MOST RECENT

|

Negara Berkebajikan tawaran PAS : Agenda 7

Sekiranya PAS diberi kepercayaan bersama-sama PR untuk memerintah negara, PAS berazam untuk menterjemahkan konsep Negara Berkebajikan ini dengan melaksanakan dahulu 10 agenda-agenda utama berikut sepanjang penggal pertama pemerintahan PR:


Agenda 7: Keluarga Harmoni, Bahagia dan Bermoral

a. Menginstitusikan undang-undang perkahwinan dan kekeluargaan berdasarkan agama-agama anutan masing-masing untuk memelihara keharmonian kehidupan berkeluarga.

b. Memberikan peluang kepada pasangan suami-isteri untuk memperolehi pendidikan keluarga sepanjang hayat dan motivasi keibubapaan yang percuma melalui mekanisme pemberian voucer.

c. Mewujudkan pusat kekeluargaan (family centre) di setiap lokaliti sebagai sebuah institusi yang menggalakkan program-program kekeluargaan di peringkat komuniti.

d. Memupuk gaya hidup kekeluargaan yang memenuhi fitrah semulajadi manusia melalui kempen-kempen berterusan seperti menggalakkan kawasan kediaman bebas dari sebarang aktiviti selepas tengahmalam.

e. Mewujudkan tabung khusus untuk surirumah-surirumah sepenuh masa di bawah akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) suami mereka bertujuan membela nasib ibu-ibu tunggal yang tidak berkerjaya selepas ditinggalkan atau kematian suami.

Artikel yang berkaitan



Sila tinggalkan kritikan anda terima kasih atas kunjungan anda SeutasTasbih Blog
Di Post oleh Mohd Yusof Hadhari Bin Saidon pada 4:54 PG. Artikel tentang . Anda boleh melihat semua kritikan dengan klik link ini RSS 2.0. Setiap artikel yang tersiar di sini dihasilkan untuk tujuan dakwah dan bersifat semasa. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat seutastasbih.blogspot.com hendaklah disertakan bersama.Tinggalkan kritikan anda tanda sokongan. Syukran

Arkib Blog



Kritikan Terkini

Artikel Terkini