TERKINI
Mail Instagram Pinterest RSS
Mega Menu
  • Anything

    These are widget areas. You can put anything you want in here.

    Mail Instagram Pinterest RSS

Negara Berkebajikan tawaran PAS : Agenda 10

Sekiranya PAS diberi kepercayaan bersama-sama PR untuk memerintah negara, PAS berazam untuk menterjemahkan konsep Negara Berkebajikan ini dengan melaksanakan dahulu 10 agenda-agenda utama berikut sepanjang penggal pertama pemerintahan PR:


Agenda 10: Alam Sekitar Segar, Terpelihara dan Lestari

a. Melaksanakan sepenuhnya program 3R (reduce, reuse, recycle) di seluruh majlis kerajaan tempatan dengan mempergiatkan pendidikan kesedaran alam sekitar yang meluas untuk seluruh rakyat melalui kerjasama badan-badan masyarakat madani, institusi pendidikan, institusi agama dan lain-lain.

b. Menguatkuasakan dengan bersungguh-sungguh dan telus akta-akta dan peraturan-peraturan berkaitan pemuliharaan alam sekitar untuk mengelakkan tragedi-tragedi berkaitan alam sekitar seperti tanah runtuh, banjir kilat dan lain-lain.

c. Menggubalkan peruntukan tertentu di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar yang membuka ruang kepada penyertaaan masyarakat awam bersuara terhadap projek-projek yang tidak termasuk di bawah keperluan menyediakan EIA.

d. Mengeluarkan laporan kualiti alam sekitar yang telus dan menyeluruh setiap tahun bagi memastikan masyarakat awam sentiasa peka dengan kualiti alam sekitar mereka.

e. Mempelopori usaha-usaha serantau untuk mencegah masalah alam sekitar yang merentasi sempadan seperti kejadian jerebu dan pencemaran laut.