MOST RECENT

|

Negara Berkebajikan tawaran PAS : Agenda 5

Sekiranya PAS diberi kepercayaan bersama-sama PR untuk memerintah negara, PAS berazam untuk menterjemahkan konsep Negara Berkebajikan ini dengan melaksanakan dahulu 10 agenda-agenda utama berikut sepanjang penggal pertama pemerintahan PR:


Agenda 5: Perkhidmatan Kesihatan Cekap, Berkualiti dan Boleh-capai

a. Mewujudkan Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional (SPKN) bagi kumpulan rakyat yang tidak mempunyai Skim Perlindungan Kesihatan daripada majikan masing-masing agar dapat menikmati perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

b. Menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan untuk mempertimbangkan skim perkhidmatan kesihatan yang lebih munasabah demi mengelakkan ‘ketirisan tenaga pakar’ kepada pihak swasta atau ke luar negara.

c. Memberikan perkhidmatan kesihatan percuma sepenuhnya kepada golongan miskin, kanak-kanak dan ibu-ibu mengandung.

d. Memberi pengiktirafan kepada kaedah-kaedah perubatan alternatif untuk mempelbagaikan pilihan kepada masyarakat memperolehi perkhidmatan kesihatan yang sesuai dengan mereka.

e. Memberi insentif kepada badan-badan masyarakat madani untuk terlibat aktif di atas semangat kesukarelaan dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan langsung kepada masyarakat terutama di luar bandar.

Artikel yang berkaitan



Sila tinggalkan kritikan anda terima kasih atas kunjungan anda SeutasTasbih Blog
Di Post oleh Mohd Yusof Hadhari Bin Saidon pada 4:42 PG. Artikel tentang . Anda boleh melihat semua kritikan dengan klik link ini RSS 2.0. Setiap artikel yang tersiar di sini dihasilkan untuk tujuan dakwah dan bersifat semasa. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat seutastasbih.blogspot.com hendaklah disertakan bersama.Tinggalkan kritikan anda tanda sokongan. Syukran

Arkib Blog



Kritikan Terkini

Artikel Terkini