MOST RECENT

|

Negara Berkebajikan tawaran PAS : Agenda 2

Sekiranya PAS diberi kepercayaan bersama-sama PR untuk memerintah negara, PAS berazam untuk menterjemahkan konsep Negara Berkebajikan ini dengan melaksanakan dahulu 10 agenda-agenda utama berikut sepanjang penggal pertama pemerintahan PR:


Agenda 2: Masyarakat Penyayang, Aman dan Bersatupadu

a. Memperbanyakkan kewujudan badan-badan masyarakat madani dan organisasi perniagaan sosial (social enterprise) yang membantu kerajaan menjaga kebajikan rakyat melalui pemberian insentif-insentif tertentu.

b. Menyemak semula jumlah pengurangan dan perlepasan cukai dengan matlamat untuk meningkatkan penyertaan individu dan syarikat ke arah mewujudkan masyarakat yang penyayang dan prihatin.

c. Mewujudkan pasukan Polis Bantuan di bawah pihak berkuasa tempatan untuk memperkasakan operasi pencegahan jenayah yang dapat menjamin keselamatan awam.

d. Menyemak semula dasar-dasar yang berkaitan dengan perpaduan agar dapat diperkukuhkan dengan sikap saling hormat-menghormati selaras dengan nilai-nilai beragama yang dituntut terhadap penganut agama masing-masing.

e. Mencadangkan penubuhan satu Majlis Dialog Kebangsaan yang beperanan menggubal dan melaksanakan pendidikan sepanjang hayat ke arah memperkukuhkan permuafakatan dan perpaduan nasional merentasi semua kaum.


Artikel yang berkaitan



Sila tinggalkan kritikan anda terima kasih atas kunjungan anda SeutasTasbih Blog
Di Post oleh Mohd Yusof Hadhari Bin Saidon pada 4:15 PG. Artikel tentang . Anda boleh melihat semua kritikan dengan klik link ini RSS 2.0. Setiap artikel yang tersiar di sini dihasilkan untuk tujuan dakwah dan bersifat semasa. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat seutastasbih.blogspot.com hendaklah disertakan bersama.Tinggalkan kritikan anda tanda sokongan. Syukran

Arkib Blog



Kritikan Terkini

Artikel Terkini