MOST RECENT

|

Negara Berkebajikan tawaran PAS : Agenda 1

Sekiranya PAS diberi kepercayaan bersama-sama PR untuk memerintah negara, PAS berazam untuk menterjemahkan konsep Negara Berkebajikan ini dengan melaksanakan dahulu 10 agenda-agenda utama berikut sepanjang penggal pertama pemerintahan PR:


Agenda 1: Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih

a. Mengkaji semula peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia untuk memperkasakan kembali amalan ‘Pemisahan Kuasa’ antara Legislatif, Kehakiman dan Eksekutif supaya pelaksanaan demokrasi berfungsi dan berkesan serta tidak dicerobohi dan dipintas oleh pihak Eksekutif.

b. Menjamin sistem pilihanraya yang bebas, adil dan bersih dengan melaksanakan reformasi sistem dan proses pilihanraya secara menyeluruh seperti yang dituntut oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH).

c. Memulihkan agensi-agensi awam seperti SPRM, Jabatan Peguam Negara, PDRM dan lain-lain supaya badan-badan ini bebas daripada cengkaman eksekutif dengan meletakkan pertanggungjawabannya kepada parlimen.

d. Menghapuskan dan meminda peruntukan-peruntukan yang bercanggah dengan prinsip keadilan yang ada di dalam akta-akta seperti ISA, EO, OSA, AUKU dan lain-lain yang bukan sahaja bertentangan dengan prinsip-prinsip keadilan Islam tetapi juga berlawanan dengan Piagam Hak Asasi Manusia.

e. Mewujudkan satu suruhanjaya berkaitan siasatan awam (public inquiry) untuk bertindak terhadap aduan-aduan rakyat termasuklah bertanggungjawab mengadakan pungutan suara (referandum) yang diletakkan di bawah parlimen.

Artikel yang berkaitan



Sila tinggalkan kritikan anda terima kasih atas kunjungan anda SeutasTasbih Blog
Di Post oleh Mohd Yusof Hadhari Bin Saidon pada 4:03 PG. Artikel tentang . Anda boleh melihat semua kritikan dengan klik link ini RSS 2.0. Setiap artikel yang tersiar di sini dihasilkan untuk tujuan dakwah dan bersifat semasa. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat seutastasbih.blogspot.com hendaklah disertakan bersama.Tinggalkan kritikan anda tanda sokongan. Syukran

Arkib Blog



Kritikan Terkini

Artikel Terkini