MOST RECENT

|

Negara Berkebajikan tawaran PAS : Agenda 4

Sekiranya PAS diberi kepercayaan bersama-sama PR untuk memerintah negara, PAS berazam untuk menterjemahkan konsep Negara Berkebajikan ini dengan melaksanakan dahulu 10 agenda-agenda utama berikut sepanjang penggal pertama pemerintahan PR:


Agenda 4: Pendidikan Berkualiti, Berdaya Saing dan Boleh-capai

a. Memberi peruntukan mencukupi kepada sekolah-sekolah dengan meningkatkan bantuan perbelanjaan per kapita dan memastikan perbelanjaan yang telus dan berhemat supaya ibu bapa tidak lagi menanggung kos-kos tersembunyi bagi menyekolahkan anak-anak mereka.

b. Memberi peruntukan khas kepada PIBG di sekolah-sekolah luar Bandar bagi membantu kegiatan meningkatkan kecemerlangan pencapaian akademik luar bandar.

c. Memberikan yuran pengajian percuma kepada anak-anak dari keluarga luar bandar berpendapatan RM1500 ke bawah dan keluarga bandar berpendapatan RM 2500 ke bawah untuk memasuki universiti-universiti awam.

d. Memberikan autonomi kepada universiti-universiti awam dan menjana iklim akademik yang sihat demi meningkatkan daya saing pendidikan tinggi di peringkat global.

e. Menjana institusi pengajian tinggi yang berprestasi cemerlang dengan menambah peruntukan R&D dengan jumlah yang setara dengan peruntukan R&D di negara-negara maju.

Artikel yang berkaitan



Sila tinggalkan kritikan anda terima kasih atas kunjungan anda SeutasTasbih Blog
Di Post oleh Mohd Yusof Hadhari Bin Saidon pada 4:35 PG. Artikel tentang . Anda boleh melihat semua kritikan dengan klik link ini RSS 2.0. Setiap artikel yang tersiar di sini dihasilkan untuk tujuan dakwah dan bersifat semasa. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat seutastasbih.blogspot.com hendaklah disertakan bersama.Tinggalkan kritikan anda tanda sokongan. Syukran

Arkib Blog



Kritikan Terkini

Artikel Terkini