakat dengan melakukan beberapa tindakan:

- Mendidik diri sendiri dengan kekuatan dan bekalan aqeedah, ibadah dan akhlak yang sempurna dan sebaiknya
- Mendidik diri sendiri dan orang lain disekitar supaya kembali beriman kepada Allah Taala
- Bersama-sama melakukan perubahan pada diri sendiri, keluarga dan masyarakat
- Memastikan kerajaan pemerintah yang mampu melakukan keadilan sejagat dan melaksanakan syariah.
- Bersama-sama dengan mereka yang cintakan keadilan dan Islam untuk melakukan perubahan atau Islah di dalam masyarakat... Islah mastato' tum
- Melaksanakan agenda tarbiyyah dlm masyarakat
Wallahu 'alam