Ya Allah, sewajarnya kita semua sedar. Sewajarnya diri kita terketuk. Kadang-kadang kita cuma pandai bercakap. Kita pandai berhujah dan berkata-kata. Kita cuma pandai mengeluarkan dalil dari hadis dan ayat Quran. Mengeluarkan idea-idea yang nampak hebat daripada teorinya. Kadang-kala bicara menggegarkan telinga dan menggoncangkan bumi.
Tapi bilamana di medan da`wah sebenar adakah kita mampu lakukan kerja dan berdepan dengan mehnah dan tirbulasi jalan ini.??
Mampukah kita setidaknya membahagikan masa dengan baik antara kerja,belajar,kehidupan sosial dan kerja kita sebagai daie?
Pelik, kadang-kadang kita cakap pandai bahagi masa untuk itu semua. Tapi sebenarnya, bukankah apabila kita belajar, kita berkerja dan kita berkehidupan itu adalah tarbiyah dan da`wah? Kenapa perlu diasingkan daripada Islam. Belajar tetap belajar, tapi dalam masa yang sama, sesi pembelajaran itu boleh kita guna pakai. Apa salahnya ketika kita berkerja, kita bercakap dan mengajak orang kepada Islam. Apa salah kita belajar, kita cuba masukkan dalam perbualan akademik berkaitan Islam untuk bawa ummat kembali kepada Islam. Walaupun dengan bermain bowling sekalipun, atau snuker atau futsal atau sekadar berbual kosong, tetapi kalau kita mampu membawa kepada tarbiyah, itu adalah satu perkara yang amat hebat
Saudaraku, mampukah kita mengatakan kita telah beriman sedangkan kita belum diuji? Teringat kisah pejuang-pejuang terdahulu. Mereka telah diuji dengan ujian yang sesungguhnya.
Ada yang digergaji kepala mereka, ada yang disikat belakang mereka dengan sikat besi sehingga ternampak tulang mereka. Tetapi tidak mereka berpaling dari jalan ini. Teringat zainab al-ghazali yang dipenjara di dalam penjara air dan dikurung bersama anjing-anjing yang ganas. Teringat kepada Imam Hassan al-Banna yang perjuangan ikhwan itu telah di tekan dengan hebat sehingga al-Banna mereguk keindahan syahid. Teringat Syed Qutb yang hayatnya digunakan untuk perjuangan Islam dan tamat hidupnya di tali gantung setelah dipenjara. Teringat al-Maududi yang dipenjara kerana apa yang dibawakan hanya kefahaman yang benar terhadap Islam. Teringat Mustafa Masyhur yang kakinya patah didalam penjara kejam mesir. Aah.. Tuhan.. betapa hebatnya pendukung agama Mu!!
Mereka itu adalah pejuang Ikhwan. Daripada Hassan al-Banna, Hassan Hudaibi sehinggalah Mahdi Akief saat ini, telah merasa tentangan yang dahsyat. Pejuang-pejuang Islam yang lain sejak awal perjuangan da`wah Ar Rasul sampai hari ini dan saat ini telah merasa indah nikmatnya tribulasi dan ujian dalam menegakkan Islam ini.
Betapa kuatnya hati dan kukuhnya jiwa mereka. Jiwa mereka telah dibeli olehMu dengan harga yang tinggi. Adakah Kau ingin membeli jiwa ku? Jika ya, adakah harganya nanti sama dengan pejuang-pejuang Mu? Tuhan, rendahnya kurasa diri ini. Tidak akan sampai satu peratus pun tahap harga jiwa ku ini untukku jual kalau dibandingkan dengan pejuangMu. Tetapi tetap inginku jualkan kepadaMu dalam berada pada jalan ini. Kalaulah Kau mahu membelinya duhai Tuhan..
Mereka itu adalah manusia-manusia yang kata-kata mereka menggegar bukan kerana cantiknya olahan bahasa, bukan kerana indahnya lenggok bunga ayatnya, bukan kerana menggegarnya setiap ungkapan juang mereka. Mereka itu adalah manusia yang pengorbanan mereka, semangat juang mereka, kekuatan jalan da`wah mereka telah terbukti. Kata-kata mereka dibuktikan dengan perjuangan mereka. Kata-kata mereka dibuktikan dengan kesusahan hidup mereka. Kata-kata mereka dibuktikan dengan kekejaman dan tekanan pada mereka. Kata-kata mereka dibuktikan dengan kematian syahid mereka!!
Bahkan perjuangan mereka, pengorbanan mereka dan syahid mereka adalah bicara dan lidah bagi setiap langkah dalam perjalanan perjuangan mereka!! Sedangkan diri kita ini, hendak mengikut tarbiyah dan meluangkan masa beberapa jam seminggu sudah berat rasa beban yang dipikul. Sedangkan diri kita ini, untuk menegur dan mengajak orang mengikut tarbiyah, rasa seperti dihempap dada dengan batu yang kuat. Sedangkan diri ini mahu merubah diri menjadi panduan sikap sebagai medium da`wah yang cantik bagi sahabat dan kenalan sudah dirasa satu ujian yang getir. Perlukah diri ini berjuang hanya untuk mendapat redha manusia? Hanya untuk mendapat indah dari sudut pandang manusia. Supaya diingati manusia? Lagi baik dilupakan dan hilang dari mata manusia daripada dilupakan dan hilang dari pandangan Allah.
Bukankah sepatutnya begitu?
Adakah mampu untuk kita katakan ingin menjual jiwa kita sama harganya dengan pejuang-pejuang Nya? Adakah kita lebih banyak bercakap dari turun ke medan da`wah? Adakah kita pernah korbankan masa kita untuk Allah? Atau kita rasa masa yang Allah beri itu tak patut kita gunakan balik untuk berjuang di jalan Pemberi masa itu?
Sanggupkah aku Ya Allah, kalau kiranya kau turunkan nikmat ujian yang besar kepadaku dan terusku bertahan di jalanMu? Sanggupkah aku, Ya Allah? Atau mungkinku akan futur dari jalan ini. Untuk itu Ya Rabb, janganlah Kau takdirkan.. kerana inginku terus dalam jalan ini..
Semoga terus bergerak aku dalam jalan ini. Semoga terus bergerak kita dalam jalan ini!!