TERKINI
Mail Instagram Pinterest RSS
Mega Menu
  • Anything

    These are widget areas. You can put anything you want in here.

    Mail Instagram Pinterest RSS

Negara Berkebajikan tawaran PAS : Agenda 6

Sekiranya PAS diberi kepercayaan bersama-sama PR untuk memerintah negara, PAS berazam untuk menterjemahkan konsep Negara Berkebajikan ini dengan melaksanakan dahulu 10 agenda-agenda utama berikut sepanjang penggal pertama pemerintahan PR:


Agenda 6: Kebajikan Langsung, Menyeluruh dan Mesra-rakyat

a. Memperkukuhkan dan memperkemaskan pengurusan zakat, wakaf dan lain-lain dengan memberi lebih kuasa dan peranan kepada masjid sebagai pusat sehenti kebajikan masyarakat Muslim.

b. Meminimakan karenah birokrasi sehingga penyampaian perkhidmatan dan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan boleh berlaku dengan cekap dan cepat kepada si penerima.

c. Meningkatkan harga hartanah golongan isirumah berpendapatan RM 15000 ke bawah dengan menukarkan status hartanah ‘leasehold’ kepada ‘freehold’ bagi memberikan pengiktirafan hak yang kekal dan boleh diwarisi.

d. Membanyakkan jumlah perumahan kos rendah dan mampu milik dengan kualiti dan persekitaran yang selesa bagi mengurangkan beban rakyat berpendapatan isi rumah RM 3000 ke bawah dan menangani kesesakan penduduk di perumahan flat sedia ada.

e. Mewujudkan rumah-rumah sewa di bawah majlis kerajaan tempatan di bandar-bandar besar dengan sewa yang minima untuk keluarga-keluarga yang memerlukan kediaman transit sebelum mereka memiliki kediaman sendiri.