TERKINI
Mail Instagram Pinterest RSS
Mega Menu
  • Anything

    These are widget areas. You can put anything you want in here.

    Mail Instagram Pinterest RSS

Negara Berkebajikan tawaran PAS : Agenda 9

Sekiranya PAS diberi kepercayaan bersama-sama PR untuk memerintah negara, PAS berazam untuk menterjemahkan konsep Negara Berkebajikan ini dengan melaksanakan dahulu 10 agenda-agenda utama berikut sepanjang penggal pertama pemerintahan PR:


Agenda 9: Kemudahan Prasarana Berkualiti, Cekap dan Bertaraf Dunia

a. Memperluas dan memperkayakan peranan institusi wakaf supaya dapat dimanfaatkan untuk penyediaan prasarana awam kepada orang ramai sebagaimana yang telah diamalkan sejak zaman Rasulullah s.a.w.

b. Menggalakkan penyertaan dan persaingan sektor swasta dalam menyediakan prasarana awam dengan satu mekanisme perlaksanaan yang telus.

c. Mewujudkan satu tabung khas dari dana awam yang bertanggungjawab menyediakan prasarana awam di kawasan-kawasan yang sektor swasta merasakan tidak mendapat pulangan setimpal untuk menyediakannya.

d. Membangunkan sistem pengangkutan awam yang cekap dengan memperluaskan jaringan jalan-jalan raya dan rel-rel keretapi di Pantai Timur Semenanjung dan Malaysia Timur.

e. Membina prasarana yang mencukupi untuk golongan kurang upaya yang setaraf dengan prasarana yang terdapat di negara-negara maju demi mengupayakan dan memudahkan golongan ini melaksanakan urusan seharian mereka.