TERKINI
Mail Instagram Pinterest RSS
Mega Menu
  • Anything

    These are widget areas. You can put anything you want in here.

    Mail Instagram Pinterest RSS

Pimpinan Umno/Bn yakin Anwar tidak bersalah

Setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah dan bebas daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadinya. Kemenangan yang mengejutkan banyak pihak ini meningkatkan moral Anwar, partinya dan seluruh gabungan pembangkang Pakatan Rakyat.


Media mula memainkan peranan dalam menghebohkan tajuk “Badan kehakiman negara Bebas dan Adil”. Saya membaca semua akhbar, dan boleh di katakan kebanyakkan pimpinan tertinggi Umno/Bn menyatakan dengan 1nada yang sama iaitu tuduhan Anwar menyatakan mahkamah korup dan tunduk kepada Najib dan Umno terbukti tidak benar.

Cumanya saya hendak ambil pandangan dari sudut yang lain. Sedar tidak sedar, pimpinan Umno/Bn juga seiring dan senada begitu yakin Anwar juga tidak bersalah, bagaimana tuduhan liwat yang dibuat oleh Saiful Bukhari.

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan keputusan itu juga membuktikan ketelusan sistem demokrasi negara ini kepada dunia luar. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata keputusan mahkamah berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan badan kehakiman negara bebas dan mengeluarkan pendapat serta keputusan tanpa memilih bulu. Hishammuddin di dalam Twitternya pula, menyatakan pembangkang terutama Anwar kini tidak lagi boleh memburuk-burukkan sistem kehakiman negara di luar negara dan menuduh kononnya mahkamah tidak bebas. Ketua Pemuda Umno pula, Khairy Jamaluddin berkata keputusan itu juga telah membuktikan kebebasan sistem kehakiman negara yang selama ini dituduh oleh pihak pembangkang sebagai korup, berat sebelah dan di bawah telunjuk kuasa eksekutif tidak benar sama sekali.

Semuanya begitu yakin dengan keputusan Mahkamah, iaitu Anwar tidak bersalah seperti mana yang di fitnah oleh ahli Umno sendiri sebelum ini. Kepada ahli Umno yang kini keweca dengan fitnah yang di buat tidak Berjaya dan tidak berkesan. Saya harapkan hentikan perbuatan fitnah ini dengan segera, rakyat mula jijik dengan kamu semua. Mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita semua.

Menurut Anwar, beliau tidak berhasrat memberikan sebarang tafsiran mengapa penghakiman mengejutkan ini berlaku, malah sedia memaafkan pihak yang memfitnahnya selama ini.