TERKINI
Mail Instagram Pinterest RSS
Mega Menu
  • Anything

    These are widget areas. You can put anything you want in here.

    Mail Instagram Pinterest RSS

Bila wanita solehah mula berbicara..

Hatiku ibarat padang pasir yang tandus..punyai hati yang sungguh gersang dari cintaNYA..cukup untuk aku merasa begitu jauh dengan diriNYA. Dialah pemberi CINTA, maka mengapa aku lebih mencintai hamba-hambaNYA dahulu?mengapa baru kini aku sedar akan semua kekhilafan diri ini?mencintai manusia..hanya perit yang aku dapat bukan bahagia..aku tidak mampu membezakan antara dua cinta yang harus aku utamakan..

Sewaktu aku jatuh, aku meminjam semangat darimu..benar, semangatku kembali pulih apabila mengagumimu..hatiku kembali terisi dengan IMAN saat mendengar kuliah-kuliah darimu..tazkirah-tazkirah darimu, aku ingat sentiasa dalam kotak memoriku..satu PENGAKUAN, aku mengagumimu..tidak berani aku menyatakan itu cinta kerana aku tidak mampu lagi untuk memberikan apa takrif pun tentang perasaanku padamu..

Kau pemuda SOLEH, disanjung dan dihormati ramai..sedangkan aku, wanita berduka solehahku TIDAK PASTI..

Aku sedang dalam perubahan, setiap ayat-ayat cinta dariNYA terkesan dalam diriku..kini aku lebih banyak mengisi waktu bersamaNYA..tetapi aku tidak berani menyatakan ayat-ayat cintaku padamu pemuda soleh..aku hanya mampu mengagumimu dari jauh..

Kerana ini bukan masanya, aku lebih percaya pada janji ALLAH.."LELAKI YANG SOLEH UNTUK WANITA YANG SOLEHAH"

Aku kini bermujahadah untuk menjadi solehah..namun keutamaanku bukanlah untuk mendapatkan yang soleh, cuma aku hanya mampu membetulkan diri yang selama ini terpesong jauh..

Akhir kata, aku mengagumimu kerana agama yang ada padamu..bukan kerana kekayaanmu, bukan kerana ketampanan wajamu..bukan kerana keturunanmu, dan bukan jua kerana popularitimu..semoga kau beroleh rahmat dariNYA..✿