Sabtu lepas Dewan Pemuda PAS membuat laporan polis berhubung kenyataan ugutan bunuh yang dipaparkan dalam sebuah laman web sosial milik seorang lelaki terhadap Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas. Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan At-Tantawi di Balai Polis Chow Kit selepas membaca mengenai ugutan bunuh itu di laman Facebook.
Dalam laman webnya lelaki itu dikatakan sanggup dihukum gantung jika dapat membunuh 'Nik Aziz'. Hal seperti ini bukan baru bagi kita, tetapi sudah berlaku kepada orang-orang yang membawa kebenaran, yang membawa risalah-risalah Islam pada masa dahulu.
Bila bin Rabah r.a dalam mempertahankan akidahnya menyebabkan dirinya disiksa di padang pasir, diletakan batu didada , hanya perkataan “ahadun ahad, ahadun ahad “ sahaja terpancul keluar dari bibir seorang jejaka berkulit hitam ini .
Ghulam , pemuda berani , demi mempertahankan akidahnya , ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh. Dua kali cubaan membunuhnya gagal, lalu pada cubaan ketiga, demi kemaslahatan akidah masyarakat setempat pada waktu itu, beliau menyarankan kepada Raja yang zalim agar membunuhnya dengan syarat. Pertama, bunuhlah di tengah orang ramai agar boleh menyaksikannya . Kedua, bunuhlah dengan menggunakan busur panahnya sendiri . Ketiga, sebelum membunuh , sebutlah dengan nama Allah , tuhan si ghulam. Lalu syahidlah Ghulam tersebut .
Syed Qutb Asyyahdi r.a , dibunuh di tali gantung kerana kelantanganya dalam menetang pemerintah zalim pada ketika itu. Tulisannya yang menggugat pemerintah Negara . Di saat mahu digantung , musuh Islam masih lagi menawarkan kepadanya 2 pilihan , samada nak digantung atau mengaku salah dan tinggalkan kerja-kerja dakwah menegakan yang Hak . Namun beliau memilih untuk syahid di tali gantung.
Hassan Al Banna Asyyahid r.a , juga Rijal yang kuat menegur kesalahan pemerintah yang zalim dan tegar dalam menyeru manusia kepada Allah. Beliau dibunuh dengan kejam , kerana pemandunya yang khianat melakukan perancangan licik untuk membunuhnya. Lalu dia ditembak dan Syahid.
Di Malaysia sebelum ini , ASsyahid Ibrahim Libya yang lantang dalam ceramah-ceramah jihadnya . Dibunuh dengan kejam dalam peristiwa Memali . Dan kini , Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pula diugut untuk dibunuh. Dan ugutan itu hanya di laman Facebook .
Saya meminati tok Guru , bukan kerana dirinnya adalah MurSyidul Am PAS, tetapi kerana akhlaknya, kewarakan, keilmuan dan kezuhudan yang ada pada dirinya.
Saya tidak mahu ulas UMNO jahat ke, PAS baik ke dan sebagainya. betul atau tidak ugutan ni , kita serah polis untuk siasat . Sekarang Isunya sudah berlaku.
Saya kagum dengan prinsip Tok guru , dengan tenang beliau kata bila disoal tentang ugutan tersebut “ Tak ada apa, saya tak peduli lansung cerita tu “.
Cekal, berani, yakin, segalanya bergantung bulat kepada Allah.
Mudah-mudahan kita dilindungi Allah selalu , diberi ketenangan & ketabahan seperti Tok Guru dan tokoh2 sebelum ini . Mereka bukan setakat diugut , bahkan mereka terus diperlakukan namun mereka sesekali tidak merubah janji mereka untuk berada dalam Akidah yang suci ini , berusaha untuk menyebarkan Risalah Islam kepada semua ummat manusia di muka bumi ini .
Sehubungan itu, kita menggesa pihak polis mengambil tindakan segera bagi menyiasat perkara ini agar dapat mengekang budaya mengugut dan mengancam keselamatan orang lain daripada berleluasa di negara ini. Pihak polis juga perlu bertindak adil tanpa mengira warna bendera dan parti.
Benarlah firman Allah dalam Surah Al Ahzab 23 :
“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.”
http://seutastasbih.blogspot.com/