TERKINI
Mail Instagram Pinterest RSS
Mega Menu
  • Anything

    These are widget areas. You can put anything you want in here.

    Mail Instagram Pinterest RSS

Negara Berkebajikan tawaran PAS : Agenda 8

Sekiranya PAS diberi kepercayaan bersama-sama PR untuk memerintah negara, PAS berazam untuk menterjemahkan konsep Negara Berkebajikan ini dengan melaksanakan dahulu 10 agenda-agenda utama berikut sepanjang penggal pertama pemerintahan PR:


Agenda 8: Pekerja Produktif, Berdaya Saing dan Terbela

a. Menyemak semula secara komprehensif struktur gaji dan terma perkhidmatan sektor awam ke arah mewujudkan struktur gaji sektor awam yang lebih saksama untuk merapatkan jurang pendapatan sektor awam dan sektor swasta, selaras dengan halatuju menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

b. Menaikkan dan menyelaraskan Elaun Sara Hidup (COLA) bagi kakitangan sektor awam dari RM 300 sebulan (bandar besar), RM 200 sebulan (bandar sederhana) dan RM 150 sebulan (lain-lain tempat) kepada RM 500 sebagaimana tuntutan CEUPACS.

c. Menyelaraskan seluruh institusi yang berkaitan dengan pendidikan tenaga vokasional seperti IKBN, Kolej Komuniti dan lain-lain bagi memberi fokus yang menepati keperluan semasa dalam melahirkan pekerja separa mahir dan juga mengelakkan pertindihan untuk menjimatkan kos.

d. Meminda akta berkaitan dengan gaji minima berdasarkan pemuafakatan di antara majikan dan kesatuan sekerja, sesuai dengan jenis pekerjaan dan keperluan tuntutan kualiti hidup yang munasabah.

e. Meletakkan seluruh kesatuan atau persatuan yang berkaitan dengan pekerja di bawah Akta Kesatuan Sekerja bukan di bawah Akta Pertubuhan sepertimana yang wujud pada sebahagian besar kesatuan atau persatuan pekerja hari ini, sebagai satu usaha mengiktiraf suara yang mewakili golongan ini.