TERKINI
Mail Instagram Pinterest RSS
Mega Menu
  • Anything

    These are widget areas. You can put anything you want in here.

    Mail Instagram Pinterest RSS

Memikul keldai??Memikul nafsu??

Suatu hari, seorg pemuda diserahkan oleh bapanya kepada seorang guru sufi untuk didik cara mengawal nafsunya.

"Siapkan bekalan, Mari ikut saya bermusafir," kata guru sufi itu sebaik sahaja pemuda itu tiba di madrasahnya. Pemuda itu agak terkejut kerana dia masih keletihan akibat perjalanan yg jauh ke madrasah guru sufi itu.

"Apa yg perlu saya bawa?"

"Bawa pakaian sehelai dua." Jawab guru sufi.

Mereka pun memulakan perjalanan yg jauh. Setelah agak lama, mereka menemui satu bukit yg amat tinggi.

"Kita akan mendaki bukit ini."

"Mana jalannya?"

"Kita susuri jalan di tepi lereng bukit," kata guru sufi itu.

"Nanti.Nanti...saya sngat keletihan. Alangkah baik jika ada keldai. Kita boleh menunggangnya."

"Kamu hendak menunggang keldai? Baiklah, mari kita membelinya dahulu."

Dalam hatinya berasa lega, dia tidak akan terpaksa berjalan lagi. Dia sangat-sangat keletihan.

Setelah guru sufi membeli 2 ekor keldai, dia pun berkata,

"Sekarang ada 2 ekor keldai, saya akan menunggan salah seekor drpdnya.""Dan saya akan menunggang seekor lagi,"pintas pemuda itu.

"Tidak!,"kata guru sufi.

"Mengapa?"

"Jangan bertanya. Patuh saja."

Pemuda itu terkejut. Tetapi dia tidak berani melawan.

"Habis, kita akan biarkan seekor keldai berjalan tanpa apa2 beban?"

"Tidak sebaliknya kamu mesti memikulnya."

"Memikul keldai menaiki bukit yg tinggi ni?"

"Ya. Pikul keldai & naik ke atas bukit ni,"jawab guru sufi dgn pendek dan tajam.

Maka, dengan susah payah, dia memikul keldai sambil menyusur jalan tepi lereng bukit itu. Termengah-mengah. Dia benar-benar keletihan.Sebaliknya guru sufi itu bersantai-santai menaiki keldainya keldainya berjalan di hdpn pemuda itu. Balum sampai separuh jalan, pemuda itu pun jatuh keletihan. Dia hampir pengsan.

Setelah merawat si pemuda, & memberinya minuman, guru sufi itu pun berkata,

"Anakku, keldai itu umpama nafsumu. Allah ciptakan nafsu utk kau tungganginya bukan kau ditunggangi olehnya.

"Maksud tuan?"

"Dengan menurutkan nafsumu, kau akan disusahkannya. Jiwa, hati & badanmu akan kelelahanKehendak nafsu tidak ada batas & tidak pernah puas. Lepas satu-satu kehendak & karenahnya. Ini samalah dgn kau memikul keldai & mendaki bukit yg tinggi."

Pemuda itu terdiam."Sebaliknya, jika kau menunggangi nafsu dgn mengawal & menguruskannya, kau akan mendapat kemudahan dalam menjalani kehidupan. Nafsu berguna selagi dia menjadi hamba tetapi apabila menjadikan tuan, apalagi tuhan, maka hidup kita akan dihancurkan. "

"Seperti saya memikul keldai tadi?"

"Ya. Dan lihat pula betapa mudahnya menyusuri jalan di lereng bukit ini dgn menaiki keldai. Begitulah hawa nafsu apabila dikawal & diguna ke arah kebaikan."

"Ya. ya. Orang yg mengikut hawa nafsunya bagaikan memikul keldai mendaki bukit!, "akui pemuda itu.



p/s: “carilah keredhaan Allah, walaupun sedikit susah tetapi penuh dengan kemanisan dan ketenangan, korbankan keinginan nafsu, langkahmu akan tegak ke surga, pandanglah pada sunnah, kelak hidupmu penuh hikmah”



p/s: Nafsu adalah sebahagian drpd diri kita yg jika tidak dikawal akan menyushkan kita. Oleh sebab itu, kawallah nafsu bukan kita dikawalnya.