TERKINI
Mail Instagram Pinterest RSS
Mega Menu
  • Anything

    These are widget areas. You can put anything you want in here.

    Mail Instagram Pinterest RSS

Di sebalik kisah Kapal Karam

Seorang lelaki tersadai di pinggir sebuah pulau. Dia satu-satunya mangsa kapal karam yg terselamat dan masih hidup.

Apabila menyedari bahawa dia hanya seorang diri di pulau kecil dan terpencil itu, dia berdoa kepada Allah setiap hari supaya menyelamatkannya.

Di samping itu, dia tidak putus-putus meninjau laut yg bagai tidak berpenghujung itu dgn harapan ada kapal yg lalu & dapat menyelamatkannya. Namun, segala harapannya tinggal harapan.

Akhirnya, lelaki itu membina pondok kecil di tepi pantai sebagai tempat berteduh drpd terik matahari & berlindung drpd dingin bayu malam.

Suatu hari, dia meredah hutan untuk mencari sumber makanan . Sebaik pulang, dia mendapati pondoknya terbakar hangus. Tiada apa yg tinggal kecuali abu hitam & asap berkepul-kepul naik ke langit.

Lelaki tersebut terduduk. Merenung nasibnya yg malang, dia mula mempersoalkan takdir malang yg menimpa. “Kenapa lah nasib aku begitu malang sekali? Kenapalah Allah uji aku sampai tahap ni? Kenapa aku?”

Petang itu, sedang dia berehat di bawah sepohon kelapa, dia ternampak kelibat sebuah kapal dari jauh seolah-olah menuju kea rah pulau itu. Sehabis daya dia menjerit-jerit sambil sambil melambai-lambai pengemudi kapal Nampak akan kehadairannya di pulau itu. Jelaslah kapal itu memang menuju ke pulau itu.

Akhirnya, lelaki tersebut diselamatkan & dibawa naik ke kapal & diberi makanan serta minuman. Namun, dia berasa hairan bagaimana kapten kapal itu tahu dia berada di pulau itu.

Dia bertanya kpd kapten itu:

"Macam mna tuan tahu ada org tersadai di pulau tu?"

Kapten itu menjawab:

"Kami ternampak asap dari pulau ini. Sebab itu kami menukar arah ke sini kerana mingkin ada seseorg yg memerlukan bantuan di sini."



p/s : Jangan sesekali mempersoalkan apa yg telah Allah tetapkan utk kita. Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya Boleh jadi sesuatu yg kita pandang sebagai musibah hari ni merupakan sesuatu yg memberi kita keuntungan di kemudian hari.



p/s: jgn kita cepat mengeluh bila kita ditimpa sesuatu dugaan/musibah. Bersabarlahh & berdoalahh. Contohi Nabi kita. Baginda tidak pernah mengeluh sedangkan dugaan baginda lagi dasyat drpd kita...

Allahumma soli 'ala muhammad, wa'ala alihi wasohbihi wassalam..