TERKINI
Mail Instagram Pinterest RSS
Mega Menu
  • Anything

    These are widget areas. You can put anything you want in here.

    Mail Instagram Pinterest RSS

Negara Berkebajikan tawaran PAS : Agenda 3

Sekiranya PAS diberi kepercayaan bersama-sama PR untuk memerintah negara, PAS berazam untuk menterjemahkan konsep Negara Berkebajikan ini dengan melaksanakan dahulu 10 agenda-agenda utama berikut sepanjang penggal pertama pemerintahan PR:


Agenda 3: Ekonomi Mapan, Seimbang dan Saksama

a. Menyusun kembali prioriti pembangunan supaya ‘pertumbuhan’ bukan sahaja dari kegiatan pembinaan dan infrustruktur mega-mewah, tetapi mestilah menepati dan selaras dengan pembangunan mapan.

b. Memastikan harga petrol dan disel kekal pada harga yang munasabah termasuklah melalui pendekatan subsidi bagi menangani inflasi harga barang keperluan dan kos perkhidmatan.

c. Menyemak kembali peraturan-peraturan yang mengawal pasaran dan persaingan termasuklah pemberian permit import (AP) bagi barangan makanan utama seperti gandum, gula, minyak masak dan beras supaya tidak berlaku monopoli dan kartel yang mencekik pengguna.

d. Mewujudkan mekanisme yang akan memperbanyakkan pembekalan barangan-barangan keperluan pengguna seperti membuka pasaran yang lebih luas kepada kemasukan barangan daripada negara-negara membangun (fair trade) dan memperluaskan jaringan rantaian perbekalan (supply chain).

e. Menekankan program-program pembasmian kemiskinan berasaskan keperluan dengan berusaha mengeluarkan 40% rakyat Malaysia yang pendapatan isirumah RM 1500 ke bawah daripada belengu tersebut, seperti memberi pembiayaan perniagaan secara Mudharabah, Musharakah dan Qard al-Hasan.